Datuk Muhkriz Mahathir melahirkan rasa tidak gembira partinya dengan pendirian kepimpinan baru PAS yang tidak berminat dengan idea perpaduan Melayu, sambil menekankan parti itu berdegil “untuk memecahbelahkan orang Melayu demi kepentingan sendiri.”
Bagaimanapun timbalan pengerusi Umno Kedah itu melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh mengatasi PAS meskipun mereka ada barisan kepimpinan baru khususnya di Kedah.
“Kami gembira kerana kami merasakan ada peluang lebih baik dengan barisan baru ini.
“Keduanya, kami tidak gembira kerana jika mereka tidak mahu perpaduan dan ia tidak akan berlaku... ini kerana mereka degil dalam memecahbelahkan Melayu bagi kepentingan mereka sendiri, dan sedih untuk melihat perkara ini berlaku,” katanya.
“Dari sudut perpaduan, saya merasakan mereka telah mengetepikan idea (perpaduan),” kata Mukhriz (gambar) yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Industri.
Kelmarin, meskipun PAS terus menolak kerjasama dengan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi bahawa pintu komponen BN itu masih terbuka kepada parti Islam tersebut untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Timbalan presiden Umno itu berkata, idea berkenaan adalah demi Islam, bukan kerana kepentingan politik.
Dalam ucapan dasarnya Jumaat lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian partinya akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 meskipun dihujani siri pelawaan dan jemputan daripada kepimpinan Umno sepanjang tiga tahun lalu.
“PAS akan bersama dengan rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menggerakkan agenda perubahan sebagaimana yang dipersetujui dalam dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat, yang sudah diperbahas dan diterima oleh PAS,” kata beliau.
Kata Hadi, ia melibatkan satu paradigma baru pendemokrasian, suatu islah menyeluruh dalam sistem pemerintahan dan urus tadbir negara.
“Perubahan ini tidak memberi sebarang makna sekiranya tidak melibatkan reformasi spiritual dan kesejahteraan fikiran rakyat,” katanya.
Sejak pilihan raya umum 2008, PAS menerima pelawaan demi pelawaan sama ada secara langsung daripada Umno sendiri ataupun daripada pihak-pihak yang pro-Umno termasuk beberapa tokoh agama agar ia meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama BN atau berganding dengan Umno.
Idea itu termasuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno. -TMI
Tuesday, June 7, 2011
Perpaduan : Umno sedih takut kalah PRU?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terpulang pada PAS jika mahu bekerjasama dengan Umno BN.
ReplyDeleteUmno harus membersihkan imej mereka dan mengatur strategi yang lebih baik jika mahu memenangi hati rakyat.
ReplyDeletejka PAS tak nak, apa boleh buatlah.
ReplyDeletetidak kira sama ada PAS atau UMNO, mereka perlu sentiasa berusaha untuk menambahbaikan parti mereka agar mendapat sokongan.
ReplyDeletePAS mempunyai alasannya yang tersendiri kenapa mereka tidak menerima pelawaan UMNO. mungkin mereka tidak inginkan krisis politik seperti yang berlaku di Kelantan pada 1977 dan 1978.
ReplyDeleteAdakah perpaduan di kalangan melayu akan tercapai melalui politik
ReplyDeleteSemua perlu bersatu agar musuh tidak mengambil peluang untuk melakukan sesuatu.
ReplyDeleteTeras untuk bersatu adalah hormat menghormati antara sesama.
ReplyDeletePAS berhak menentukan hala tuju politik mereka..
ReplyDeletemungkin pengalaman lalu telah memberi pengajaran kepada PAS..
ReplyDeleteterpulang kepada PAS sama ada mahu terima atau tidak pelawaan tersebut kerana mereka berhak..apa2 pun kebajikan rakyat harus diutamakan daripada agenda peribadi.
ReplyDeleteAda-ada saja politik ini. entah lepas ni apa lagi??? huhu
ReplyDeleteApapun, terpulanglah dari PAS sendiri.
ReplyDeletetengok la nanti siapa yang sedih selepas PRU13..
ReplyDeleteRasanya UMNO tidak pernah takut untuk kalah. Sudah dalam adat pilihanraya ada kalah dan menang. Siapa yang rakyat suka maka dialah pemenangannya. Kita tunggu saja apa pun keputusan yang akan berlaku.
ReplyDeleteUmno perlulah berusaha lagi kalau takut kalah pilihan raya.
ReplyDeletePandanglah dalam cermin dan tengok apa yang perlu diubah kalau mahu kekalkan sokongan rakyat.
ReplyDelete