PAS terus mendedahkan kelemahan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa terdapat 44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama.
Bagaimanapun, nombor kad pengenalan baru hanya dua digit terakhir yang berbeza.
Ia didedahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu yang dihubungi hari ini.
Beliau bimbang 44 nama terbabit boleh mengundi dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.
“Besar kemungkinan mereka boleh mengundi di dua tempat berbeza. Pengalaman kita bila berurusan dengan SPR pengundi seperti ini boleh mengundi.
“Kerana SPR akan memberi alasan mereka boleh mengundi kerana perbezaan yang sedikit.
“Dari pengalaman lepas, nama yang telah didaftarkan sebagai pengundi agak sukar untuk dikeluarkan semula.
Bukan pengundi klon
“Dalam perbincangan kita dengan SPR, suruhanjaya itu memberitahu ia tidak ada kuasa,” katanya.
Sementara itu, bekas timbalan ketua AMK, Fariz Musa berkata, beliau menolak dakwaan wujud pengundi klon di negara ini.
Sebaliknya, dakwa beliau Umno, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berpakat untuk mendaftarkan nama orang berkenaan dalam senarai daftar pemilih SPR.
“Mengapa saya kata tidak wujud pengundi klon? Mengapa nombor kad pengenalan lama dan kad pengenalan baru berbeza?
“PKR pernah memeriksa kad pengenalan pengundi dan mendapati kad pengenalan itu itu tidak wujud.
“Semua ini berlaku dengan pembabitan Umno, SPR dan JPN. Ia bukan berlaku di Terengganu sahaja tetapi di seluruh negara,” tambahnya. -FMT
Sunday, July 31, 2011
44 Pengundi Nama & Kad Pengenalan Sama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amat bahaya untuk warganegara Malaysia kita dimana orang asing boleh buang undi untuk menentukan kerajaan Malaysia,bagun dan ubah kerajaan BN di PRU 13 ini and kita bena Malaysia original.
ReplyDelete44 Pengundi Nama & Kad Pengenalan Sama, cuma muka tak sama.
ReplyDeletemungkin ada kesalahan/kesilapan yang dilakukan oleh SPR @pun dijabatan pendaftaran.
ReplyDeleteTidak ada satu pun yang sempurna dalam dunia ini, pasti ada kelemahanya. Namun begitu usaha untuk memperbaiki akan sentiasa dijalankan.
ReplyDeleteMacam mana boleh berlaku perkara seperti ini? Harap penyiasatan akan dijalankan dan keputusan didedahkan kepada masyarakat.
ReplyDeleteHarap sistem pendaftaran dan pengeluaran IC ini akan dikaji semula.
ReplyDeleteusaha untuk mengenal pasti tindihan kad pengenalan ini harus kita teruskan. jgn biarkan wujud pengundi2 klon.
ReplyDelete44 orang di Terengganu yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan lama sama pastinya bukan suatu kesilapan yang tidak disengajakan.
ReplyDeleteperkara ini harus disiasat kerana ia akan menjejaskan pilihanraya berjalan dengan bersih dan adil.
ReplyDeleteJPN dan SPR harus perbaiki kelemahan sistem mereka. Minta kerjasama jika ada ahli keluarga yang sudah meninggal agar pergi melaporkannnya di JPN supaya tiada pertindihan IC etc.
ReplyDeletesiasatan patut dilakukan dan penyelesaian harus dicari..
ReplyDeleteBenarkah??Jika benar bawa terus orang berkenaan pergi ke SPR untuk membuktikan kebenaran. Jangan cakap saja tidak ada guna langsung jika demikian.
ReplyDeleteSPR sepatutnya menjadi suruhanjaya yang bebas daripada pengaruh mana2 pihak.
ReplyDeleteSPR sepatutnya dijadikan suruhanjaya yang bebas daripada pengaruh mana2 pihak.
ReplyDelete44 orang mempunyai nama dan no kad yang sama. Perkara ini perlulah diberikan perhatian sebaiknya. PAS bawa penama yang sama itu untuk membuktikan kenyataan PAS sendiri.
ReplyDeleteJPN dan SPR harus perbaiki kelemahan sistem mereka. Jangan memberi peluang pihak pembangkang mengguna alasan ini untuk menindas kerajaan memerintah.
ReplyDeletesiasat secara terperinci..jika tidak kredibiliti JPN /SPR tentu akan dipersoalkan oleh rakyat
ReplyDeleteHuman make mistakes! We have to really look into the issues i.e where is the mistakes occur, who make the mistakes, how to resolve it. All votes are equally important for any election. We seek for equal and fair election result.
ReplyDelete1) Perlu siasat dengan cepat dan terperinci;
ReplyDelete2) Keputusan perlu didedahkan kepada semua rakyat Malaysia demi keadilan semua pihak;
3) Kaji balik masalah yang ujut dan mencari kaedah/system yang terbaik di pilihanraya yang akan datang supaya kecuaian yang sama tidak berulang demi "Keadilan" masing-masing.
PAS patut cari semua 44 pengundi ini dan panggil mereka untuk berhadapan dengan SPR.. waktu itu saya yakin SPR tidak ada pilihan lain selain mengakui kesilapan mereka.
ReplyDeleteThis case has been under investigation for such a long time. I guess they have to work harder to ensure illegal immigrants will stop coming to our country and stealing people's identity.
ReplyDeleteduit...duit..di mana kau duit......haaaa..semua ini sebab duit..menteri penfangkutan pun kena pasal duit...perwaja pun sam...jangan hairan...ini semua urusan duit....
ReplyDeleteHarap penyiasatan dijalankan terhadap mereka yang terlibat.
ReplyDelete