Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain.
Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.
Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.
Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.
Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.
“Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman,” tambahnya.
Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka ‘raja’ dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.
Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan. -FMT
Thursday, August 4, 2011
PENAWAR Mahu Najib Letak Jawatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lebih baik kalau Isteri PM jangan campur tangan dalam hal politik.
ReplyDeleteRasanya Najib tidak akan meletak jawatan begitu sahaja.
ReplyDeletetak ada sebab untuk Najib letak jawatan.
ReplyDeletesiapa penawar ni sebenarnya? tidak pula diketahui siapa yang menjadi ahli penawar ni...mungkin isu ini sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu..
ReplyDeleteBanyak isu2 yang masih gantung lagi tiada penyelesaian, ditambah pula Rosmah buat hal sendiri tanpa berfikir panjang akan impak yang akan dihadapi. Tidak hairan jika ramai yang bangun untuk menegakkan keadilan & kebenaran.
ReplyDelete"orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri"
ReplyDeleteYaka?
semuanya bergantung kepada rakyat.
ReplyDeletebenarkah Rosmah telah menimbulkan masalah kepada kepimpinan Najib?
ReplyDeleteRosmah should keep herself low profile.
ReplyDeleteDisebabkan segelintir pemimpin yang bersikap besar kepala, ia sekaligus menjejaskan imej parti. Individu2 seperti hanya akan menjadi liabiti dan harus disingkirkan.
ReplyDeleteNajib perlulah membuktikan kebolehan beliau memimpin.
ReplyDeleteNajib masih boleh memperbetulkan keadaan jika semua ahli komponen BN bersatu-padu dan mengutamakan suara rakyat.
ReplyDeletesikap boros si Rosmah harus ditegur oleh mereka yang masih sayangkan kedudukan Najib sebagai PM
ReplyDeletenajib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang ada..
ReplyDeletemungkin ada baiknya jika isteri najib tidak terlalu menonjol..
ReplyDeletepemimpin2 yang menganggap diri sebagai 'raja' dan membelakangkan kepentingan rakyat harus disingkirkan..mereka inilah liabiliti kepada BN.
ReplyDeleteKita tidak boleh menyalahkan Najib untuk semua masalah yang timbul ini. Beliau juga tak ingin perkara ini untuk berlaku.
ReplyDeleteRakyat kenalah membuat keputusan ini samaada beliau harus dikeluarkan atau tidak..
ReplyDeletepembangkang rajin sangat ka turun padang? balik2 buat kenyataan media dengan isu yang berulang2..
ReplyDelete