Friday, September 9, 2011

UMNO Guna Propaganda Ala Hitler?

Petaling Jaya: “Sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata,” kata Menteri Propaganda Hitler Joseph Goebbels, yang terkenal dengan prinsip “The Big Lie”.

Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa media arus perdana Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 menggunakan taktik Joseph Goebbels ini untuk memperdayakan rakyat.

“Umno kini benar-benar lemas. Orang lemas akan gunakan apa juga cara untuk menyelamatkan diri walaupun kadang-kadang mereka tidak sedar yang mereka lakukan itu akan lebih cepat mematikan diri sendiri,” katanya dalam blog beliau semalam.

Beliau yang dikenali sebagai CheguBard berkata walaupun mereka gagal dalam propaganda palsu ini mereka tetap meneruskan penipuan umpama mencuri di siang hari.

“Contoh pertama, bayangkan pada hari raya pertama mereka sanggup membuat propaganda yang 100% tidak ada asas kebenaran malah untuk membodohkan pembaca yang majoritinya Melayu,” terang beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau.

Menurutnya, Utusan mencabarnya untuk membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan isu cincin berlian RM24.45 juta yang dikaitkan dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Jelas niat jahat Utusan untuk menggambarkan seolah-olah pendedahan itu palsu. Mustahil Utusan tidak tahu laporan SPRM sudah pun dibuat pada 13 Julai lalu kerana wartawan Utusan juga hadir dalam sidang media depan SPRM Pulau Pinang.

Kedua katanya, dalam isu konon jemaah Surau Al Musyrikin berang kerana bantah pusat tuisyen galak murtad. Pertama sekali adakah sesiapa yang ‘sudi’ namakan surau sebagai Musyrikin (kafir – menyekutukan Allah).

“Setelah siasatan dibuat oleh beberapa pihak ternyata surau tersebut tidak wujud. Namun TV3 tak peduli dan meneruskan penipuan yang sama berulang kali.

“Malah ditampilkan seorang ‘Datuk’ sebagai pengerusi jemaah al-Musyrikin. Inilah dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu iaitu meneruskan propaganda ke arah membodohkan orang Melayu,” ujar beliau. -FMT

10 comments:
Write comments
  1. Rakyat perlulah mengelak daripada dicuci otak.

    ReplyDelete
  2. Orang yang tidak pandai berfikir lebih senang dipengaruhi.

    ReplyDelete
  3. PR lebih byk propaganda palsu mereka. semua perkara mereka manipulasi.

    ReplyDelete
  4. masing-masing pun ada hujah sendiri terhadap sesuatu pekara. apa pun, kita perlu bijak dalam menilai..

    ReplyDelete
  5. media memberi pengaruh yang besar kepada pandangan dan tanggapan rakyat. apa yang penting, rakyat harus pandai menilai yang benar dan palsu kerana bukan semua yang dilaporkan media adalah sahih.

    ReplyDelete
  6. memandangkan Chegubard tahu tentang kata keramat Hitler 'Sesuatu fitnah, jika diulang berkali-kali dengan lantang, akan dipercayai rakyat jelata' bermakna beliau juga sudah mempelajarinya dan itulah yang sedang diamalkan oleh pembangkang hari ini..

    ReplyDelete
  7. Kalau kerajaan ada menipu, pembangkang pun apa kurangnya.

    ReplyDelete
  8. Memang tak boleh terima kalau sampai gunakan isu sensitif untuk kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  9. Jika dibandingkan BN dengan PR sudah pasti PR lebih dari BN dalam paslu memalsu ini.

    ReplyDelete
  10. 1. kewujudan rakyat palsu sabah mel IC projek.
    2. lebih ramai PATI drpd penduduk sebenar sabah.
    3. sabah neg termiskin sedangkan sumber ekonomi banyak.
    4. hak sabah dlm malaysia adalah 1/3(selepas singapura keluar) n bukannya salah 1 neg shj.
    5. sabah n sarawak adalah 'koloni' malaya.

    adakah kenyataan di atas palsu?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.