Saturday, September 10, 2011

Malaya tak pernah terjajah, Tapi Merdeka Disambut

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

azlanKatanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan


Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

british coldstream guardBagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".

"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.

"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik. -MK

15 comments:
Write comments
  1. british hadir sbg 'tetamu' la????? sy wajib bakar buku2 sejarah dlm simpanan sy.

    1 lagi wayang kulit BN!!!

    ReplyDelete
  2. raja-raja dan sultan melayu jemput makan di istana sebab makanan nya enak-enak bah.

    ReplyDelete
  3. kenapa negara malaysia menyertai sukan komenwel dan persidangan komenwel tidak di bantah oleh prof ini.jadi dicadangkan supaya malaysia menarik diri dari menyertai dua acara ini dan minta muzium british membuang malaysia dari gelari sebagai tanah jajahan mereka selama beratus tahun,kalau nak menipu pun buat lah didalam gelap.

    ReplyDelete
  4. Umno nak mereka sehaja hero orang lain tak boleh itulah umno terus menipu utuk menutup penipuan .

    ReplyDelete
  5. Pernah ataupun tidak pernah, saya pun tidak tahu sekarang. Keliru betul pasal ini.

    ReplyDelete
  6. Harap kita akan mengetahui sejarah sebenar tentang penubuhan Malaya.

    ReplyDelete
  7. kita kena kaji sejarah kita semuala dan memahami maksud sebenar penjajahan.

    ReplyDelete
  8. fakta sejarah harus difahami dengan sebaiknya agar kia tidak terkeliru.

    ReplyDelete
  9. 31 Ogos merupakan kemerdekaan Tanah Melayu. maksudnya Tanah Melayu memang pernah dijajah. jika tidak, 'kemerdekaan' itu maksudnya apa?

    ReplyDelete
  10. Nampaknya sejarah pun tidak boleh dipercayai bulat2 sebab ada pihak yang bersikap bias dan mempergunakan fakta sejarah untuk kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  11. Sebagai rakyat, saya semakin bingung dengan semua ini.

    ReplyDelete
  12. Minggu lalu pasal Mat Indera, sekarang ni istilah dijajah dan dinaungi pula jadi isu?? Sabar sajalah.

    ReplyDelete
  13. Kalau tidak pernah dijajah kenapa pada tarikh merdeka tu 'Merdeka' dilaungkan dan ramai rakyat pada masa tu turut melaungkan 'merdeka'. Sekiranya rakyat pada masa tu hanya dinaungi/dilindungi kenapa ramai rakyat yang datang ketika merdeka tu.

    ReplyDelete
  14. Masalah siapa yang memerintah masa itu? Bukankah British jadi itu dikira penjajahlah. Kalau sekarang Komunis menaung kita apa kita mahu panggil mereka?

    ReplyDelete
  15. bersedialah.. lepas ni banyak lagi cerita2 hangat berkenaan dengan sejarah..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.