Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran berpoligami dan pengesahan pernikahannya yang didakwa berlaku di selatan Thailand.
Permohonan itu difailkan oleh Salim, 51, dan wanita yang ditangkap berkhalwat dengannya, Nur Diyana Norslan, 30, pada 21 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini dan permohonan itu disebut pada Isnin.
Pasangan terbabit diwakili oleh peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang memaklumkan bahawa beliau menerima surat daripada Pihak Pendakwaan Syarie Jabatan Agama Pulau Pinang (JAIPP) yang memohon agar prosiding ditangguhkan.
Zainul Rijal juga memberitahu, pihaknya sehingga kini masih belum menerima sebarang maklumat berhubung hasrat pihak Pendakwa Syarie JAIPP untuk menjadi pencelah dalam permohonan oleh anak guamnya.
Hasrat pihak pendakwaan tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Pendakwa Syarie JAIPP, Mohd Zulkhairi Aziz pada prosiding terdahulu, tetapi difahamkan belum berbuat demikian sehingga kini.
Justeru itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan tempoh sehingga 18 Ogos ini untuk pihak Pendakwa Syarie JAIPP memfailkan permohonan sebagai pencelah dalam permohonan Salim.
Salim yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hadir di mahkamah bersama dengan Nur Diyana, yang merupakan bekas pembantu peribadinya.
Pada 19 April lalu, pasangan berkenaan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Pulau Pinang atas tuduhan berkhalwat yang didakwa dilakukan di sebuah hotel mewah.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 5 pagi, 16 April lalu di bilik nombor 224, sebuah hotel di Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Salim didakwa mengikut Seksyen 27(a) Enakmen Jenayah Syariah Neheri 1996 manakala pendakwaan terhadap Nur Diyana dibuat mengikut Seksyen 27(b) enakmen yang sama.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Salim dan Nur Diyana difahamkan telah berkahwin di luar negara dan akan mendaftarkan pernikahan tersebut dengan pengetahuan isteri pertamanya. -mstar
Wednesday, August 3, 2011
Kahlwat : Salim Parlan Mohon Pengesahan Poligami
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika mahu berpoligami, mesti dapatkan kebenaran daripada makhamah. Jangan lepas ditangkap khalwat baru mahu memohon pengesahan.
ReplyDeleteKita tunggulah keputusan daripada mahkamah.
ReplyDeletenak bernikah pun secara sembunyi, kan sekrang dah timbul masalah.
ReplyDeleteTua miang keladi.
ReplyDeleteMacam2 lah berlaku sekarang ni. kenapa pula perlu bernikah di negara lain kalau di negara sendiri boleh nikah? ni mesti takut ketahuan dengan isteri. sekarang sudah ketahuan baru nak cari alasan.
ReplyDeleteinilah akibatnya jika nikah secara sembunyi-sembunyi.
ReplyDeleteMemang memalukan, dah berkeluarga masih bermain.
ReplyDeleteInilah akibatny apabila lelaki bermiang ditangkap pula...memang membuang muka sendiri.
ReplyDeleteJika dia disabit melakukan kesalahan, sepatutnya dihukum atas kesalahannya. Kesemua ini patut tunggu keputusan Mahkamah sama ada beliau bersalah.
ReplyDeleteSebaiknya daftarlah status perkahwinan di Negara kita supaya tidak timbul perkara sebegini.
ReplyDeleteMacam2 ragam mahu pasang cawangan ni.
ReplyDeleteinilah alasannya, bila rahsia dah terbongkar baru nak memohon untuk mendapatkan kebenaran berpoligami..walhal, isteri pertama langsung tidak ketahuan..
ReplyDelete