"Sudah tiba waktunya kita adakan regim change. Kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun. Dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih dari itu."
Demikianlah kata-kata daripada Sasterawan Negara, A.Samad Said kepada anak-anak muda, ketika merasmikan pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, petang tadi.
Beliau menyebut, antara hal yang boleh dilakukan oleh anak-anak muda adalah "merubah" - dan "regim change" itu hanya menjadi "mungkin" di tangan-tangan anak muda.
A. Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad mengakui bahawa dirinya "gemar mendengar daripada mereka yang oppose". "Saya langsung tak gemar dengar mereka yang sokong. Sokong tu maksudnya, sokong kerajaan."
Kata-katanya disambut dengan tepukan dan sorakan oleh kira-kira 70 orang hadirin.
Pak Samad yang sudah hampir setahun tidak membaca akhbar mainstream, menjelaskan mengapa dirinya memilih media alternatif, "Saya dapat melihat benda-benda yang tidak dapat kita lihat dalam akhbar mainstream."
"Saya mendapati bahawasanya, tanpa media alternatif, akhbar mainstream akan menjadi gangster," dakwa Pak Samad, yang mendakwa gambaran yang dipaparkan dalam media mainstream, hanya "hitam-putih", dengan "Yang memerintah sentiasa betul, yang membangkang, yang tidak memerintah sentiasa salah."
Beliau melihat media alternatif lebih sesuai untuk anak-anak muda, yang akan menjelajah ke ceruk-ceruk untuk memperjelaskan apa yang sedang berlaku kepada rakyat.
Fathi Aris Omar: Media alternatif perlukan sokongan kewangan
Sebelum ini, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar mengakui bahawa media alternatif berdepan dengan masalah di mana sebarannya lebih terbatas kepada kawasan bandar, sementara penduduk kampung masih bergantung kepada media cetak dan elektronik sebagai sumber maklumat.
Fathi Aris Omar (gambar kiri) juga berkata, media alternatif berdepan dengan masalah kewangan, di mana ramai peniaga yang masih tidak yakin bahawa iklan di ruang internet mampu membawa pulangan. Lebih-lebih lagi, di Malaysia, sebahagian iklan dikaitkan dengan syarikat GLC (Syarikat Kaitan Kerajaan), yang berkepentingan bersama parti pemerintah. Justeru itu, media alternatif memerlukan bukan sahaja sokongan dari segi audiens, tetapi juga sumber kewangan daripada pembaca, sama ada dalam bentuk langganan atau lain-lain.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Monday, August 8, 2011
Sampai Waktunya Rejim BN Ditukarkan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tunggulah dan lihat bagaimana rakyat mengundi bila PRU-13.
ReplyDeleteUntuk mencapai perubahan terpulanglah kepada rakyat.
ReplyDeleterakyat yang menentukanya, tapi pastikan mereka jika bertukar kerajaan keadaan rakyat akan lebih baik?
ReplyDeleterakyat pasti tahu membezakan mana yang baik dan tidak. biarlah rakyat membuat pilihan mereka sendiri.
ReplyDeleteanak2 muda menjadi tumpuan untuk merealisasikan 'regim change'.
ReplyDeleteharap rakyat bijak menilai setiap maklumat yang disampaikan oleh pelbagai jenis media.
ReplyDeleteNampaknya sasterawan A. Samad menjadi penentang kerajaan. Itu terpulang kepada rakyat sendiri menilai apa kata-kata beliau.
ReplyDeleteKita tunggu saja adakah PR layak menjadi Pemimpin. Semua itu adalah ditangan rakyat sendiri.
ReplyDeletemedia alternatif seperti Malaysiakini sudah banyak kali terkantoi sebab menipu pembaca.. selagi media itu dengan jelas menyokong mana2 parti politik, selagi itu artikel yang mereka terbitkan tidak ikhlas, tidak jujur dan bersifat berat sebelah.
ReplyDeleteapa kurangnya utusan malaysia tidak ikhlas tidak jujur dan bersifat berat sebelah?
ReplyDeletekita (rakyat) dah beri peluang sudah lama kerajaan mentadbir negara rakyat kena menilai siapa yang layak terus membela nasib rakyat
ReplyDeletesebenarnya tidak ada pemimpin di Malaysia ini yang layak membela nasib rakyat.. semuanya hanya mahukan jawatan dan kuasa..
ReplyDelete