Tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar hari ini mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP sekali gus meneruskan perjuangan menentang politik perkauman dan menggalakkan hubungan erat antara kaum.
Beliau menyertai DAP atas keyakinan bahawa parti itu bukan sahaja ditegakkan atas dasar berbilang kaum tetapi juga mengamalkan politik yang menolak perkauman.
"Pemilihan parti ini bagi saya ialah kerana ia tidak mementingkan kaum sebaliknya berorientasikan kaum dan mewakili semua kaum"katanya.
“Selama lebih 30 tahun saya aktif dalam gerakan hak asasi manusia serta menentang korupsi dan salah guna kuasa serta menggalakkan amalan demokrasi,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Dr Ariffin, 62, adalah pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur.
Beliau yang dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang bersekolah di St Xavier’s Institution, sebelum ke Universiti Sains Malaysia untuk memperolehi ijazah sarjana muda (B.A.).
Beliau melanjutkan pengajian tinggi di Singapore University dengan memperolehi ijazah sarjana (M.A.). Setelah mengajar di USM, beliau memasuki Australian National University untuk memperolehi ijazah doktor falsafah (PhD) pada 1991.
Beliau terkenal sebagai salah seorang pengasas gerakan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara Aliran pada 1977.
Karya beliau yang terkenal serta menjadi rujukan kolej dan universiti antarabangsa ialah Bangsa Melayu: Malay Concepts of Democracy and Community 1945 – 1950 terbitan Oxford University Press, 1993.
Beliau juga adalah pengarang buku Revolusi Indonesia dan Bangsa Melayu: Runtuhnya Kerajaan-Kerajaan Melayu Sumatera Timur pada Tahun 1946 (2001, USM Press) yang memaparkan kajian tentang kejatuhan pemerintahan diraja di Sumatra Timur pada 1946, dan buku Bumiputra Policies: Dynamics and Dilemmas (2004, Kajian Malaysia) mengenai masalah negara yang berlaku akibat kerajaan mengenepikan keadilan sosial di Malaysia.
Dr Ariffin yang juga seorang Fulbright Fellow di University of Utah, Amerika Syarikat, kini sedang menulis buku mengenai hubungan antara kaum dan kebebasan beragama di Malaysia.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke, Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP Zairil Khir Johari. -tvsnews
Monday, August 8, 2011
[Video] Prof Dr Ariffin Omar Sertai DAP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terpulanglah pada dia nak sertai DAP.
ReplyDeleteItu adalah dari sudut kaca matanya sendiri. bagi orang lain mungkin berbeza.
ReplyDeleteyang penting DAP diyakini dapat memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum.
ReplyDeleteSelamat berjuang kepada Ariffin Omar bersama DAP.
ReplyDeleteSetuju dengan perjuangan Dr mengenai kebebasan beragama dan hubungan antara kaum.
ReplyDeleteitu terserah kepada masing-masing untuk menyertai parti mana yang disukai. setiap orang pasti ada pilihan sendiri.
ReplyDeleteItu hak beliau untuk menyertai mana2 parti yang beliau mahu.
ReplyDeleteIsu perkauman masih menebal di kalangan masyarakat terutamanya di Semenanjung. Sikap racist perlu dikikis. Kemasukan Dr. Ariffin serba sedikit menunjukkan beliau tidak bersifat perkauman dan lebih liberal.
ReplyDeleteMungkin itu pandangan beliau sendiri. Mungkin beliau cuma dapat melihat yang tersurat tapi bukannya yang tersirat. Kita sendiri tidak tahu apa yang DAP inginkan sebenarnya??!!
ReplyDeleteapa agaknya pandangan beliau tentang rampasan tanah penduduk kampung melayu, diskriminasi dari segi peruntukkan, merobohkan gerai melayu di Pulau Pinang oleh kerajaan DAP??
ReplyDelete