Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah. Illustrasi oleh asiaone.com
Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai “tidak berperikemanusiaan dan menghina” serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006.
Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia.
Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu.
Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing.
Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor.
Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali.
Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan.
"Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas.
"Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina,” kata Lin kepada akhbar itu.
Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen.
Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian.
Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu. -mk
Tuesday, June 14, 2011
Ketuk Ketampi Bogel, Imigresen Memalukan Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sungguh memalukan tindakan pihak imigresen ni..
ReplyDeleteHope that this issue will be investigated in order to know the whole story.
ReplyDeletepekara ini perlu disiasat dan langkah yang sewajarnya perlu diambil.
ReplyDeletewaaa polis sekarang sudah tidak mengikut prosedur untuk menahan...kenapa berlaku demikian? Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Segera ambil tndakan kepada polis yang terlibat.
ReplyDeleteYang heran, mereka ini belum disabitkan kesalahan. Sepatutnya hanya ditahan di lokap saja.
ReplyDeleteLain kali jangan cuai.
ReplyDeletepatutnya yang dapat layanan seperti itu ialah PATI yang telah lama berkeliaran di negara ini.
ReplyDeletetak patut mereka melakukan demikian, kejadian ini boleh menjejaskan hubungan antara Malaysia-singapura.
ReplyDeleteIni kes salah guna kuasa sudah jika apa yang dilaporkan benar. Siasatan perlu dilakukan.
ReplyDeleteSentiasa peka. Jangan lalai hingga terpaksa melalui pengalaman sebegini.
ReplyDeleteKita masih tidak ada dakwaan benar tetang perkara ini. Apa pun kita mengharap sangat tidak ada menyalahi hak asasi kemanusian dalam tugas.
ReplyDeleteya lah sepatutnya siasat perkara ini,kadang-kadang ada pegawai bawahan yang salah guna kuasa baju mereka,kadang-kadang kalah pula pegawai atasan mereka,bila sudah begini yang teruk menjawab ada lah pegawai atasan....pegawai yang menyala gunakan kuasa ini patut dibagi kerja tukang bersih tandas saja.
ReplyDeletemungkin pegawai bawahan ini sekadar mengikut arahan dari atasannya..
ReplyDelete"Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai “tidak berperikemanusiaan dan menghina” serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006."
ReplyDeleteJika in benar, mengapakah pihak Jabatan Imigresen masih meneruskan ketuk ketampi dan bercangkung ini? Pihak berkuasa mesti menjalankan siasatan terperinci terhadap perkara ini dan jangan abaikan begitu sahaja.