Tuesday, June 7, 2011

Salah guna duit rakyat bagi risik kahwin anak



Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmad"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.

Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.

Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.

Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.


Guna duit sendiri

Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

"Mana pergi good governance, intergriti kepimpinan dan ini akan menghakis keyakinan rakyat kepada beliau," kata Dzulkefly.

NONEMenurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.

"Hentikanlah, cukuplah tu.....susunlah cuti dengan baik, guna duit sendiri untuk lunas tanggungjawab kepada anak dan keluarga, inilah mulanya penyelewengan....bila kepimppinan tertinggi tunjukkan sikap hodoh dan buruk," katanya sambil menambah perbuatan mereka itu sebagai langkah yang 'tidak ada kelas langsung'.

Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.

"Dari segi moralnya ia sangat salah," kata Dzulkefly.

khalid samad pas muktamarSementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

"Kalau benda (dakwaan) ini betul kenapa Najib nak rahsiakan? Beliau kena cakap terus teranglah. Kalau betul beliau ke sana atas urusan peribadi janganlah guna harta kerajaan dan harta rakyat. Jangan berselindung di sebalik lawatan rasmi.

"Kalau betul anaknya akan berkahwin dengan anak pembesar Kazakhstan saya ucapkan tahniah tapi gunalah duit sendiri yang sudah banyak tu..tak payahlah guna duit rakyat.," kata beliau kepada Harakahdaily.

-HD / MK

20 comments:
Write comments
  1. Sila beri penjelasan berhubung perkara ini.

    ReplyDelete
  2. jadilah pemimpin Khalifah Umar Abdul Aziz.

    ReplyDelete
  3. Sebagai pemimpin, harus beri contoh yang baik kerana banyak mata memandang setiap pergerakan anda.

    ReplyDelete
  4. Agree with namaste. Najib as a pm must show good example to the people. Najib should stop using the people's hard earned money for his own use.

    ReplyDelete
  5. If its true that Najib misuse the people's monwey, then action should be taken against him regardless of his position as the PM.

    ReplyDelete
  6. tidak pasti lagi sama ada pekara ini benar atau tidak. sebaiknya penjelasan diberikan.

    ReplyDelete
  7. benarkah PM guna dana rakyat untuk lawatan dan rombongan merisik perkahwinan anak perempuannya? sepatutnya ada bukti kukuh untuk dakwaan ini.

    ReplyDelete
  8. sebaiknya penjelasan dari mulut PM sendiri berhubung perkara ini.

    ReplyDelete
  9. Aik, betul ke ni..

    ReplyDelete
  10. Memalukan saja guna duit rakyat untuk urusan peribadi.

    ReplyDelete
  11. Penjelasan dari beliau adalah hak rakayt untuk itu.

    ReplyDelete
  12. Jika tidak ingin rakyat salahfaham seharusnya ada penjelasan yang dilakukan.

    ReplyDelete
  13. sebagai pemimpin kerajaan, harus ditunjukkan contoh yang baik agar menjadi teladan para pengikut..

    ReplyDelete
  14. penjelasan harus diberikan..

    ReplyDelete
  15. Harap hal ini diperjelaskan.

    ReplyDelete
  16. Sebagai pemerhati, kita dengar dulu cerita dari PM kita sebelum membuat sebarang andaian.

    ReplyDelete
  17. bagaimana jika Najib tidak ada menggunakan duit rakyat untuk urusan perkahwinan anaknya?

    ReplyDelete
  18. Pastikah PM guna duit rakyat??Atau duit gaji sendiri??Kita pun tidak tahukan adakah Datuk Najib guna duit rakyat atau gaji beliau sendiri. Maka jangan cepat salah sangka tanpa usul bukti.

    ReplyDelete
  19. Harap PM tidak akan menyalahgunakan dana awam untuk urusan persendirian.

    ReplyDelete
  20. Dana awam sepatutnya digunakan untuk pembagunan dan kebaikan rakyat, bukan digunakan untuk urusan diri. Harap perkara ini tidak akan diulangi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.