PERGOLAKAN parti-parti politik yang kini sedang melanda Daerah Semporna sama ada yang melibatkan parti UMNO/BN mahupun juga parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat khususnya Parti Angkatan KeADILan Rakyat (PKR) telah menjadi topik hangat setiap hari di kedai-kedai kopi oleh para pemerhati politik atas pagar mahupun ahli-ahli parti itu sendiri.
Cerita mengenai Kemelut PKR pula, kebanyakan mereka yang menjadi ahli PKR tiada lain fokus dan niat mereka mahu jadi calon pada PRU 13 nanti sehingga fenomena ini menjadi rebutan dan berlakunya pecah belah antara semasa sendiri.
Sementara dalam parti komponan BN/UMNO pula mereka masing-masing melobi calon sama ada ditujukan kepada Presiden UMNO mahupun kepada Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional yang juga selaku Ketua Menteri Sabah.
Dalam tugas rutin Sabahkini.Net selama tiga hari berada di daerah Semporna, ramai yang mengadu dan menceritakan mengenai pergolakan dan senario politik yang melanda di daerah ini.
Menurut laporan yang diterima daripada beberapa guru-guru yang terdiri anak jati Semporna, mereka mahukan perubahan besar sama ada dalam arus perdana pembangunan infrastruktur mahupun perubahan corak dalam kepimpinan.
Dalam tinjauan Sabahkini.Net ke beberapa kawasan perkampungan di bawah naungan DUN Sulabayan yang diwakili Haji Harman Mohammad, dikatakan gagal membangunkan DUN berkenaan.
Terdapat nisbah peratusan penduduk di kawasan Sulabayan yang masih menyayangi Barisan Nasional; tetapi mereka kesal kerana diberikan Wakil Rakyat yang langsung tidak berfungsi, malah tidak menepati janji, tidak amanah dan pilih kasih dalam agehan pembangunan.
enario politik ini dijelaskan seorang guru, Cikgu Sulaiman yang menceritakan kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan kelmarin.
Ketika ditanya siapakah calon paling sesuai untuk menggantikan tempat Haji Harman di DUN Sulabayan, kata Cikgu Sulaiman, rata-rata penduduk mahukan seorang penduduk asal Sulabayan tetapi masih lagi menjawat jawatan awam di salah sebuah Jabatan Kerajaan Persekutuan.
"Orang yang kami maksudkan ialah Ghazali Hindi yang patut diberi peluang mewakili BN di Sulabayan," ujar Cikgu Sulaiman yang sewajarnya dinilai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Kata Cikgu Sulaiman lagi, Ghazalie merupakan seorang anak muda yang berwawasan tinggi dan berpandangan jauh serta mempunyai kelulusan akademik yang mencukupi untuk menebus dosa yang ditinggalkan Harman selama menjadi ADUN Sulabayan.
Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)
Monday, October 8, 2012
Rakyat Sulabayan Mahu Adun Baru?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
siapa pun yg menjadi calon pada PRU13 nanti terutama calon BN/UMNO pasti akan lingkup dan kalah teruk ...ini adalah kenyataan yg harus BN/UMNO terima.
ReplyDeleteMaka undilah Sdra Lukman Ureh dr PKR utk mencipta perubahan dlm lanskap politik dan pembangunan rakyat dSulabayan. Apa salah kita mencuba DAN andainya lebih teruk dr BN...apa lagi humban dia ke Laut Celebes lah.
ReplyDeleteUndilah calon yang ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan bukan mengejar kekayaan serta pangkat saja.
ReplyDeleteBagus juga kalau pilih anak Sulabayan, sekurang kurangnya wakil rakyat Sulabayan tu yang lebih faham keperluan mereka.
ReplyDeleteAnak kampung banyak masih sokong BN, masih yakin degn BN, biarkan orang yang bersemangat berjuang demi kebaikkan orang rakyat.
ReplyDeleteTerdapat nisbah peratusan penduduk di kawasan Sulabayan yang masih menyayangi Barisan Nasional. Semangat melihat masih ada rakyat Sabah yang menyayangi BN.
ReplyDeleteJelas sekali permintaan orang kampung Sulabayan yang ingin wakil rakyat mereka ditukar kepada Ghazali Hindi untuk mewakili Barisan National.
ReplyDeleteSituasi yang biasa, sebelum pilihanraya rakyat berhangat bincang calon wakil rakyat, ada yang puas hati dengan BN ada yang tidak.
ReplyDeleteRata2 semua pun mahukan pemimpin muda sekarang ni. nampaknya pemimpin yang ada sekarang memang perlu ditukar apalagi mereka yang tidak dapat jalankan tanggungjawab dengan baik.
