Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor sepatutnya pulang ke rumah keluarganya di Kedah, tetapi ‘melencong’ ke Butterworth untuk memadu kasih bersama teman lelakinya sebelum ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jumaat lalu.
Dalam operasi penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 11.30 malam itu, penuntut berusia 22 tahun terbabit berada di bilik air dengan berbaju tidur bertali halus tanpa pakaian dalam dan berseluar jeans manakala teman lelakinya berusia 20-an, berpakaian lengkap.
Ketika disoal sepasukan pegawai penguat kuasa JHEAIPP, gadis itu mengaku sudah bekerja sebelum helahnya terbongkar apabila keluarganya yang datang untuk menjamin memberitahu pegawai penguat kuasa dia masih menuntut di sebuah IPTA.
Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata pihaknya curiga dengan tindakan gadis itu yang berdolak-dalik memberi pelbagai alasan sebelum dibawa ke Balai Polis Butterworth untuk dibuat laporan tangkapan.
“Ketika di balai polis itu, keluarganya datang sebelum memberitahu pegawai agama dia masih menuntut di sebuah IPTA.
“Tindakannya itu mengecewakan selain memalukan keluarganya dengan tidur di hotel sedangkan dia sepatutnya pulang bercuti bertemu keluarga sebaliknya teman lelaki diutamakan,” katanya.
Hasil pemeriksaan, kedua-duanya gagal membuktikan sebarang hubungan muhrim selain mengaku pasangan kekasih.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -hm
Tuesday, June 14, 2011
Siswi Pulang Bercuti Melencong Pergi Khalwat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Inilah akibatnya jika terlalu ikutkan hawa nafsu..
ReplyDeleteAs a university student, she should know better.
ReplyDeleteperbuatan yang memalukan diri sendiri dan keluarga. sepatutnya sebagai siswi dia tahu membezakan mana yang baik dan buruk.
ReplyDeleteJangan tiru aksi gaya ini!
ReplyDeleteberani buat berani la tanggung..
ReplyDeletepadan muka, kalau nak bermadu kasih, kahwinlah dlu.
ReplyDeleteMaka berkumandanglah lagu "Kalau berpacaran"...
ReplyDeleteKesian ahkirnya tertangkap oleh pihak jabatan agama.
ReplyDeleteharap dia akan bertaubat selepas kejadian ini..
ReplyDelete