KULIM: Gara-gara mengutuk kenalan wanita dalam laman sosial facebook (FB), seorang lelaki mati selepas dua hari dimasukkan ke Hospital Kulim (HK) akibat koma kesan pendarahan dalam kepala akibat dihentak dengan topi keledar dalam satu pergaduhan di Taman Tiram, Lunas, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 8 malam, Mohd Amran Romli, 20, dikatakan diserang dua abang wanita itu di sebuah pasar raya di taman berkenaan.
Akibat kejadian itu, mangsa dikejarkan ke HK dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dua hari sebelum mangsa meninggal dunia kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam di belakang pasar raya di taman berkenaan.
Katanya, dua lelaki terbabit yang berusia 25 dan 26 tahun tidak puas hati selepas melihat mangsa mengutuk hal peribadi keluarga mereka. -hm
Wednesday, August 3, 2011
Perkenalan Maut Di Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Itulah jangan suka pergi kutuk hal peripadi orang. Oleh kerana mulut, badan binasa.
ReplyDeleteTapi dua abang wanita itu pun tidak sepatutnya bertindak keras untuk menyelesaikan masalah ini. Jadikan ini sebagai pengajaran, jangan bertindak melulu dan jangan keterlaluan.
ReplyDeletejadikan ini pengajaran dan jgnlah kita gunakan laman sosial untuk menhina orang lain.
ReplyDeleteInilah kesannya salah guna facebook. kalau nak tulis apa2 di facebook tu kena hati2.
ReplyDeleteTerlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
ReplyDeletekes ini harus dijadikan pengajaran..janganlah memperkatakan pekara yang tidak sepatutnya di facebook. dua lelaki yang memukul mangsa juga bersalah dalam hal ini kerana kekerasan tidak menyelesaikan apa apa.
ReplyDeleteTeknologi yang maju ni menyenangkan kerja dan komunikasi diantara satu sama lain, jika disalah guna, parah juga akibatnya. Berhat-hati!
ReplyDeleteFacebook memang memautkan. Tak habis-habislah kes kecederaan atau kematian akibat menggunkan facebook.
ReplyDeleteKutukan hanyalah semasa dalam facebook. Kenapalah perlu menggunakan emosi sendiri maka mengakibatkan kematian orang lain?
ReplyDeleteSatu pengajaran kepada pelanggan FB.
ReplyDeletemengundang padah..itulah akibatnya jika emosi tidak dapat dikawal.
ReplyDelete