PAS memberi amaran akan turun untuk perhimpunan Bersih 3 sekiranya kerajaan berhasrat membubarkan parlimen sebelum menyelesaikan kepincangan dalam sistem pilihan raya.
Perkara ini dinyatakan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kayat susulan pendedahan berterusan individu-individu yang berstatus bukan warganegara tetap mendapat mandat mengundi di negara ini.
Beliau kemudian menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merombak sistem pilihan raya sedia ada sebagai cara memulihkan demokrasi secara total selain mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada suruhanjaya itu.
Dalam sidang media di ibu pejabat PAS tadi, Suhaizan mengemukakan lagi tiga nama layak mengundi yang berstatus Penduduk Sementara (Hijau).
Individu yang dikesan adalah seorang wanita bernama Numi Syukri yang didaftarkan di DUN Hulu Besut dan layak mengundi di parlimen Besut.
Seterusnya juga seorang wanita bernama Hasmidah Surahbil yang didaftarkan di DUN Semenyih, parlimen Hulu Langat dan seorang lelaki bernama Jamaluddin Tahir yang didaftarkan di DUN Bangi, parlimen Serdang.
Tiga nama tersebut dikesan memegang kad pengenalan berwarna hijau di dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan berstatus layak mengundi dalam senarai daftar pemilih di laman web SPR.
"Kita minta JPN jelaskan adakah benar tiga individu yang kita kemukakan ini adalah penduduk sementara. Kalau benar kemudian baru kita tanya kepada SPR kenapa mereka daftarkan nama penduduk sementara menjadi pengundi yang sah," kata Suhaizan kepada media.
PAS sebelum itu membangkitkan isu seorang individu bernama Mismah yang memegang kad pengenalan Penduduk Tetap ditemui dalam senarai daftar pemilih.
Namun status Mismah dalam laman web JPN bertukar sebagai warganegara selepas empat jam perkara tersebut didedahkan oleh media.
Suhaizan berkata pihaknya terpaksa menggunakan pendekatan media kerana usaha membantah secara terus kepada SPR sering menemui kegagalan.
"Sebab itu pemuda PAS mengambil pendekatan media. Maksudnya kita mahu rakyat sedar akan kesilapan itu dan biar rakyat yang menghukum," tambah beliau lagi.
Dalam pada itu menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang.
Laporan itu antara lain menyebut penggunaan dakwat kekal lebih sesuai berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh SPR dan telah berjaya digunapakai di beberapa negara bagi mengelakkan pengundian berganda.
Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa beliau tidak mengetahui akan perkara itu selain menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan tanggungjawab kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya untuk memutuskan kesemua isu yang berkaitan reformasi pilihan raya.
Friday, September 9, 2011
Amaran: Jangan Bubar Parlimen Sebelum Pulihkan Sistem Pilihan Raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Betul, sistem pilihan raya perlulah dipulihkan dulu sebelu parlimen dibubarkan. Harap kerajaan akan mematuhi syarat ini.
ReplyDeleteSPR kena pastikan senarai daftar pengundi mereka dipulihkan dan tiada sebarang masalah. ini memastikan sistem pilihanraya berjalan dgn baik.
ReplyDeleteSPR perlu sentiasa berusaha dari masa ke masa untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
ReplyDeletePAS ni macam mengugut pula..
ReplyDeletediarap sistem pilihan raya dapat diperbaiki dan bersih dari isu2 seperti pengundi hantu dan pengundi klon.
ReplyDeleteApa respon SPR? Akan perbaiki perkhidmatan? tengah perbaiki? atau tiada tindakan langsung?
ReplyDeletetidak payah la timbulkan balik isu Mismah kalau pemimpin2 PAS masih belum memohon maaf kepada beliau.. isu yang sudah kantoi pun masih digunakan..
ReplyDeletePAS memberi amaran akan turun untuk perhimpunan Bersih 3 sekiranya kerajaan berhasrat membubarkan parlimen sebelum menyelesaikan kepincangan dalam sistem pilihan raya.
ReplyDeleteAdakah Bersih sebenarnya didalangi oleh parti pembangkang?
Nikyta.. setakat ini itu sahaja cara paling berkesan untuk merampas kerajaan. sebab kalau melalui pilihanraya yang adilpun bukan semua sudi menyokong pembangkang.
ReplyDeleteInikah parti kerajaan yang kita mahukan seperti PAS? Rasanya bukan masanya untuk PAS memerintah.
ReplyDeleteBersih sudah dicemari dengan pengaruh politik...Bersih sepatutnya satu pergerakan apolitikal, bebas dari pengaruh mana2 parti politik...
ReplyDeleteRasanya PAS tidak ada kuasa untuk melarang pembubaran Parlimen ini. BERSIH 3? Itu terpulang kepada PAS sendiri. PAS lebih suka mencari jalan mudah dengan protest seperti perhimpunan Haram BERSIH. Inikah PARTI ISLAM yang memilih jalan kemusnahan kepada rakyat. Menghuru-harakan keadaan. Rasanya Islam melarang semua itu dari berlaku. Sebolehnya carilah cara yang aman dan damai itulah pilihan terbaik.
ReplyDeletepilihanraya di malaysia adil? knp pembangkang x dibenarkan menggunakan kemudahan awam-RTM,TV3,jab penerangan,balairaya,dsb? rasanya BERSIH 3.0 akan lebih meriah n dilaksanakan serentak di setiap ibunegeri...
ReplyDelete