Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Ini ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara.
"Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu.
Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat.
"Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu.
Pergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam".
MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan.
Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing. -MK
Sunday, June 5, 2011
Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Raja Petra pula mahu bekerjasama dengan PAS kali ini?
ReplyDeletedaptkah mereka ni bekerjasama?
ReplyDeleteAdakah hal ini merupakan suatu propaganda sahaja?
ReplyDeleteTunggu dan lihat.
ReplyDeletebagaimana pula Raja Petra mahu bekerjasama dengan PAS? PAS adalah sebuah parti dan Raja Petra adalah individu. melainkan jika dia menjadi ahli PAS.
ReplyDeleteadakah mungkin Raja Petra akan menggunakan wikileaks untuk mendapatkan maklumat sulit bagi mengalahkan BN?
ReplyDeleteterpulang kepada Raja Petra mahu bekerjasama dengan sesiapa pun yang beliau mahukan.
ReplyDeleteRaja petra ni tidak habis2....apa yang beliau mahu sebenarnya?
ReplyDeleteSaya rasa Raja petra ni ada masalah mental laaa...
ReplyDeleteNampaknya banyak pihak menyambut baik keputusan pilihan PAS yang lalu.
ReplyDeleteBanyak komen positif diberi terhadap pucuk pimpinan PAS yang baru dipilih. Semoga berjaya.
ReplyDeleteMemang pandai cari peluang si petra ini, dulu gum betul sama anwar, kini PAS pula.
ReplyDeleteOrang ini berada diluar negara tapi masih mampu berperanan dan mempengaruhi aena politik Malaysia.
ReplyDeleteSatu langkah berani wakil pusat PAS memilih pucuk pimpinan yang bukan dari golongan ulama.
ReplyDeleteTransformasi PAS kali ini mengkagumkan.
Belum tahu lagi apa kesan yang menyusul selepas pilihan ini.
ReplyDeleteRPK sudah menyalurkan niat beliau ingin bekerjasama.
Ada2 saja politik ini.
ReplyDeleteBiarlah Raja Petra tentukan apa yang hendak dilakukannya. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDeletewhatever his decisions are.
ReplyDeleteIts all up to him.
ReplyDeleteAdakah PAS sudi menerima kerjasama RPK?
ReplyDeleteRPK mahu berkerjasama dengan PAS?? Satu cerita yang baik. Sekarang RPK tidak lagi mahu bersama dengan Anwar/PKR..
ReplyDeleteso sebelum ini RPK hanya berkerjasama dengan PKR saja la? lepas PKR bankrap sehingga tidak mampu bayar sewa bangunan ibupejabat mereka, kini RPK beralih pula kepada PAS? PAS pun tidak la bersih sangat.. rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dsbnya berlaku juga dalam PAS..
ReplyDelete