Saudara Pengarang,....SAYA ingin merujuk kembali surat saya kepada Sabahkini.net yang bertajuk 'Mana Janji Pembangunan Buat Sandakan?' yang disiarkan pada 15 Mei 2011. Saya ada membangkitkan beberapa projek pembangunan yang pernah dijanjikan oleh para wakil rakyat Sandakan kepada penduduk Sandakan, tetapi sampai saat ini masih 'janji tinggal janji' dan tidak pernah dilaksanakan demi kesejahteraan penduduk Sandakan.
Dalam surat saya ini juga, saya juga ada meminta jasa baik semua wakil rakyat Sandakan supaya menjawab soalan ataupun memberi penjelasan yang saya bangkitkan sama ada menerusi laman Sabahkini.net ataupun melalui suratkhabar tempatan supaya saya dapat membuat penilaian prestasi wakil rakyat sebelum sebelum saya membuang undi dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Tetapi saya berasa teramat kecewa kerana sampai saat ini, semua wakil rakyat Sandakan tidak berminat menjawab soalan-soalan saya! Adakah soalan-soalan saya ini begitu sukar sekali untuk dijawab oleh anda para wakil rakyat Sandakan sekalian?
Ataupun anda sekalian (Wakil Rakyat Sandakan) tidak mempunyai jawapan kepada segala persoalan saya kerana anda sekalian juga tidak tahu bila projek-projek pembangunan yang saya utarakan akan dilaksanakan kerana anda sekalian hanya pandai menabur janji janji kosong dan 'gula-gula' kepada semua penduduk Sandakan termasuk saya sendiri agar mempercayai anda sekalian sekaligus mengundi anda semua dalam pilihanraya!
Inikah sikap wakil rakyat yang kami penduduk Sandakan harapkan agar membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada kami semua? Anda sekalian harus ingat bahawa anda membawa gelaran wakil rakyat yang membawa maksud 'anda mewakili penduduk, rakyat ataupun sebuah komuniti dalam memperjuangkan kesejahteraan, kesenangan dan segala kebaikan serta membawa suara hati mereka ke dewan undangan negeri ataupun kabinet agar mereka (rakyat) mempunyai sebuah kehidupan yang lebih baik'.
Tetapi adakah anda semua 'memainkan' peranan anda sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh kami penduduk Sandakan? Jawapannya yang paling nyata ialah, TIADA!
Anda semua hanya hanya megah dengan gelaran Yang Berhormat tetapi langsung tidak menghargai dan mengenang segala jasa penduduk Sandakan yang memilih anda semua menjadi seorang wakil rakyat.
Untuk pengetahuan anda wakil rakyat Sandakan, saya sudah muak, mual dan putus asa dengan anda semua ini. Apa yang saya dan juga penduduk Sandakan lain mahukan ialah seorang wakil rakyat yang berkerja keras dan rajin turun padang dalam memperjuangkan nasib penduduk Sandakan dan bukan wakil rakyat yang bermegah megah dengan kereta 'ninja king' barunya ataupun wakil rakyat yang selalu dikerumumi oleh kaki-kaki bodek ataupun wakil-wakil rakyat yang hanya tunjuk muka bila ada acara rasmi dan mengiringi menteri-menteri kabinet!
Kami mahukan wakil rakyat 'Yang Berkhidmat, Yang Berkerja, Yang Berjasa, Yang Berhemah,Yang Berdisiplin dan Yang Bertanggungjawab.’
Saya juga ingin bertanya para wakil rakyat Sandakan, kenapakah Sandakan tidak mendapat apa-apa projek pembangunan dalam Sabah Development Corridor (SDC) selain POIC Sandakan dan Sandakan Education Hub (SEH), padahal Ketua Menteri Sabah dan juga beberapa menteri kabinet negeri dan beberapa Pengerusi GLC Sabah serta seorang Timbalan Menteri Persekutuan juga mewakili Sandakan?
Tidakkah anda semua berasa malu dengan penduduk Sandakan yang memilih anda dan mengharapkan anda semua memakmurkan kehidupan kami? Menurut Wikipedia, Sandakan pada masa dahulu semasa zaman kegemilangan kayu-kayannya adalah sebuah daerah yang melahirkan jutawan teramai dalam dunia dan Sandakan juga adalah bekas ibu negeri Sabah!
