Saturday, September 10, 2011

Pengampu Sahkan Pembelian Berlian RM24 Juta

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbohong apabila menafikan pembelian cincin bernilai RM24.4 juta yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang dipetik Keadilan Daily berkata, ‘pengampu-pengampu’ Rosmah sendiri mengesahkan pembelian cincin berkenaan.

Badrul merujuk kenyataan Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat.

“Kini rakyat tertanya-tanya sama ada cincin itu kepunyaan Rosmah, mahu diberikan kepada Rosmah dan pergi ke mana selepas dibawa keluar dari KLIA.

“Pengampu-pengampu Rosmah menyebabkan Rosmah lebih terperangkap,” kata Badrul atau lebih dikenali dengan Chegu Bard.

Menjawab dakwaan Anuar Shaari, Chegu Bard berkata, serbuan SPRM ke bahagian kargo KLIA mengesahkan dokumen yang mengiringi kemasukan cincin itu ke Malaysia adalah sah.

“Apa yang saya dapat, dokumen itu sahih. Dalam kotak tertera nama Datin Seri Rosmah Mansor,” kata beliau.

SAMM sebelum ini mendedahkan pembelian berlian dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” yang diterbangkan melalui KLIA dan bebas daripada cukai import.

Selain itu, NGO itu turut mendakwa mempunyai salinan cetakan dokumen dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berkenaan.

Rosmah pada 29 Julai lalu menafikan pembelian berlian berkenaan selepas dua minggu isu itu didedahkan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah, sementara penulis blog pro-Umno mula menyebarkan berita cincin itu dibawa keluar dari KLIA ke Singapura.

Airoceanic Express Sdn Bhd – yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut sebelum ini juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Lanjutan dari itu, pada 18 September ini SAMM akan melancarkan kempen risalah mendedahkan rentetan skandal itu yang masih belum didedahkan kepada umum, kata Chegu Bard.

Ia akan dilancarkan di Pekan, Pahang jika masih tiada sebarang hasil siasatan yang memuaskan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), tambahnya lagi.

Menurutnya, Pekan dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen itu kerana ia merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Orang Pekan harus beri penilaian yang tepat tentang seorang Ahli Parlimen yang mereka undi yang akhirnya menjahanamkan negara melalui isterinya,” kata Chegu Bard. -tvsnews

NGO tampal report cincin RM24j pada pintu Utusan

NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini menampal salinan laporan polis berhubung dakwaan pembelian cincin RM24 juta oleh isteri perdana menteri Rosmah Mansor di pintu pejabat Utusan Malaysia di ibu negara.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinPresiden SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, Penyelaras SAMM Negeri Sembilan Saufi Mi'ad berbuat demikian setelah Utusan dikatakan mencabar Badrul membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sedangkan, tambah Badrul atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bad (kanan), laporan berkaitan telah dibuat sebelum ini.

"Mustahil Utusan tak mengetahui laporan SPRM telah dibuat tetapi sengaja menggunakan taktik propaganda memperbodoh rakyat untuk menjaga kepentingan regim (Datuk Seri) Najib Razak," katanya.

Menulis dalam blognya, Badrul berkata, selepas mengambil tindakan itu, Saufi sempat berkata kepada pemberita:

"Tak guna bercakap dengan media pekak alat propaganda regim ini, kami tampal dan biar mereka baca sendiri.

"Terpulang kepada Utusan nak kata kami serang dan rosak pejabat mereka atau nak lapor polis kerana tindakan kami, dah ini saja cara nak layan akhbar penipu yang membodoh minda rakyat." -MK

11 comments:
Write comments
  1. beli dgn simpanan peribadi sejak kecil,lepas tu utk bhn pameran,akhirnya milik besan-FLOM,kembalikan rm rakyat!!!

    1 lagi wayang kulit BN!!!

    ReplyDelete
  2. Inilah kerja Utusan Malaysia memperbodohkan rakyat. Adakah dalam laporan pembangunan kiulu pun yang disiarkan gambar bangunan Hongkong bank di kota kinabalu konon itulah antara bangunan terdapat di kiulu.

    ReplyDelete
  3. Akhirnya pengampu-pengampu sendiri yang menyusahkan Rosmah.

    ReplyDelete
  4. makin panas isu berkaitan pembelian cincin tersebut.

    ReplyDelete
  5. Ingatkan isu ini sudah selesai.

    ReplyDelete
  6. isu ini kini telah ditimbulkan..apapun ianya telah dinafikan...

    ReplyDelete
  7. Apa2 pun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

    ReplyDelete
  8. Utusan ini patut ditarik balik lesennya. Laporan entah apa2.

    ReplyDelete
  9. Isu ini masih berlarutan lagi, ramai rakyat tidak berpuas hati mengenai isu ni.

    ReplyDelete
  10. biarlah kita liaht sampai mana kesahihan berita ini.

    ReplyDelete
  11. kalau semua ni fitnah, baik DS Rosmah saman ja Chegubard ni.. nafi banyak kalipun tiada guna..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.