ReplyDeleteTentang siapa yang akan jadi calon, biarlah ditentukan oleh pucuk pimpinan dan bukannya berebut sesama mereka hingga perjuangan parti pun terjejas.
ReplyDeletekalau ADUN sudah tidak berfungsi memang patut ditukarkan...
ReplyDeletediharap pucuk pimpinan parti mengenal pasti ADUN yang sudah tidak berfungsi ini dan mengantikan mereka dengan calon muka baru yang lebih bertenaga dan bersemangat untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
ReplyDeleteahli2 PKR masing2 berebut untuk menjadi calon...kalau tanding pun, rasanya PKR/PR tiada peluang menang di sulabayan atau semporna...rakyat masih menyokong BN hanya mahu calon ditukarkan saja..
ReplyDeletemahukah Ghazali Hindi menjadi calon pada pru13 nanti? apa pula respon pucuk pimpinan parti?
ReplyDeleteNampaknyan masalah dalam perletakan calon oleh PR semakin bermasalah. Perebutan mula berlaku dalam parti itu.
ReplyDeleteWajarlah DUN diganti sekiranya wakil kawasan tu gagal melaksanakan tugasan
ReplyDeleteIsu dalaman PKR Semporna rupanya berebut mahu jadi calon. Bukan mahu bela nasib rakyat
ReplyDeletePemimpin PKR hanya gila kuasa sahaja.
ReplyDeleteKalau adun yang tidak tahu buat kerja mungkin harus di tukar.
ReplyDeleteSiapa saja yang di calonkan sebagai adun, harap dapat menjalankan tugas dan kepercayaan yang di beri oleh rakyat.
ReplyDeleteSaudara memang ndak ada peluang, lebih baik bekerjasama dgn Pakatan utk menumbangkan UMNO/BN.
ReplyDeleteJikalau rakyat nak calon daripada Sulabayan, hasrat mereka perlulah dipenuhi.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat siapa yang bakal dilantik sebagai calon di Sulabayan, ini terletak dalam keputusan puncak pemimpin.
ReplyDeleteGhazali Hindi yang patut diberi peluang mewakili BN di Sulabayan, BN perlulah mempertimbangkang cadangan ini.
ReplyDeletePembangkang hanya pandai berjanji tapi tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan kata-kata manis mereka. Jangan mudah terpedaya.
ReplyDeleteKerajaan BN telah lama berbakti kepada rakyat dan berjaya membangun negera ini dengan baik. Justeru kita kita mesti terus beri sokongan kepada BN dan menolak pihak pembangkang.
ReplyDeleteTukar wakil SULABAYAN..kerana ADUN yg ada skrg langsung tdk menunjukkan adanya kemajuan,byk rasuah..dikhabarkan projek yang diberikan terpksa di bahagi 2..ini tidak patut dan perlu dihentikan..REFORMASI..TUKAR ADUN N52 SULABAYAN PRU13
ReplyDelete5 tahun sekarang anda lihat apa yang ada perubahan di kawasan N52 SULABAYAN..tiada bukan..kemajuan yang ada pun sekarang adalah hasil pimpinan ADUN yang trdahulu Datuk Shafie Apdal..rakyat malaysia bangga dgn beliau,kesungguhan beliau utk mengubah anak2 sabah khususnya di daerah semporna..sehingga kini wujudnya Elektrik,bekalan air paip..ADUN sekrg apa yang ada?tepuk dada tanya selera..CHANGE ADUN PRU13
ReplyDeleteLucu. Semua pn gila duit..semua pemimpin di complain..tp bila agih beras...tangki 1malysia..bagi duit bwrbaris juga minta.. X pyh la cakap buruk2 kn semua pwmimpin sedia ada..cakap saja kurang bg duit..duitt yg penting..faham sgt org2 mcm ni..percayalaj 5thn leps ni minta tukar tukar tukar lg..suma pn duit..hish2..lain yg politik..lain yg sibuk..lucu bha kamu...yg penting negaa aman damai bersyukurla..sm2 halau lanun bangsa kaum2 penjahat d semporna lg bgs..kaum2 mundu haram ni yg x layak mau pimpim semporna...seqel..
ReplyDeleteSemua pn tolong keluarga sendiri dl..boleh pula org lain menang..X adil!..undi balik ank buah sendiri menang!adilll....x apala..ALLAH kan ada..sementara sj kita di dunia ni..kejar pangkat la org ni semua....nauzubilminzalik..
ReplyDelete