Tiga kesatuan pekerja-pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang mewakili kira-kira 15,000 pekerja akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia.
Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja MAS (MASEU) Alias Aziz (gambar) berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baru syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baru dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan.
"Kita tidak setuju dengan kerjasama itu atau langkah untuk menubuhkan penerbangan baru di bawah janji niaga itu," kata beliau.
"Apa kita lihat daripada kerjasama itu akan memberikan manfaat kepada AirAsia dan juga ada khabar angin bahawa sebuah syarikat penerbangan baru akan ditubuhkan hasil daripada kerjasama itu.
"Kita sudah ada MASwings Firefly dan MAS. Jadi, apa tujuan mereka mahu tubuhkan syarikat penerbangan baru," katanya pada persidangan akhbar di Pejabat Maseu di Subang Jaya, di sini.
MASEU menyertai Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak dan Kesatuan Sekerja Pengangkutan Udara Sabah mengancam untuk mengadakan tindakan perindustrian dalam usaha menghalang pertukaran saham itu diteruskan.
Pada 9 Ogos lepas, MAS dan AirAsia mengadakan perjanjian kerjasama untuk menubuhkan satu rangka kerja bagi meneroka kemungkinan mengadakan kerjasama bersama.
Untuk mengukuhkan kerjasama bagi kepentingan dalam MAS dan AirAsia, Khazanah Nasional dan Tune Air -- masing-masing pemegang saham utama MAS dan AirAsia, bersetuju memiliki antara satu sama lain saham yang ada dalam kedua-dua syarikat itu.-- BERNAMA
Friday, September 9, 2011
MAS-Air Asia : Kesatuan Pekerja MAS Akan Berpiket
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baik MAS menjelaskan tujuan mereka mewujudkan satu lagi syarikat penerbangan.
ReplyDeleteSebenarnya ada kebaikan gabungan antara MAS dan Air Asia.
ReplyDeleteperlukah mereka wujudkan syarikat penerbangan baru?
ReplyDeletelebih baik jika mereka berbincang daripada mengadakan piket..
ReplyDeleteharap mereka dapat mencapai kata sepakat berhubung dengan penubuhan penerbangan yang baru.
ReplyDeletekepentingan kedua2 belah pihak harus diambil kira dalam sebarang keputusan yang dibuat.
ReplyDeleteKenapa sampai nak gabung? MAS banyak rugikah? Gaji Air Asia lagi besar.
ReplyDeletebagaimana kerjasama itu memberikan manfaat kepada AirAsia sedangkan kerjasama itu membolehkan kerajaan mempunyai hak bersuara dalam membuat keputusan dan pengurusan AirAsia? malah 65% pegangan saham masih lagi bersama MAS (kerajaan)dan kerajaan juga memiliki 20% pegangan dalam AirAsia..
ReplyDeleteKalau berpiket, jadual penerbangan akan terganggulah tu kan.
ReplyDeletePastikan pertukaran saham ini tidak akan menjejaskan para pekerja. Harap semua akan mendapat manfaat atas penukaran saham ini.
ReplyDeletewayang kulit utk 'memerdekakan' TR??????
ReplyDeletebuat apa berpiket buat lah macam diluar negara simpan itu kapal dilandasan supaya penerbangan lain tidak boleh terbang dan mendarat. macam di UK bila pemandu trak berpiket mereka simpan trak itu dijalan raya....
ReplyDelete