Wednesday, August 3, 2011

Pengundi Cina ramai dicicirkan dari daftar SPR?

PAS Selangor mengemukakan sebanyak 1,860 bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Selangor (SPR) dalam proses bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang berakhir semalam.

NONESetiausahana Mohd Khairuddin Othman (kanan) berkata, mereka menemui beberapa perkara penting, antaranya RDPT didakwa dengan sengaja tidak disertakan alamat lengkap pengundi.

"Ini menyukarkan jentera pilihanraya PAS untuk mengesan lokasi mereka-mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi baru," kata Khairuddin.

Beliau juga mendakwa, rang tersebut juga disalahguna oleh pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi yang jelas tidak berkelayakan sebagai pengundi di Selangor.

Khairuddin juga mendakwa SPR gagal memasukkan nama pengundi yang berkelayakan di dalam RDPT, yang kebanyakannya pengundi Cina.

Sementara itu, PAS awal petang tadi mendakwa mengesan 1,100 penduduk PR di Selangor yang dimasukkan ke dalam daftar pemilih layak mengundi.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzah berkata, maklumat itu mengukuhkan dakwaan bahawa masalah itu mungkin lebih daripada 'kecuaian teknikal' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). -MK

19 comments:
Write comments
  1. daftar pengundi kena disemak semula.

    ReplyDelete
  2. pengundi Cina dicicirkan tapi mereka yang tidak berkelayakan pula dimasukkan di dalam daftar pemilih.

    ReplyDelete
  3. Kenapa pengundi cina dicicirkan?

    ReplyDelete
  4. Harap penyiasatan akan dibuat untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  5. pekara ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  6. Maklumat yang diberi tu benar ke? Siapakah yang bertanggung jawab diatas perkara tersebut? Apakah cara penyelesaiannya? System SPR ada masalah?

    ReplyDelete
  7. Mereka yang layak mengundi tetapi dicicir keluar? Siapa lagi yang layak?

    ReplyDelete
  8. Ini adalah satu penghianatan patut dikenakan tindakan keras.

    ReplyDelete
  9. Jangan menidakkan hak mereka yang layak mengundi!

    ReplyDelete
  10. Masa nak dekat2 PRU 13 inilah keluar macam2 masalah dan propaganda.

    ReplyDelete
  11. Bagaimana boleh tercicir.

    ReplyDelete
  12. Mungkin kena sabotaj

    ReplyDelete
  13. PR nampaknya risau akan kekalahan seperti di Selangor sendiri pelbagai isu telah ditimbulkan oleh PR(PAS) kerana kununnya kehadiran PR menjadi rakyat Malaysia untuk mengundi.

    ReplyDelete
  14. Penyelesaian cepat berhubung masalah ini. Kita tidak mahu Pakatan sengaja memainkan isu demi kepentingan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  15. Tidak bermasuk akal. Bagaimana ini boleh berlaku?

    ReplyDelete
  16. Harap dapat mencari penyelesaian dengan cepat untuk mengelakkan perkara ini berlaku lagi.

    ReplyDelete
  17. untuk menang, masing2 akan cuba jual temberang.. mereka cakap 1100 telah dimasukkan dalam daftar pemilih, tapi bila disemak tidak adapun antara mereka disenaraikan sebagai penggundi berdaftar.

    ReplyDelete
  18. Semak semula pendaftar baru demi keadilan PRU yang akan datang. Jiak benarnya tuduhan tersebut, tampir kehadapan dan beri penjelasan.

    ReplyDelete
  19. Jika betulnya Pengundi Cina dicir keluar dari dafter SPR, siapa lagi yang layak? PR? Pendatang asing? Semak semula kaedah system SPR dan beru penjelasan dan cara penyelesaian tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.