Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu.
Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.
Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih
sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.
Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu."
Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya.
Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan.
Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya. -Mk
Tapi adakah SPR sanggup menggunakan dakwat kekal? Itu soalnya.
ReplyDeleteHarap keputusan akan dibuat sebelum PRU-13.
ReplyDeleteleih baik menggunakan kedua dakwat kekal dan sistem biometrik. semua pihak berpuas hati.
ReplyDeleteJika menteri di Jabatan Perdana Menteri pun tidak tahu maksudnya penggunaan dakwat kekal dalam PRU belum mendapat kelulusan dan laporan tersebut tidak benar.
ReplyDeletediharap kaedah yang terbaik dan diterima oleh semua pihak akan digunakan dalam PRU nanti.
ReplyDeletemungkin penggunaan dakwat kekal akan digunakan jika semua pihak bersetuju dengan penggunaannya.
ReplyDeleteharap2 ini adalah petunjuk awal bahawa penggunaan dakwat kekal tetap akan dilaksanakan pada pilihanraya umum kali ini..
ReplyDeleteLaaa....ingatkan confirm sudah. Pilih untuk dakwat kekal!
ReplyDeleteGo for majority vote whether they want to use indelible ink or biometric system.
ReplyDeleteapa pun keputusan ini demi kebaikkan nama PRU13 ini nanti.
ReplyDeleteBaguslah kalau kabinet telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal ini. Rasanya dengan cara ini lagi mudah untuk memastikan tidak ada pengundi berganda berlaku.
ReplyDeleteHarap2 lepas ni tiada lagi yang mengatakan ada penyelewengan dalam PRU.
ReplyDeleteklu JPN meneruskan projek melahirkan warganegara 'palsu',penggunaan dakwat kekal x akan membantu utk mencapai tujuan asal iaitu pelaksanaan pilihanraya yg bersih...
ReplyDeletehal ni digunakan untuk mengelak pengundi hantu.
ReplyDelete