Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.
Sehubungan itu, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, DPPNS mengecam tindakan TV9 menyiarkan iklan berkaitan ibadah sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.
Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seoarang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur.
“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.
Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.
Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.
Katanya, sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.
Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” ujarnya. -HD
Thursday, August 4, 2011
TV9 Pula Paparkan Iklan Hina Ibadah Sahur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mesej yang disampaikan menerusi iklan tersebut kurang elok dan tidak selaras dengan ajaran Islam. Sudah hilang erti Ibadah Sahur kalau jiran tetangga saling bersaing pasal perkara macam tu.
ReplyDeleteSetuju bahawa pembikin filem iklan patut merujuk kepada mereka yang pakar dalam hukum Islam dahulu.
ReplyDeleteada mesej yang ingin disampaikan dalam iklan tersebut. namun cara mereka menyampaikan itu yang tidak tepat dan menimbulkan kekeliruan. pembuat iklan tersebut mmg hrus merujuk terlebih dahulu kepada pakar.
ReplyDeletesebaiknya jika setiap iklan yang disiarkan mempunyai mesej yang baik untuk disampaikan..
ReplyDeletekalau iklan sekalipun perlulah paparkan suatu maksud yang betul. apa lagi berkaitan dengan ibadah agama.
ReplyDeleteharap iklan ini tidak lagi ditayangkan.
ReplyDeleteTetapi iklan telah memberikan mesej yang bermakna juga. Tidak bolehlah menyalahkan mereka.
ReplyDeleteSiapa yang meluluskan iklan ini? Sepatutnya individu/pihak tersebut perlu lebih peka akan mesej yang cuba disampaikan.
ReplyDeletePada masa akan datang biarlah mesej yang cuba disampaikan dalam iklan2 dibuat secara straight to the point tanpa menimbulkan lagi persoalan2 lain.
ReplyDeleteIni pendapat pihak lain. Tapi bagi TV9 mungkin maksudnya lain. Janganlah melewat-lewatkan bersahur, makanlah seadanya tidak perlulah mewah sangat.
ReplyDeleteNampaknya ini pun PAS kurang senang. Susah juga kalau macam ini. PAS tidak boleh menjadi pemimpin di Sabah macam ini.
ReplyDeleteEloklah PAS yang tego, congrats PAS!!
ReplyDeletekalau semua Iklan atau movie dipolitikkan, semua pun tidak betul.. nanti kalau PAS memerintah, rakyat Malaysia hanya dengar ceramah2 agama PAS saja la..
ReplyDelete