Kelibat Datuk Seri Najib Razak tidak kelihatan pada perbahasan Bajet 2013 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula jam 11.30 pagi tadi.
Ini jelas menunjukkan ketakutan beliau berdebat dengan Ketua Pembangkang itu.
Malah ramai di kalangan Menteri turut memonteng sesi itu hari ini.
Tiada Menteri mahupun Ahli Parlimen (MP) BN yang bangun mencelah, kecuali MP Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beberapa MP BN, antaranya Datuk Idris Haron (Tangga Batu) dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pula dilihat berada di luar Dewan ketika Anwar berucap.
Ketiadaan Najib menyebabkan beberapa MP BN terpaksa mempertahankan kelemahan Kerajaan Pusat, walaupun menggunakan maklumat yang salah.
Antaranya, berhubung isu ekonomi masyarakat Melayu Pulau Pinang dan pencapaian ekonomi Kerajaan Selangor.
Anwar berkata, sudah menjadi tradisi Menteri Kewangan untuk hadir ke Parlimen ketika sesi bahas belanjawan negara.
“(Sudahlah) debat tak berani, bahas dalam Parlimen pun tak sanggup. (Akhirnya Menteri Kewangan) Suruh ‘backbenchers’ (Ahli Parlimen biasa) pertahan, sedangkan mereka tiada dalam kabinet kerajaan dan tidak tahu dasar (yang tepat),” tempelak Ketua Umum KEADILAN itu.
Baru-baru ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mencabar Perdana Menteri berdebat mengenai Bajet 2013.
Separuh ucapan Najib pada penggulungan Bajet 2013 Jumaat lalu mengkritik Pakatan Rakyat.
“Ayuh kita berdebat, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Kamu kata kamu demokrat bukan,” cabar Anwar.
Beliau turut bersedia memberikan masa tambahan 10 minit kepada Najib jika berani menyahut cabaran itu.
Dalam sesi itu, Anwar juga menyentuh mengenai dasar-dasar kebajikan di negeri-negeri Pakatan.
Mengulas Bajet 2013, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan ia sebagai bajet politik semata-mata.
Katanya, pelbagai insentif diberikan dalam bentuk ‘one off’ kepada sasaran tertentu memperlihat tindakan kerajaan mahu menawan hati rakyat menjelang pilihan raya umum nanti.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ucapan Najib ketika membentangkan Belanjawan 2013 lalu yang bertukar kepada ucapan pilihan raya membayangkan ketakutan Perdana Menteri.
“Ia jelas bahawa pembentangan Bajet 2013 menunjukkan Najib sangat tidak yakin dan dibayangi rasa fobia kerana merasakan ucapan belanjawan keempat ini merupakan ucapan belanjawan terakhir Umno dan BN di Parlimen.
Monday, October 1, 2012
Najib Pengecut, Tidak Hadir Sessi Perbahasan Bajet 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa guna timbalan menteri kewangan satu dan dua kalau bahas bajet pun nak PM bahaskan, PM bentangkan timbalan2 dan menteri2 nya yg membahaskan...
ReplyDeletealahai sedihnya penyokong BN.orang nak Bahas bajet 2013 kemuka kekurangan dan menampah baiki kekurangan.tapi ayat penyokong umno buang masa.kalau kata bodoh marah ini hal rakyat perlu tahu permasalahan utama ekonomi negara.kalau setakat dibentang dan tak dibahas umpama bajet syok sendiri.hutang negara dah separuh kdnk keluaran dalam negara kasar.patutla penyokong umno dan bn bodoh ekonomi.elok penyokong umno je bayar hutang negara biar sampai muflis baru tahu langit dengan bumi.
ReplyDelete**undi penentu..
sebenarnya cai2 umno pun malu dgn tok ketua mereka.. mcm aym jantan..kokok berderai2 ekor bergelumang tahi...
ReplyDeletehanya berani di kaca tv sepatut nya pm harus memiliki keberanian yang sejati untuk menghadapi apa juga desakan pembangkang apalah juga kalau hanya ajakan oleh ketua pembangkang berdebat maka berdebatlah tunjukan lah sebagai seorang pemimpin bn ini tidak hanya berani berkokok tapi taji tiada
ReplyDeletesaya ni pun ada lah pengikut bn yang sejati tetapi bayangkanlah jika pemimpin kita sendiri sebagaipanglima perang TAKUT BERJUANG DI MEDAN PERANG(berdebat)adakah kita ingin panglima yang penakut fikirkan lah
ReplyDeleteSaya masih ingat tatkala DS Anwar jadi TPM dan Menteri Kewangan dlm kabinet Tun M dulu, beliau hadir sesi perbahasan bajet yg dminta bahas oleh Ketua Pembangkang iaitu YB Tuan Lim Kit Siang. Beliau hadir dan brbahas dgn gagah berani selaku YB Menteri Kewangan. Brbezakan.??