Tetapi apa jadi dengan Sandakan sekarang? Daerah yang saya tinggal sejak saya dilahirkan kini adalah sebuah daerah yang jauh ketinggalan dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan Kota Kinabalu, Tawau dan juga Lahad Datu.
Contoh terbaik yang membuatkan saya betul-betul geram dengan janji kosong anda semua ialah mengenai projek naik taraf lapangan terbang Sandakan. Projek ini dilaung- laungkan dengan begitu lantang sekali semasa kempen pilihanraya umum yang lalu serta pernah dikitar semula semasa kempen pilihanraya kecil Batu Sapi yang lalu malah Timbalan Menteri Penggangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri pada tahun 2009 juga pernah menyebut projek ini akan dimulakan tidak lagi dan kerajaan persekutuan memperuntukkan RM110 juta menerusi SDC untuk projek ini. Sekarang sudahpun memasuki bulan jun 2011, tetapi tiada seinci pun lapangan terbang ini dinaiktaraf! Selain itu, Au Kam Wah (Adun Elopura) dalam kenyataannya di suratkhabar pada 02 Jun 2011 ada menyatakan projek ini akan dimulakan tidak lama lagi juga. Tetapi saya mahu tanya YB Elopura, apakah maksud anda 'tidak lama lagi'? Adakah anda bermaksud kami penduduk Sandakan terpaksa menunggu satu atau dua tahun lagi? Ataupun terpaksa menunggu selepas pilihanraya umum ke 13?
Saya sudah lali dan bosan dengan perkataan 'tidak lama lagi'! Sebenarnya, projek menaiktaraf lapanganterbang Sandakan ini adalah sangat penting bagi daerah ini, terutamanya dalam sektor pelancongan kerana kapal terbang yang lebih besar dapat membawa lebih ramai penumpang, terutamanya pelancong asing, sekiranya lantasannya dibesar atau dipanjangkan.
Lapangan terbang yang lebih besar dan moden juga akan menarik minat penerbangan asing untuk melakukan penerbangan terus ke daerah ini, sejajar dengan hasrat kerajaan membangunkan sektor pelaburan dalam BIMP-EAGA.
Baru baru ini, MasWings ada mengumumkan akan memulakan penerbangan terus KK-Tawau-Tarakan pada bulan oktober ini. Jadi, dengan pembesaran lapangan terbang Sandakan, para wakil rakyat Sandakan boleh mencadangkan kepada pihak pengurusan MasWings ataupun AirAsia untuk mengadakan penerbangan terus Sandakan-Clark, Sandakan-Manila, Sandakan-Jakarta, Sandakan-Bandung, Sandakan-Bali ataupun Sandakan-Brunei. Senario ini akan meramaikan lagi kedatangan pelancong asing ke daerah ini.
Saya juga ingin memberi nasihat kepada semua wakil rakyat Sandakan supaya berperanan sebagai seorang 'salesman' ataupun 'sales marketing' untuk Sandakan. Contohnya, tanggungjawab dan tugas seorang ‘salesman’ sesebuah syarikat adalah membawa seberapa banyak perniagaan dan hasil keuntungan kepada syarikat menerusi penjualan sesuatu produk ataupun barangan.
Ini membawa maksud, anda wakil rakyat Sandakan hendaklah 'menjual' dan mempromosi Sandakan kepada orang lain ataupun dunia luar supaya penduduk Sandakan akan mendapat manafaat daripadanya.
Sebagai contoh, dalam sektor hartanah ataupun pembinaan, anda wakil rakyat Sandakan hendaklah berusaha menarik minat dan berbincang dengan syarikat syarikat gergasi sektor pembinaan negara seperti SP Setia Berhad Group, Gamuda Bhd, IOI Properties, Sunway Group dan sebagainya untuk melabur di daerah ini seperti membina pusat membeli belah, bangunan komersial mewah dan sebagainya secara langsung memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Sandakan.
Memandangkan Sandakan masih mempunyai banyak kawasan tanah yang luas dan berkomersial tinggi dan nilai yang mewah dalam sektor pelancongan yang belum diterokai dan 'dijual' sepenuhnya kepada dunia luar.
