Beberapa penduduk di Kampung Limbok, Temiang, di sini, rimas dengan gelagat warga asing yang selalu membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam. Gambar fail
Bukan sahaja membuat bising dan mabuk, malah ada warga asing yang menyewa rumah di sekitar Jalan Seng Meng Lee, di sini, sengaja berbogel di hadapan rumah.
Penduduk, Tang Kam Sing, 60, berkata, sejak setahun lalu kehidupan keluarganya tidak tenteram dengan kehadiran sekumpulan warga asing yang menyewa di hadapan rumahnya.
Menurutnya, paling merimaskan keluarganya ialah tindakan lelaki berusia 20-an itu yang dipercayai warga Bangladesh sengaja berbogel di hadapan pintu rumah.
“Setiap pagi isteri saya akan bersenam di hadapan rumah dan dia pula sengaja membuka pintu dan tingkap supaya isteri saya dapat melihatnya.
“Meskipun dia tidak mengganggu kami namun tindakannya yang berbogel amat merimaskan," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Kam Sing berkata, dia pernah menasihatkan rakan serumah lelaki terbabit supaya menasihati rakannya itu agar menjaga tingkah laku.
“Atas semangat kejiranan, saya sekadar mahu menegurnya dan tidak tergamak mahu menghalau mereka tetapi sehingga kini masih tiada perubahan,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Low Chin Han, 45, berkata, hampir 100 warga asing di sekitar kampung berkenaan sering berkeliaran setiap malam.
“Mereka buat bising setiap malam dan sentiasa dalam keadaan mabuk.
“Kami bimbang dengan keselamatan anak perempuan kerana mereka juga selalu ganggu wanita yang sering berjalan kaki pulang ke rumah,” katanya.
Menurutnya, ketiadaan polis peronda bagi mengawal keselamatan penduduk juga amat mendukacitakan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Temiang, Ng Chin Tsai berkata, aduan mengenai masalah itu telah diajukan kepada pihak berkenaan.
“Saya harap polis melakukan rondaan secara berkala di kawasan ini bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Saya juga berharap, Jabatan Imigresen dapat melakukan siasatan terhadap warga asing di sini, sama ada mereka mempunyai dokumen sah atau tidak,” katanya. -SH
Monday, October 1, 2012
Warga Asing Berbogel Depan Rumah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila dah dpt ic nanti, lagi susah nak halau 'member' tu balik negara. Dah warga negara, nak balik negara mana lagih. Lagi susah kalu BN dah set mereka2 tu utk undi DUN/MP mana. Rugi undi BN,bebb!! Nak bogel depan rumah, masalah tu tanggung sendiri le. Itu kata UMNO,bukan kata aku.
ReplyDeleteaik, nazri bilang pendatang asing tidak mengancam keselamatan negara' jadi yg berbogel tu kalau lama2 merogol la tu. taik tasu betul Barisan Nazak(BN) ni
ReplyDeleteSiapa yang pintar sangat sewakan rumah untuk warga asing tu ya?
ReplyDeleteTidak hairanlah kalau mabuk. mungkin memang begitulah 'budaya' mereka.
ReplyDeleteBila dah pupus spesis UMngok kat Msia nih, bangla ni pulak jd penggantinya. Jgn heran kalu Kalam Khan akan jd Ketua Pemuda Umno Sabah atau UMNO Msia satu masa nanti. Sebab apa, kalam Khan tu dpt ic hasil dr atuk beliau (bangla sekrang) yg dpt ic segera.
ReplyDeleteKawan-kawan Nazri agaknya nih....
ReplyDeleteSiapa suruh kamurang sewa rumah sama pilak?
ReplyDeleteLapor saja dengan polis pasti semua tu bukan datang secara sah ke M'sia.
ReplyDeletePihak polis perlu tampil untuk menangani masalah tersebut.
ReplyDeletepihak polis kena meronda di kawasan tersebut, warga asing ni dah datang negara orng tu. hormatlah budaya orang.
ReplyDeleteIn the case of Sabah's illegal immigrants pligh, investigation officers appointed by the Commission of Inquiry to tackle the issue on illegal immigrants in Sabah have begun their probe. This was confirmed by the secretary of the Commission, Datuk Saripuddin Kasim. He said the investigation followed the appointment of the members of the Commission of Inquiry by the Yang di-Pertuan Agong, effective Sept 21. The Public Prosecutor has appointed investigating officers pursuant to Section 16 of the Commission of Inquiry Act 1950 (Act 119) to investigate any matter relating to the terms of reference of the Commission.
ReplyDeleteThe media had previously reported that the terms of reference for the Commission, among other things, was to investigate the number of immigrants in Sabah who had been given the identity card or citizenship.The Commission would also investigate whether immigrants in Sabah who possessed the blue identity card, temporary identification receipt (blue) or citizenship in an illegal manner had been registered in the electoral roll.It has been given six months to complete the investigation, effective from the date of the appointment of the chairman and members of the Commission, which was Sept 21.The investigation report must be submitted to the Yang di-Pertuan Agong.
ReplyDeleteHarap masalah ini dapat ditangani supaya tidak menganggu rakyat tempatan.
ReplyDelete