NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya. -Kosmo
Monday, September 12, 2011
Disihir guna gambar dalam Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
zaman moden ni pun masih ada yang menggunakan sihir untuk kenakan orang.
ReplyDeletenampaknya gambar dalam facebook memdedahkan kita untuk disihir. kena berhati2.
ReplyDeleteTiada undang-undang untuk menangani perbuatan sihir?
ReplyDeletekerana cemburu pekara seperti ini boleh berlaku..kenalah sentiasa berhati-hati.
ReplyDeletePendek akal. Suka guna ilmu hitam untuk kenakan orang. Nescaya pembalasannya berkali-kali ganda lebih teruk nanti.
ReplyDeleteInilah kalau sudah kes cemburu. Mudah dihasut oleh syaitan untuk melakukan kejahatan.
ReplyDeleteBenda syirik baik bertaubat sebelum terlambat.
ReplyDeletebetul ka sihir ni wujud? ada ka undang2 yang membolehkan orang yang melakukan kerja2 sihir ini dikenakan tindakan?.. apa2pun kalau mahu memuaskan hati sendiripun, jangan la sampai membelakangkan dosa..
ReplyDeleteNI kes gila ni. sampai macam tu sekali.
ReplyDelete