Pengembara terkenal dunia, Mike Horn yang saya temui suatu ketika dulu juga mengakui Sandakan adalah sebuah kawasan yang cantik. Saya sebagai anak jati daerah ini juga berasa malu apabila saudara saya dari daerah lain bertanya kepada saya, “adakah tempat lain di Sandakan yang boleh anda bawa saya lawati selain Sepilok dan taman buaya yang telah saya kunjungi beberapa kali sudah?”
Tetapi inilah kenyataan pahit yang terpaksa saya hadapi kerana Sandakan ini sebenarnya memang kekurangan produk pelancongan, walaupun daerah ini dianugerahkan dengan bentuk muka bumi yang cantik dan flora dan fauna yang menawan oleh Tuhan Yang Maha Esa.
Contoh terbaik anugerah Tuhan kepada Sandakan ialah sungai Kinabatangan. Sebenarnya, sungai tersohor ini adalah sebuah sungai yang 'majestic' dan mengagumkan dengan kehidupan flora dan faunanya dan tidak keterlaluan jika dikatakan sungai ini setanding dengan sungai Amazon di Brazil yang begitu tersohor di seluruh dunia.
Bagi mempromosikan sungai ini supaya lebih ramai pelancong asing datang melawat sungai ini seperti apa yang berlaku di sungai Amazon, saya mencadangkan supaya wakil rakyat yang mewakili kawasan ini mempelawa rancangan dokumentari terkenal seperti National Geographic, Animal Planet, River Monster dan Discovery Channel untuk membuat rakaman di sungai ini.
Kesimpulan yang boleh saya berikan dari surat saya kali ini ialah, saya berharap anda wakil rakyat Sandakan sekarang janganlah lagi menawarkan diri anda untuk bertanding lagi di pilihanraya yang akan datang sekiranya anda semua masih bersikap sedemikian dan tidak membuat apa apa untuk membangunkan Sandakan.
Kami penduduk Sandakan begitu dahagakan pembangunan yang boleh mempertingkatkan nasib dan kehidupan kami. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sabahkini.net kerana memberi peluang dan ruang kepada saya untuk meluahkan isi hati saya yang telah lama terpendam di sanubari saya.
Salam Hormat,
STEVE. (sabahkini)
Saturday, June 11, 2011
Sampai bila janji terang bulan ditunaikan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bukan mudah untuk menunaikan semua pekara dalam masa singkat. apa pun, janji haruslah ditunaikan.
ReplyDeleteSandakan tidaklah begitu mundur jika dibandingkan dgn daerah2 lain. bagaimanapun, pembangunan daerah sandakan kena juga dilakukan.
ReplyDeletePromises must be fulfilled.
ReplyDeleterasanya penulis ini jauh lebih layak menggantikan tugas2 wakil rakyat.. wakil2 rakyat yang ada sekarang patut letak jawatan dan memberikan peluang kepada insan berjiwa rakyat seperti penulis ini.
ReplyDeletewakil rakyat kenalah bertindak segera. takkan dekat2 pilihan raya ja baru mahu bertindak?
ReplyDeleteHampir semua kawasan pun ada masalah masing2. Cuba bayangkan jika kita menjadi wakil rakyat, rasanya senang2 kah mahu pikul tugas itu? Cakap memang senang tapi untuk melaksanakannya bukan mudah.
ReplyDeleteInilah realiti hidup. Kita tidak dapat puaskan hati semua orang. Permohonan pembangunan etc melebihi bajet yang ada. Apa macam mau buat?
ReplyDeleteHarap wakil rakyat di kawasan berkenaan take note dengan aduan rakyatnya. Terima kasih kepada saudara penulis kerana prihatin dengan masalah yang dihadapi di Sandakan.
ReplyDeleteCadangan saudara Steve bernas dan jujur. Inilah hakikat yang berlaku. Perhatian yang lebih harus ditumpukan.
