IPOH – Seorang pemandu lori sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun antara tahun 2009 hingga 13 Jun lalu.
Bapa kepada lima anak itu mengaku bersalah terhadap tuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.
Dalam pertuduhan yang dibacakan, tertuduh yang berusia 50 tahun itu mempunyai isteri dan lima anak termasuk mangsa didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah tidak bernombor, Kampung Parit, Titi Gantung dekat sini.
Perbuatan tertuduh itu bukan sahaja menyalahi hukum agama, undang-undang dan adat malah boleh menjejaskan masa depan anak gadisnya yang masih bersekolah.
Berikutan itu dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang enam dan tidak lebih 20 tahun serta sebat.
Bagaimanapun, hasrat tertuduh untuk bebas dengan ikat jamin tidak kesampaian apabila pihak pendakwaan membantah sebarang ikat jamin ke atasnya mengambil kira faktor keselamatan mangsa.
Nadiah mempertahankan bantahan jaminan itu dengan alasan mangsa dalam kejadian itu adalah anak perempuan tertuduh sendiri dan mereka tinggal serumah.
Selain itu, mangsa yang masih dirawat di Hospital Manjung akan pulang ke rumah dalam masa terdekat dan akan dijaga oleh ibunya.
Tertuduh yang hadir dengan hanya berbaju T biru dan berseluar jeans hitam dalam rayuannya memohon agar dia dibenarkan diikat jamin sementara menunggu tarikh sebutan seterusnya.
Dia yang tidak diwakili peguam dalam sebutan semalam berkata, sebagai ketua keluarga, dia terpaksa menyara isteri dan anak-anak serta merupakan penyumbang ekonomi keluarga yang utama.
Hadir sama menemani tertuduh adalah adik perempuannya namun kelibat ahli keluarganya tidak kelihatan.
Mengambil kira kepentingan awam dan menjamin keselamatan mangsa dalam kes ini, Julie Lack membenarkan bantahan ikat jamin terhadap tertuduh sebelum menetapkan 7 September ini sebagai sebutan semula kes bagi mendengar keputusan laporan perubatan mangsa. -SH
Wednesday, August 3, 2011
Bapa Rogol Anak Sendiri!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tergamak mamat ni rogol anak sendiri. Bukan manusia ini.
ReplyDeleteseorang ayah harus menjaga dan melindungi kehormatan anaknya.
ReplyDeleteseorang ayah sepatutnya menjadi penjaga kepada anaknya bukan menjadi perosak. memang lelaki ni tak layak untuk dipanggil ayah.
ReplyDeleteHarapkan pagar, pagar makan padi!
ReplyDeletehukuman yang berat patut dikenakan terhadap orang macam ni...
ReplyDeleteOrang sial! Adakah isteri tidak dapat memberikan kepuasan kepada kamu? Malukan sendiri...
ReplyDeleteKesian gadis muda itu, bapa ini tidak berlayak menjadi bapa sesiapa pun. Hukuman berat mesti dijatuhkan terhadap dia, jadikan ini ajaran kepada orang lain.
ReplyDeleteLust for sex is one of the deadliest sin. Let us not do anything like this to anything. Keep yourself away from lusting for anything.
ReplyDeletePeranan seorang bapa sepatutnya memberi anak-anaknya keadaan yang selesa dan tempat pelindungan dari ancaman, bekalan yang mencukupi, pendidikan yang waras kepada anak-anak sendiri. Kerosakkan sudah terjadi, yang patut buat adalah memberi pelindungan, pertolongan dan sokongan kuat kepada anak yang diancam tu supaya dia dapat besar dengan pemikiran yang waras juga.
ReplyDeleteApa pun hukuman yang berat perlu diberikan kepada pesalah sebegini.
ReplyDeleteBapa jenis apa ni, sanggup buat anak macam tu.
ReplyDeletekesian si anak..semoga tidak mengalami trauma yang mendalam
ReplyDeletememang gila punya bapak ...anak sendiri dirogol ..
ReplyDelete