ReplyDeleteAkhirnya sedikit demi sedikit menyerlah yg disembunyi diketahui ramai disebabkan pemimpin kita yg takut kerana salah laku yg byk terjadi....Sebagai rumusan pemimpin BN skrg ni berkokok je lebih tapi tiada melawan....TAKUTTTTTTTTTTTTT. Kalau TAKUT letak je jawatan tuh.
ReplyDeleteIbarat harimau tiada taring tinggal gusi dan kuku sekuat bulu ayam saja....inda gentelman buat apa jadi pemimpin lawanlah bikin malu org umno/bn bagus aku masuk pakatan saja...
ReplyDeletehmm, apa citer dgn keengganan MB Sngor berbahas dgn YB Chua? xde dimarah BN, kan?!! *Najib sbg PM mgkin bz spt MB Sngor! lagipun Najib mana ada jji mgenai perbahasan ini.. bukan mcm MB Sngor yg kata ok tapi x datang. pandai jji sj
ReplyDeleteso, mencari salah org & alih isu mmg pandai..jk Malaysia bankrupt & menyokong / iktiraf yahudi oleh PR nanti pun rakyat ok sebab digula2 & kepandaian anwar alih isu!
Anwar sdg alih isu! jet mewah, yahudi..bajet PR x selari dgn buku jingga, Allah utk semua nama2 tuhan termasuk 3 tuhan dlm Kristian, isu mansor & KM Penang..so, kamu yg mengaku `cerdik` & diiktiraf `sangat cerdik` oleh PR nih, sendiri pahamlaa..
janji memang pandai... bila ndak mampu, alih isu..rakyat lupa & marah2. actly, rakyat yg `cerdik` dibangangkan..!
manis sungguh tebu seberang;
dari perdu hingga ke pucuk;
manis sungguh janji orang;
kena tipu dalam pujuk???!!!!!!
Memang pun Najib takut berbahas tentang bajet 2013 kerana ia tidak ada watak kepimpinan orang seperti ini harus kita singkirkan dalam
ReplyDeletekerajaan, kita pilih anuar kerana berani menyahut cabaran kerana benar apa yang di katanya.
anwar...kamu mmg marvellous!! kamu mmg cerdik. kami mmg mau anda! ah uhh ahh, come on anwar! harder, harder..bagus bagus syg! korek lagi..korek dalam2. hhmmphh
ReplyDeleteperbahasan buang masa saja. Najib ada komitmen yang lebih penting daripada berbahas dengan Anwar.
ReplyDeleteNajib tak nak bahas dengan Anwar sebab nanti Anwar yang malu bila bahasnya ditepis oleh Najib.
ReplyDeletePM banyak tugas. Anwar tu setakat ketua pembangkang saja.
ReplyDeleteAnwar tu tiada kerja lain asyik nak berdebat sajer. Lain la PM asyik sibuk memanjang dengan tugas2 negara.
ReplyDeleteTidak payah mahu debat buang masa saja.
ReplyDeleteBagus brdebat utk cari kebenaran. Andai PM mampu jawab segala permasalahan negara, thumbs up kpd PM. Tapi bila lari belum sempat apa2, thumb down le jawabnya. PM banyak kerja lain yg lebih penting? Ini bajet negara salah satu dr kerja penting tu. Kewangan negara kata kan. Sekurangnya TPM atau Menteri Kewangan Kedua yg hadir,baru ngam. Mcm TS Khalid MB Selangor tu dmana exco kanan hadir utk brdebar isu Talam dgn BN Negeri diatas ketiadaan MB dlm negeri. Itu baru betul. Ini semua YB BN dr menteri kabinet shingga YB pencacai,semua lari keluar dewan rakyat. Mcm tu taraf PM, S Jibeng pun bole jd PM.
ReplyDeleteTajuk yg sesuai tu..NAJIB PENGECUT. Tepat 100 %.
ReplyDeleteSedarlah wahai rakyat 1Malaysia! Inikah wakil2 rakyat yang anda akan pilih kelak? Punyalah bacul! Bila Pi Em Sapu Malaysia bentang Budget semua ada! Tapi bila Ketua Pembangkang ajak berdebat tentang Budget korang, mana korang menghilang? takkan menyorok kat dapur rumah masing2 kot?
ReplyDelete"Secara tradisinya menteri kewangan akan hadir di dewan sewaktu perbahasan. Hendak debat (dia) tak berani. Hendak bahas di Parlimen dia tak datang,"
ReplyDeletePM penakut. menteri pengecut. MP bacul.
