Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran bahawa mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan aman yang didakwa mereka sebagai “mengacau”.
Ketuanya, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA akan “lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu jika penganjurnya berkeras untuk turun ke jalanan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah “kotor”.
Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran “Datuk” oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi.
"Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH),” katanya.
BERSIH 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.
- Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
- Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
- Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
- Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
- Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
- Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
- Tempoh kempen minimum 21 hari
- Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
- Menghapuskan rasuah pilihan raya
Perkasa ini memang sukakan kekasaran dan kekecohan.
ReplyDeletePerkasa ni harus sedar yang mereka banyak buat isu baru-baru ni. kalau pihak lain pula yang buat, Perkasa tak boleh duduk diam juga.
ReplyDeleteApa yang cuba ditunjukkan oleh Perkasa ini? Tolong bersikap rasional.
ReplyDeleteKalau masing2 tidak mahu bertolak ansur, huru-hara keadaan nanti.
ReplyDeleteKili2....Kamu ingat ini Egypt ka? nanti pelancong2 nampak apa persepsi diorang? perkara2 mcm ini la yg menjatuhkan ekonomi negara...orang2 bisnes semua terpaksa tutup kedai sebab rosak...orang ramai pun tak dapat pergi kerja sebab jalan ditutup/takut...
ReplyDeleteIbrahim sudah2 buat kacau...nanti Tuhan balas bukan main2 o...
ReplyDeleteDua2 pihak sudah gila dan sakit jiwa... baik hantar mereka untuk pemeriksaan.
ReplyDeleteInilah orng2 yang merosakkan imej orang melayu dan juga agama islam.
ReplyDeletemana-mana pihak pun harus bersikap rasional. jagalah imej negara dengan sebaiknya.
ReplyDeletesemua ini adalah idea PAS.. mereka lebih suka menimbulkan huru hara sehingga boleh menjejaskan aktiviti orang awam dan cuba mengajar rakyat bagaimana melakukan keganasan..
ReplyDeletejika PERKASA dan Bersih20 bertembung, pasti ia akan menimbulkan kekecohan yang lebih teruk. hal ini perlu dielakkan.
ReplyDeleteWhat a disgrace to the malay race.
ReplyDeletePERKASA should be abolished!
ReplyDeleteBERSIH tidak perlulah dilaksanakan. Tidak memberikan manfaat juga kenapa negara kita. Sebaliknya menimbulkan kekacauan dan keamanan negara.
ReplyDeleteSuburkan demokarasi tak apa demo aman polis boleh kawal tak kan kita nak polisi kominis semua tak boleh.Demo aman di Benarkan dalam perlembagaan Malaysia tak jadi hal contoh mejelis Khawin dikampung u all tau kan untung memeriahkan so takpe takan tak boleh ada mejelis khawin.
ReplyDelete