ReplyDeletememang lah banyak lagi kawasan disabah ini memerlukan pembangunan tapi minta lah yang memang menjadi keperluan asas,tapi apa pun kepada semua pemimpin disabah ingat lah bahawa bukan degree atau diploma yang digunakan untuk mendapat jawatan menteri arau YB tapi hanya sebatang pensel dan kertas dan bila sudah dapat jangan lupa pula yang memberi..(Rakyaat)...kerana sebatang pensel dan kertas anda semua akan jadi penganggur selama 5 tahuan atau selama-lama nya....
ReplyDeleteSandakan sudah lama berpudar setelah kegemilangan pada tahun lapan puluhan. Kini perusahaan kelapa sawit dan perlancongan mampu mengembalikan era kegemilangan itu sekiranya kerajaan menumpukan lebih perhatian terhadap Sandakan
ReplyDeleteInfrastruktur Sandakan yang uzur melambatkan pembangunan bandar tersebut. Naik taraf kemudahan awam demi kepentingan awam adalah kritikal dan perlu dijalankan dengan segera.
ReplyDeleteHabis balak di Sandakan, hilang kegemilangan Bandar Sandakan. Tapi saya berkeyakinana bahawa Sandakan akan pulih zaman kegemilangan masa silam.
ReplyDeleteArtikal di atas hampir merangkumi semua aspek yang perlu dibaiki dan diberi tumpuan oleh kerajaan supaya Sandakan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.
ReplyDeleteKadang kala ia mengambil masa yang panjang untuk menunaikan satu janji kerana keadaan tidak mengizinkan.
ReplyDeleteApa yang dijanjikan haruslah dipenuhi. Jangan biarkan ia sekadar cakap kosong.
ReplyDeleteMemang bukan senang nak penuhi semua janji sekelip mata, tapi janji tu ditabur bukannya semalam tapi lama sudah.. Jadi buatlah apa yang patut.
ReplyDeleteWakil rakyat Sandakan harus segera tampil beri penjelasan. Kalau tidak mahu buat penjelasan pun ok, yang penting keperluan rakyat harus dipenuhi.
ReplyDeleteWalaupun Sandakan tidaklah terlalu mundur, namun Sandakan pasti akan lebih berkembang jika wakil rakyat Sandakan memberi perhatian terhadap hal ini.
ReplyDeleteSemoga luahan ini mendapat perhatian sewajarnya.
ReplyDeleteAda wakil rakyat yang dipilih rakyat tida berfungsi, apa tanggungjawab wakil rakyat kepada rakyat. kalau hanya sekadar menjadi wakil rakyat tapi tidak menjalankan tugas dan amanah baik tak payah jadi wakil rakyat
ReplyDeleteThe people are beginning to get impatient. What happen to those sweet promises/???
ReplyDeleteI wouldn't be a bit surprise if the people will vote against them when GE13 comes.
ReplyDeleteperkara biasa sudah kebanyakkan wakil rakyat ini hanya suka berjanji manis...
ReplyDeleterakyat juga harus bersikap realistik dab bukannya terlalu optimis..pasal tu lah rakyat senang ditipu oleh mana2 wakil rakyat.
ReplyDeletemana2 wakil rakyat yang 'tidak perform' sepanjang tempoh 1 penggal, maka rakyat harus menolaknya..undi calon baru yang dirasakan layak..yang lama buang saja sebab hanya merugikan rakyat.
ReplyDeletejanji2 politik (janji terang bulan) jangan harap akan ditunaikan..
ReplyDeleteNampaknya banyak benda yang harus diperbaiki di Sandakan.
ReplyDeleteSandakan, when it suddenly turning into a hell?
ReplyDeleteJanji2 harus ditunaikan.
ReplyDeleteDon't simply put promises if you can't make it.
ReplyDeleteAlang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
ReplyDeleteMemang sukar untuk memberikan satu kelulusan pembangunan. Kerana perlu dilakukan berperingkat. Tapi harap apa yang mahu dijanjikan pastikan boleh dilakukan dan dilaksanakan.
ReplyDeletesampai ada anak sabah sampai ke angkasa lah bah itu......heeeeeeeeeeeeeeeeeeee
ReplyDeletejani-janji politik (terang bulan) kalau banyak kacang tak per jugak
ReplyDeletebagus kempen dengan budak2 tadika di sandakan.. suruh belajar rajin2, bila besar masuk politik..
ReplyDelete