ReplyDeletenasib korg la wahai puak2 UMNO mempunyai pemimpin tak bertelor sebegini. cakap berdegar - ketika tidak ada sanggahan dibenarkan. bila nak ajak bahas, lari mencicit.
lawak sungguh.
inilah contoh PM dan PEMIMPIN yg tidak bertanggungjawab.najib hanya tahu membentangkan belanjawan yg telah di tulis skripnya di atas kertas oleh jabatan stastistik tampa memikirkan kesan dan akibatnya kepada negara.adakah dengan bajet belanjawan 2013 itu dapat menyelesaikan segala permasaalahan yg di tanggung oleh rakyat selama ini????...apa yg pasti selepas ini harga barangan keperluan pasti akan naik secara menegak dan apa salahnya jikalau bonus sebulan setengah gaji yg di berikan kepada kakitangan awam itu di gunakan utk menyerap kenaikan harga barang dan menurunkan kos bahan api seperti petrol dan diesel....jikalau kerajaan mengambil langkah itu sudah pasti rakyat keseluruhan dapat merasai nikmatnya.nampak sangat pakar2 ekonomi yg ada di sekeliling najib kurang cerdik.mereka hanya membantu segelintir kroni2 mereka utk menjadi lebih kaya dan meminggirkan kepentingan rakyat keseluruhan baik penyokong UMNO ataupun pembangkang.ingatlah pengundi2 yg
ReplyDeleteberdaftar semua...setiap sen yg kamu terima daripada kerajaan samaada melalui BONUS...BR1M...REBET PEMBELIAN TELEFON PINTAR..bayarannya adalah hutang yg terpaksa di tanggung sepanjang hayat...bayarannya adalah kamu terpaksa terima melalui segala kenaikan harga barang.utk kepastian tunggulah selepas PRU13.jikalau kerajaan BN masih memerintah lagi selepas itu sudah pasti kita rakyat akan menerima natijahnya....tungguuuuu....
**kasih Kawww..
Tak pernah aku lihat kat dalam dunia PM takut berbahas tentang bajet. Hanya di Malaysia je yg terjadi. Amat memalukan standard parlimen Malaysia yg mana ada wakil-wakil atau jemaah menteri yg bacul dan penakot mcm tu. Kalau takot sangat lain kali bentang je belanjawan pada yg pekak dan bisu. sure punya tak ada komen atau soalan. Anda mampu merubahnya, dari penakot kepada yg berani.
ReplyDeletetau knp haji logiut najib memegang kementerian shahlizard? entah2 bertapuk dlm kain sarung c roastporkmah!!!
ReplyDeleteRasanya bukan apa mungkin membuang masa saja jika menunggu apa yang Anwar cuba cakapkan itu. Daripada terbuang masa begitu saja bagus lagi membuat kerja yang bermanfaat.
ReplyDeletealimah ko pun buta kayu juga ka!!agak-agak la nak jadi pecacaitu..
ReplyDeleteehh kamb..g, ini bajet negara. PM kena duduk dan berbahas dgn pembangkang. Perbahasan tu bukan cari salah, tapi perdebatan kearah prbincangan. Bajet tu bukan RM1000 tapi RM240b. Dulu2an pun hakikatnya Menteri Kewangan akan brbahas dgn pembangkang atas isu2 bajet.
ReplyDeletePM tak hadir mgkin kerana beliau ada program lain lebih penting.
ReplyDeletesepatutnya timbalan Menteri kewangan yang boleh wakilkan.
ReplyDeleteThe opposition will not have the opportunity to criticise the 2013 Budget tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as it looks after the interests of all strata of society. Information, Communications and Culture minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said instead the budget would move the people to have greater appreciation for the ruling government and country. Therefore Malaysians should open up their eyes and listen closely so that they can give recognition to the deeds of the government in fulfilling its promises. Meanwhile, Works Minister Datuk Seri Shaziman Abu Mansor said he was convinced the construction industry would see a strategic growth next year due to the multiple allocations in the budget. He expected an increase in the volume of projects that would encourage more participation by contractors Malaysia’s construction industry has a brighter future because a lot of projects, particularly under the Economic Tranformation Programmes, are still on-going since last year. Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad said Felda would collaborate with state governments in search for available land to develop 20,000 houses for its new generation which had been allocated in the budget. Meanwhile in Kuala Lumpur, Information, Communications and Culture deputy minister Datuk Maglin Dennis D’Cruz said the RM150 million budget would encourage the younger generation to be informative and knowledgeable with the establishment of 100 internet centres in public housing schemes. Rural areas in Sabah and Sarawak already have their Wifi villages. What the Prime Minister announced, is an additional allocation to all levels of the society. He said with the allocation of a RM200 rebate for 3G smartphones for youths aged 21 to 30, it showed the government’s support for the younger generation to be technology savvy and never to be left behind.
ReplyDelete