Monday, August 8, 2011

Tanah Runtuh: 7 Maut, 2 Terselamat Tapi Parah

Cameron Highlands: Tujuh penduduk Orang Asli terbunuh, manakala dua cedera apabila lima rumah di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, di sini, ditimbus tanah runtuh dalam kejadian hujan lebat, kira-kira 5.45 petang semalam.

Dalam kejadian itu, tiga daripada lima rumah terbabit tertimbus menyebabkan nasib semua penghuninya belum diketahui.

Sehingga tengah malam tadi, sumber mengesahkan mangsa maut ialah empat wanita dan tiga lelaki.

Ketua Polis daerah Cameron Highlands Deputi Superintendan, Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang maut bersama dua yang cedera dibawa ke Hospital Hajah Kalsom, Tanah Rata, sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, kira-kira 10 malam tadi.

Mangsa yang pertama dikeluarkan dari tempat kejadian jam 6.30 petang manakala dua yang cedera dikenali Bah Anjang Besar Alang, 39, dan remaja perempuan, Strry Priry, 15.

Katanya, pasukan penyelamat termasuk polis, anggota bomba dan penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan unit anjing pengesan dihantar ke tempat kejadian.

Sehingga ini, katanya, penghuni dua rumah yang terkena runtuhan itu sudah diselamatkan dan dibawa ke tempat lebih selamat.

Sumber berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada runtuhan lereng bukit yang ditarah bagi membangunkan projek perumahan berdekatan tempat kejadian. -hm






7 comments:
Write comments
  1. tragedi yang amat menyayat hati.

    ReplyDelete
  2. Malang tidak berbau, takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkorban.

    ReplyDelete
  3. Inilah salah satu kesannya bila bukit ditarah untuk pembangunan. penduduk juga yang akhirnya ditimpa bencana. 'bencana alam yang menimpa manusia disebabkan kecuaian dan kelalaian manusia sendiri.'
    Takziah kepada mangsa tanah runtuh.

    ReplyDelete
  4. takziah kepada keluarga mangsa..harap mereka akan terus tabah menghadapi semua ini.

    ReplyDelete
  5. ..kemungkinan kejadian itu berpunca daripada runtuhan lereng bukit yang ditarah bagi membangunkan projek perumahan berdekatan..

    Pihak pemaju harus peka dengan kawasan persekitaran projek. Tidak semena-mena, nyawa orang lain terkorban. Takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  6. Takziah kepada keluarga mangsa. Inilah akibat dari pembangunan yang tidak dirancang.

    ReplyDelete
  7. semua projek pembangunan dikawasan bukit mesti dihentikan serta merta.. berlajar la dari kesilapan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.