Lebih 50 ahli PAS di daerah Padang Terap dilapor bertindak keluar parti dan menyertai Umno kerana marah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengenai komunis dan tragedi Bukit Kepong.
Menurut Bernama, Mereka menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di Kuala Nerang hari ini.
Wakil mereka, Ismail Abdullah,60, yang menjadi ahli PAS selama 35 tahun, berkata beliau bersama isteri serta tujuh anak mereka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap pemimpin nombor dua PAS itu.
"Saya tersinggung dan marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang mengagung-agungkan komunis yang telah menyerang Tanah Melayu dan bukan anggota polis yang mati bertempur dengan komunis," katanya kepada pemberita.
Katanya beliau juga tidak teragak-agak menyertai Umno kerana yakin parti itu berada di landasan perjuangan sebenar iaitu bagi menegakkan keadilan untuk rakyat di negara ini.
Ismail berkata beliau juga terkilan dengan perjuangan PAS hari ini yang jauh tersasar daripada konsep asal parti yang mahu memperjuangkan Islam selepas menguasai beberapa negeri.
"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin PAS telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada Umno untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berkata keputusan kumpulan anggota PAS terbabit menunjukkan mereka yang di peringkat akar umbi semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan parti tersebut.
- Bernama
Friday, September 9, 2011
Ahli PAS dilapor keluar parti?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kerana Mat Sabu ramai ahli PAS keluar, Mat Sabu yang akan menghancurkan PAS.
ReplyDeletePerkara biasalah ini, dalam setiap parti pun ada kes yang sama.
ReplyDeletePasal Mat Sabu seorang boleh menyebabkan ahli keluar parti?
ReplyDeleteterserahlah pada mereka untuk keluar parti. itu hak mereka.
ReplyDeleteini semua sebab mempolitikkan pejuang kemerdekaan.
ReplyDeleteini adalah pilihan mereka sendiri untuk keluar daripada parti PAS.
ReplyDeletesee.. ahli PAS sendiri pun mengaku pemimpin PAS melakukan pembohongan untuk kepentingan politik.. abis la PAS kali ini..
ReplyDeletelepas ni pasti keluar kenyataan yang memburuk2kan semua ahli yang keluar parti.. apa respon Mat Sabu?
ReplyDeleteMasing2 ada hak mahu ikut parti mana. Undi tetap rahsia.
ReplyDelete"Saya cuba mengelak daripada terus berdosa apabila pemimpin PAS telah melakukan pembohongan demi kepentingan politik membuatkan saya tak fikir panjang saya beralih kepada Umno untuk meneruskan perjuangan berlandaskan agama, bangsa dan negara," katanya.
ReplyDeleteI hope you yourself were not lying when u said this.
Memang ramai yang kecewa dengan tindakkan Mat Sabu yang lebih berbangga dengan komunis semasa Malaya dijajah. Sedangkan beliau tidak tahu beberapa ramai orang Malaya terkorban ingin mengecapi ke Merdekaan.
ReplyDeleteNampak ahli PAS sendiri membantah kenyataan pemimpin nombor dua PAS itu sehinggakan laporan mengatakan ada yang sanggup keluar parti itu sendiri kerana kecewa dengan kata-kata pemimpin itu.
ReplyDeleteklu betul pun,masih ramai lg rakyat lain yg masih waras/open minded...
ReplyDelete