Sunday, September 11, 2011

Najib Salah Guna Dana Awam Bercuti Ke Australia?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap salah guna dana awam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bercuti di Perth, Australia serentak ketika negara merayakan Hari Kebangsaan dan Aidilfitri 31 Ogos lalu.

“Laporan polis telah dibuat serentak oleh Penyelaras SAMM negeri masing-masing di Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan,” kata Presidennya Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis berdasarkan maklumat yang dimuat oleh portal berita Malaysiakini.com pada 2 September lalu yang melaporkan Najib bercuti ke Perth pada 31 Ogos dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.

Menurutnya, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.

Ujar beliau, “saya merasakan bahawa amat tidak wajar dan tidak melambangkan semangat patriotik apabila Najib pergi bercuti ke luar negara pada Hari Kebangsaan.

“Namun apa yang lebih penting dari itu ialah adakah di sana terdapat unsur penyalahgunaan harta negara dan dana awam apabila Najib bercuti dengan menggunakan kemudahan awam untuk tujuan peribadi,” katanya.

Tegas beliau, “pesawat tersebut bukan merupakan pesawat peribadi Najib di mana segala perbelanjaan dan kos pesawat tersebut ditanggung oleh kerajaan vis-à-vis rakyat.

“Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya adakah ianya merupakan suatu unsur penyalahgunaan kuasa oleh Najib untuk kepentingan peribadi,” kata beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau. -FMT

10 comments:
Write comments
  1. benarkah Najib salahguna dana awam untuk bercuti ke Australia? ataupun mungkin beliau mempunyai urusan rasmi pada hari tersebut.

    ReplyDelete
  2. yang sebaiknya biarlah PM memberi penjelasan berhubung perkara ini agar tiada pihak yang tertanya2 dan memandang negatif ketiadaan beliau di negara ini pada 31 Ogos lalu.

    ReplyDelete
  3. Sudahkah perkara ini disiasat secara mendalam?

    ReplyDelete
  4. kalau tidak silap Najib ke sana bukan untuk bercuti tapi untuk menjalani terapi sukan ekoran pembedahan lututnya baru-baru ini.

    ReplyDelete
  5. mmg byk tuduhan diberikan trhadap Najib, tapi tak tau sejauhmana kebenarannya. harap hal ini diperjelaskan.

    ReplyDelete
  6. Semua pun nak dijadikan isu. Kalau Najib tampil beri penjelasan pun, tentu masih ada juga yang tak puas hati.

    ReplyDelete
  7. Apa2 pun, diharap Najib tidak menyalahgunakan dana awam.

    ReplyDelete
  8. Rasanya Najib tahu apa yang dilakukannya.

    ReplyDelete
  9. PM Najib kena tujuk yang dia good farther barub rayat berdiri dengan dia.

    ReplyDelete
  10. sedang sibuk CheguBard menabur fitnah mengenai lawatan DS Najib ke Australia (sedangkan PM ke sana untuk rawatan lutut yang tercedera). dia seolah2 buta atau lupa pada masa yang sama pemimpin kesayangan mereka iaitu Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang turut sama berada di luar negara untuk mengunjungi saudaranya di China.. kenapa tidak pertikaikan semangat patriotik pemimpin ini??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.