Skandal rasuah dalam pemberian kontrak mencetak mata wang negara kemungkinan turut mengheret sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Menurut laporan akhbar Australia, The Age, Reserve Bank Australia (RBA) melantik sebuah syarikat yang dimiliki Haris Onn Hussein, pemegang saham terbesar dalam firma, Liberal Technology.
Liberal Technology diupah syarikat Securency, sebuah anak syarikat RBA sebagai agen bagi memenangi kontrak berkenaan.
“Pendedahan muncul ketika sensitiviti memuncak dalam kerajaan persekutuan berhubung siasatan Polis persekutuan Australia (AFP) terhadap Securency dan potensi hubungan antarabangsa Australia menjadi bahaya jika pegawai asing yang dikatakan terlibat dengan rasuah RBA dinamakan,” lapornya.
Menurut The Age, media itu difahamkan Securency menandatangani perjanjian dengan Liberal technology sebagai agen di Malaysia pada 2009. Kali terakhir syarikat itu memenangi kontrak bagi mencetak mata wang negara pada 2004.
Laporan itu juga menyebut seorang lagi ahli perniagaan turut terlibat dinamakan sebagai Abdul Kayum Syed Ahmad yang juga bekas pemimpin Umno.
The Age melaporkan Abdul Kayum pernah ditahan dan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes itu dan pemberian komisen yang diterima dari firma RBA berkenaan.
Menurut The Age, AFP memulakan siasatan terhadap Securency pada Mei 2009, selepas akhbar itu mendedahkan pembayaran komisen berjuta dollar kepada orang tengah yang mempunyai kaitan rapat dengan ahli politik di Nigeria, Vietnam dan India.
Menurut akhbar itu lagi, di bawah undang-undang Australia, adalah satu kesalahan jenayah bagi sesebuah syarikat atau individu untuk membayar, atau menawar faedah kepada pegawai kerajaan asing atau kenalan rapat untuk mendapatkan kepentingan perniagaan.
Namun The Age juga melaporkan, ia menjadi perkara biasa bagi ahli politik di negara Asia melantik saudara mara mereka sebagai ejen kepada syarikat-syarikat asing.
Akhbar Suara Keadilan tahun lalu pernah mendedahkan skandal berkenaan, yang dikatakan melibatkan komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima usahawan tempatan daripada syarikat membekal bahan polimer Securency dan Note Printing Australia.
Dua anak syarikat RBA itu didakwa merasuah ahli perniagaan Malaysia, yang didakwa mempunyai kaitan rapat dengan Umno, namun individu itu tidak pernah didedahkan sebelum ini meskipun kes itu dikatakan pernah disiasat SPRM.
Ahli perniagaan itu juga sebelum ini dikatakan bertindak selaku orang tengah bagi memenangi kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.
Skandal itu sebelum ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila Securency dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia bagi mendapatkan kontrak pencetakan mata wang.
Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.
Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail baru-baru ini sekali lagi menimbulkan isu itu dengan mendakwa ia bukan hanya melibatkan skandal rasuah yang menyamai pembelian kapal selam Scorpene, tetapi juga dipercayai berkait dengan sindiket mencetak mata wang berganda.
Lambakan wang kertas yang mempunyai nombor siri yang sama itu dibimbangi menyebabkan nilai matawang negara jatuh dan mengheret negara kepada inflasi.
Senator Tunku Abdul Aziz sebelum ini pernah menggesa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama baik institusi itu yang turut terpalit dengan skandal berkenaan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14844
Tuesday, June 7, 2011
Skandal cetak mata wang libatkan adik Hishamuddin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tunggu saja laporan penuh siasatan jika benar hal ini terjadi seperti yang dilaporkan.
ReplyDeleteMasalah rasuah memang serius dan perlu dibanteras.
ReplyDeletekita tggu hasil siasatan sebelum mengatakan dia benar2 terlibat.
ReplyDeletesama ada benar atau tidak, biarlah pihak yang berkaitan melakukan apa yang patut.
ReplyDeletepihak atau individu yang terlibat dalam rasuah harus dikenakan hukuman.
ReplyDeletewow!!! I'm surprise. Is it true??
ReplyDeleteBiar betul ni..
ReplyDeleteItu hal adik beliau dan bukannya beliau terlibat.
ReplyDeleteJangan libatkan beliau, senang cerita lakukan penyiasatan dahulu.
ReplyDeletesyarikat2 besar dan terkenal di Malaysia terutamanya patut menjaga imej baik kerana ia secara tidak langsung akan mencemarkan nama negara jika terlibat dalam kegiatan yang melanggar undang2.
ReplyDeleteisu ini amat serius...perhatian yang serius dan tindakan sewajarnya harus diambil tanpa kekangan politik..
ReplyDeletediharap tindakan sewajarnya akan diambil.
ReplyDeleteMentang2 lah adik beradik terus dikaitkan.. hmm..
ReplyDeleteSiasatan dan tindakan harus dilakukan segera demi kebaikan semua pihak. Jangan biarkan isu ini diperbesarkan sehingga menimbulkan masalah lain.
ReplyDelete"Malah lebih serius skandal rasuah itu juga didakwa melibatkan kegiatan mencetak wang berganda untuk kegunaan Umno-BN merasuah pengundi ketika kempen pilihan raya."
ReplyDeletebetul ka ni.. atau sekadar gimik politik.. ada2 sahaja yang dikaitkan dengan politik.
Kalau perkara ini benar berlaku tunjukkan kebenarannya. Tidak ada guna hanya cakap kosong saja.
ReplyDeleteBetulkah ada isu mencetak mata wang berganda? Harap perkara ini disiasat.
ReplyDeletePerkara ini perlulah dipandang serius kerana akan menjejaskan nilai mata wang kita dan juga ekonomi negara.
ReplyDelete