Monday, August 1, 2011

Bebaskan Malaysia Dari Penjajahan Ketakutan Dan Keganasan!

Meskipun Tanah Malaya merdeka dari penjajahan British pada tahun 1957, dan seterusnya untuk Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, namun pada hakikatnya negara Malaysia tidak pernah bebas dari penjajahan ketakutan dan keganasan. Kita bukan sebuah negara merdeka, selagi kita boleh dipukul polis pada bila-bila masa.

Demikianlah kata-kata ahli jawatankuasa BERSIH 2.0, Wong Chin Huat ketika berucap dalam candle light vigil, sebagai solidariti kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk mencari kebenaran.

"Kita turun ke jalan raya untuk mencari demokrasi, namun akhirnya kita menemui negara," kata Wong Chin Huat, yang mendakwa bahawa tanggal 9 Julai 2011 menandakan kelahiran Malaysia 2.0. Teruja dengan sambutan hadirin, beliau memimpin untuk melaungkan "Merdeka!"

Wong Chin Huat berkata, tahanan EO6 kehilangan kebebasan untuk kira-kira 30 hari, dan mendiang Teoh Beng Hock kehilangan nyawanya pada usia 30 tahun - kedua-duanya berlaku dalam zaman pemerintahan Najib Razak. Beliau menaruh harapan agar rakyat Malaysia tidak perlu lagi bertoleransi kepada keganasan pada masa depan, hanya kerana alasan bahawa masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum.

Kira-kira 600 orang menyertai candle light vigil yang diadakan oleh Malaysians for Beng Hock di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KL-SCAH), semalam. Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga, Presiden KL-SCAH Tan Yew Sing, wakil NGO, pemimpin politik seperti Teo Nie Ching, Ean Yong Hian Wah, Jenice Lee, Sivarasa Rasiah, Zuraida Kamaruddin dan lain-lain lagi turut hadir untuk memberi solidariti kepada ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock.

Ambiga: EO6, BERSIH, TBH semuanya menuntut keadilan

Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan berkata, kita tidak akan melupai Teoh Beng Hock. Malah, kita gagal menggantikan Teoh Beng Hock sebagai seorang suami, anak dan abang yang baik kepada ahli keluarganya. Beliau berkata, usaha menuntut pembebasan EO6, BERSIH 2.0, hinggalah kembalikan kebenaran untuk Beng Hock - kesemuanya menuntut satu perkara, iaitu keadilan, dan mendukung semangat negara hukum (rule of law).

Zuraida Kamaruddin mengakui bahawa dirinya turut merasai kesedihan apabila dimaklumkan kematian Teoh Beng Hock. Beliau pernah bertemu dengan Teoh Beng Hock di pejabat EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah. Beliau mendakwa dirinya nampak harapan apabila bertemu dengan orang muda seperti Teoh Beng Hock.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan EXCO Selangor merangkap ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah menolak kesimpulan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa mendiang mati kerana membunuh diri. Mereka merakamkan penghargaan kepada orang ramai kerana tidak melupai Teoh Beng Hock sepanjang dua tahun ini, malah menyeru agar rakyat terus mendesak agar kebenaran dikembalikan kepada keluarga Teoh. -MR

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Sebahagian kandungan daripada tulisan di atas diterjemahkan daripada laporan MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

12 comments:
Write comments
  1. kita harus bersyukur hidup di Malaysia yang masih lagi dalam keadaan aman dan makmur.

    ReplyDelete
  2. diharap Malaysia akan bebas dari penjajahan ketakutan dan keganasan. senario negara sekarang harus diperbaiki untuk mencapai keamanan berterusan.

    ReplyDelete
  3. Kita hanya mahukan keamanan, tidak mahukan keganasan.

    ReplyDelete
  4. Harap kebenaran dan keadilan akan ditegakkan bagi Teoh dan keluarganya.

    ReplyDelete
  5. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hargai dan peliharalah keamanan yang kita ada sekarang.

    ReplyDelete
  6. Doakan saja untuk roh mendiang TBH. Kalau sudah ditakdirkan kebenaran itu muncul, ia akan muncul juga.

    ReplyDelete
  7. setuju dengan Fernandez..kita patut pelihara keamanan yang ada..

    ReplyDelete
  8. Rasanya perbincangan untuk semua ini perlu. Kes Teoh mungkin agak sukar, kerana suruhanjaya siasatan diraja juga mendapati Teoh tertekan dan membunuh diri. Kita sendiri pun sukar untuk mencari kebenaran dalam hal ini.

    ReplyDelete
  9. Rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana negara kami aman dan damai, bebas dari keganasan dan tragedi seperti gempa bumi, peperangan dalaman dll.. Yang penting sekarang, parti yang berkuasa ni lar yang sepatutnya menjalankan tugas masing-masing demi kebahagian rakyat supaya setiap individu tidak sengsara dari kelaparan. Doakan kebenaran and keadilan TBH dapat ditegakkan.

    ReplyDelete
  10. Who should be responsible for all these?

    ReplyDelete
  11. Harap TBH akan bersemadi dengan aman.

    ReplyDelete
  12. semua pemimpin2 pembangkang hanya tahu mengambil kesempatan mempolitikkan kematian TBH.. hormat la sikit dengan keluarga mangsa.. tahanan E06 itu memang patut kerana menimbulkan huru hara dalam negara serta melanggar titah Agong dan mengabaikan amaran pihak polis... kalau berani buat tu, berani la tanggung..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.