Tuesday, August 2, 2011

PRU Olok-Olok: BN Bakal Tumbang?

http://flagspot.net/images/m/my%7Dbs.gifBarisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.

Difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.

Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.

Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.

“Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu,” kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.

“Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi,” kata pemimpin Umno itu.

Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

“Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan,” kata sumber Umno ketika itu.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

“Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar,” kata sumber Umno.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.

Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis,” katanya lagi.

Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.

Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno. -M/Insider

22 comments:
Write comments
  1. Susah mahu pasti selagi PRU sebenarnya belum diadakan.

    ReplyDelete
  2. itu hanya olok2.. PRU sebenar kita belum tahu lagi keputusannya.

    ReplyDelete
  3. PRU-13 akan menentukan BN tumbang atau sebaliknya. persiapan awal yang cukup perlu dibuat untuk memastikan semua berjalan dengan lancar. apapun, selamat berjuang.

    ReplyDelete
  4. Baik kita tunggu dan lihat bagaimana keputusannya di PRU-13. Undi jangan tak undi.

    ReplyDelete
  5. usaha harus digandakan dan tanggungjawab kepada rakyat perlu dipenuhi..itu yang penting...

    ReplyDelete
  6. If the government putting high attentions and efforts for the development of the country i.e. education, infrastructure, economy and to reduce the gaps between rich vs poor, trim down serious cases i.e. robery, raping etc. Im sure more voted will go to BN in coming election.

    ReplyDelete
  7. BN perlu berusaha lebih untuk mengambil hati rakyat pada kali ini.

    ReplyDelete
  8. Yang layak dan sudah berdaftar, pergilah keluar mengundi nanti. Undi dengan bijak!

    ReplyDelete
  9. PRU olok2 pun ada? Tak payahla buang masa, kita tunggu dan lihat keputusan sebenar PRU13.

    ReplyDelete
  10. When the is come, vote wisely.

    ReplyDelete
  11. BN bakal tumbang?? Sarawak sudah membuktikan bahawa BN masih diterima oleh penduduk sarawak sendiri. Jadi BN perlulah lebih berusaha untuk menambat hati rakyat.

    ReplyDelete
  12. rakyat undilah dengan bijak!

    ReplyDelete
  13. bila dah menang tu, buat kerja betul2 dan suara rakyat perlu diutamakan

    ReplyDelete
  14. BN is not a "one man show" party. Only good leadership, good team work from upper to lower level as the priority to bring the country to a success and well develop country.

    ReplyDelete
  15. ba teruskan berbangga dengan keputusan pilihanraya olok2.. bagi BN pula, mereka yakin dapat merampas selangor dan kedah.. tengok la nanti siapa yang betul.

    ReplyDelete
  16. Pertarungan sengit dijangka pada PRU 13 akan datang, semua pihak tidak kira samada BN atau PR, tidak boleh melengah-lengah.

    ReplyDelete
  17. Perak dan NS dalam status tidak teutu buat BN. NS hampir tumbang ke tangan PR pada pru lepas manakala Perak jatuh dalam tangan PR.

    ReplyDelete
  18. Mungkin tiada pihak akan meraih kemenangan besar. Perbezaan kerusi sangat dekat.

    ReplyDelete
  19. Sabah Sarawak akan terus jadi ' King Maker' pada pilihan raya akan datang.
    Pemimpin negeri harus mengambil kesempatan ini mengembalikan hak yang sepatutnya dinikmati kedua negeri ini.

    ReplyDelete
  20. BN kena berusaha kuat, bukan setakat pemberian wang atau 'projek mee maggie'. Kenalah menyelesaikan masalah negara dari akar.

    ReplyDelete
  21. Siapa yang mampu meramal keputusan PRU 13 dengan tepat? Jadi kaya.

    ReplyDelete
  22. calon bangsa cina tak jadi masalah,apa jenis nama partipn mereka bersifat sederhana...tang calon bangsa melayu utk parti ameno mmg masaalah,kata org tak pernah cukup2,kalau boleh akan di warisi dari kalangan darah daging mereka,bukannya tuk fokus, jaga rakyat dan kawasanpn,bercakap mmg la gempak utk masa berkempen jer.Lepas tu yeeelekk r brader..kalau calon melayu PKR ok la setakat nie..utk 10tahun akan dtg,tak taw la.BN akan tumbang di sebabkan isu,personaliti calon,eksen,berkelompak hanya di antara mereka shj.Kalau di peringkat umno plg top isu tanah,sewa tanah,jual tanah.... dh berdekad2 lamanya shgga sekarang

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.