Wednesday, August 3, 2011

Tiga ADUN, 1MP; Tapi Semporna Terbiar

KENDATIPUN pekan Semporna diwakili oleh tiga orang Adun iaitu Bugaya, Senallang, Sulabayan dan seorang Ahli Parlimen (Semporna) tetapi tidak ada seorangpun yang prihatin terhadap masalah prasarana yang dihadapi penduduk Semporna.

Buktinya, lopak besar di jantung pekan Semporna terbiar begitu sahaja tanpa ada usaha walau seorangpun wakil rakyatnya yang berusaha untuk memastikan lopak kerbau berkenaan ditutup dan diselenggarakan.

Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh membidas kesemua wakil rakyat di Semporna kerana membiarkan lopak besar sebesar lubang kubur di hadapan Milimewa dan lebih 20 lubang di tengah pekan Semporna.

“Kita kesal kerana tidak ada pihak yang mahu tampil menyelesaikan masalah ini kerana setiap wakil rakyat menuding jari sesama sendiri siapa yang patut menyelenggarakan Pekan Sampah Semporna, sehingga jalan di dalam pekan langsung tidak diselenggara,” kata Abdullahsani yang juga Pengerusi Local Community Forum Tun Sakaran Marin Parks.

Menurut Abdullahsani, beliau sering dilontarkan pelbagai soalan oleh para pelancong dan rakyat tempatan berhubung keadaan pekan Semporna yang bukan sahaja mempunyai dua menteri penuh di peringkat negeri dan persekutuan, malah empat Wakil rakyat; namun tidak seorangpun yang peka dan prihatin terhadap rungutan rakyat dan pelancong.

Kesemua wakil rakyat, kata Abdullahsani masing-masing sibuk dengan urusan mereka di ibu negeri dan ibu kota dan hanya kembali ke Semporna secara senyap-senyap seperti kelawar dan meninggalkan Semporna seperti pencuri tanpa sempat berjumpa rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar Majlis Daerah dan Jabatan Kerjaraya segera membaiki jalan di dalam Pekan Semporna yang tidak ubah seperti sebuah perkampungan di Filipina Selatan.

“Semporna mempunyai aset pelancongan semula jadi kelas dunia; tetapi oleh kerana pekan Semporna begitu mundur dan daif, maka rakyat Semporna tidak mendapat manfaat langsung daripada pelancong yang hanya ke Sipadan dan pulang tanpa membelanjakan wang mereka di Pekan Semporna,” ujar Abdullahsani yang agak kesal dengan senario yang berlaku.

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

19 comments:
Write comments
  1. salam Ramadhan. saya bersetuju benar dgn kenyetaan yg di berikan oleh saudara Abdulahsani meskipun saya bukan lah kerakyatan Semporna tapi saya perihatin dgn situasi pekan Semporna yg terlalu daif dan sedangkan bandar lain makin pesat membangun.

    ReplyDelete
  2. adakah wakil rakyat terlepas pandang kerana sibuk dengan projek2 pembangunan di luar bandar atau sebaliknya? harap masalah ini diambil perhatian kerana ia berada di 'jantung' pekan Semporna yang sering dikunjungi ramai termasuklah para pelancong.

    ReplyDelete
  3. Semporna mempunyai ramai wakil rakyat, seharusnya mereka prihatin akan keadaan Semporna yang daif.

    ReplyDelete
  4. ADUN bertanggungjawab membawa pembagunan kepada kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  5. Majlis Daerah dan Jabatan Kerjaraya perlu mengambil perhatian terhadap pekara ini..

    ReplyDelete
  6. Jika tidak sanggup berkhidmat untuk rakyat, baik jangan jadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  7. Wakil rakyat harus peka dengan masalah yang berlaku di kawasannya. Jangan alpa. Jika terdapat kerosakan atau masalah, penduduk di Semporna harus membuat aduan kepada pihak berwajib agar mereka tidak terlepas pandang.

    ReplyDelete
  8. Jangan jadi seperti sokong membawa rebah.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan perlu mengamibil berat tentang perkara ini. Janganlah menbiarkan mereka hidup dalam keadaan yang teruk ini.

    ReplyDelete
  10. Janganlah kita hidup dalam keadaan yang selesa malah melihat orang lain hidup dalam sengsara.

    ReplyDelete
  11. Wakil rakyat ini telah dipilih untuk menuntut dan bertanggung jawab di atas masalah penduduk di kawasan tersebut. Moga-moga, wakil rakyat dikawasan tersebut tampil kehadapan dan cuba selesaikan masalah secepat mungkin.

    ReplyDelete
  12. Mana pemimpin itu. Yang pasti orang yang berpengaruh itu ialah Shafie Afdal. Kenapa semporna belum nampak perubahan??

    ReplyDelete
  13. Semporna memang menjadi tumpuan ramai dan aset pelancongan semula jadi kelas dunia, pihak kerajaan patut berbuat sesuatu untuk membangunkan bandar ini dan bukan lepas tangan sahaja.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya Semporna dalam keadaan malang. Tapi tidak apa mungkin lepas ini pasti para wakil rakyat akan turun padang menangani masalah yang ada di daerah tersebut.

    ReplyDelete
  15. 3 ADUN dan 1 MP itu patut rasa malu dan bersara dari politik atau letak jawatan. kalau daerah sendiri tidak mampu dijaga, bagus berundur.. nanti pilihanraya akan datang, baik penduduk semporna pilih orang luar..

    ReplyDelete
  16. Wakil rakyat patut kerap turun padang dan memantau masalah yang dihadapi oleh penduduk tempatan memandangkan Semporna kerap dilawati para pelancong domestik maupun luar.

    ReplyDelete
  17. Tempat pelancongan yang berpotensi mendapatkan sambutan domestic dan luar negeri telah diabaikan sedemikian. Selesaikan masalah tersebut secepat mungkin untuk meningkatkan imej pelancongan yang berkemungkinan menjadi tarikan antarabangsa.

    ReplyDelete
  18. memalukan betul. bagus letak jawatan la klu hal kecil pun tidak boleh urus.

    ReplyDelete
  19. mcm sengaja ja tu tunggu kena complain dulu :D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.