PERSATUAN Komuniti Bugis Sabah (PKBS) akan memberi fokus untuk memperhebatkan lagi imej dan sumbangan etnik itu dalam pelbagai sektor terutama dalam ekonomi dan perpaduan masyarakat di Sabah.
Presidennya, Datuk Osman Jamal berkata sehubungan itu, imej sosial, pendidikan dan perekonomian komuniti berkenaan akan dirangka supaya selari dengan aspirasi semasa dasar-dasar sosial, politik dan ekonomi negeri dan negara.
Pendekatan PKBS selepas proses penjenamaan semula termasuk meningkatkan perpaduan yang penting untuk kestabilan dan dalam memastikan rancangan pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan dengan sempurna, katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Hari Raya bersama media dan pelantikan anggota Jawatakuasa PKBS Tawau, baru-baru ini.
Osman yang juga Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah berkata persatuan akan mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi komuniti berkenaan.
"Kita juga ingin menjaga imej etnik Bugis dalam bidang pelajaran. Kita tidak mahu melihat ada lagi komuniti Bugis Sabah atau kaum Melayu keturunan Bugis di Sabah yang tidak dapat bersekolah kerana kemiskinan.
"Kita juga tidak mahu melihat atau mendengar ada anak-anak komuniti Bugis yang berpotensi tinggi untuk cemerlang dalam pelajaran tetapi tercicir atau tidak boleh melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan," katanya.
Katanya masalah itu akan diatasi melalui penubuhan tabung pendidikan persatuan dan bantuan tuisyen.
Selain itu, Osman berkata PKBS akan membina sebuah masjid, dewan dan pusat komersil di tapak seluas 5.2 hektar di Pasir Putih di sini untuk kegunaan masyarakat pelbagai kaum di Tawau.
Katanya dewan yang dinamakan ‘Dewan Poado’ itu akan bercirikan etnik Melayu utama di Tawau seperti Bugis, Tidong, Banjar, Bajau dan Suluk bagi melambangkan perpaduan masyarakat berkenaan.
Katanya nama Poado dipilih sempena nama penyandang jawatan penghulu pertama di Tawau iaitu Poado atau La Toampong Andi Buku @ Haji Hasan yang tiba di Tawau pada tahun 1882 untuk membuka penempatan di daerah itu. (BERNAMA)
Monday, September 12, 2011
PKBS Fokus Perkasa Bugis Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampaknya parti PKBS ini akan fokus pada kebaikan warga Bugis. Harap mereka akan terus berusaha dalam perjuangan mereka ini.
ReplyDeleteSemoga hak warga Bugis akan dipertahankan.
ReplyDelete"Kita juga tidak mahu melihat atau mendengar ada anak-anak komuniti Bugis yang berpotensi tinggi untuk cemerlang dalam pelajaran tetapi tercicir atau tidak boleh melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan,"
ReplyDeleteSeharus menjaga dan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang berkebolehan untuk melanjutkan pelajaran, batuan kewangan seharus lebih berbuka kepada kaum dan bangsa lain.
PERSATUAN Komuniti Bugis Sabah (PKBS) akan memberi fokus untuk memperhebatkan lagi imej dan sumbangan etnik itu dalam pelbagai sektor terutama dalam ekonomi dan perpaduan masyarakat di Sabah.
ReplyDeleteTeruskan usaha, Sabah memerlukan lebih banyak persatuan sebegini untuk memperjuangkan dan meningkatkan ekonomi dan perpaduan masyarakat Sabahan.
"masalah itu akan diatasi melalui penubuhan tabung pendidikan persatuan dan bantuan tuisyen."
ReplyDeleteHarap lebih banyak masyrakat yang berkurangan dapat diberi perhatian dan bantuan yang diperlukannya.
Harap lebih ramai orang memahami ciri-ciri suku kaum tersebut. kebudayaan dan kesenian suku kaum seharus dibawa turun-temurun.
ReplyDeleteDemi perpaduan masyarakta, harap bangsa dan kaum lain juga diberi bantuan dan perhatian.
ReplyDeletepersatuan-persatuan yang lain juga harus berusaha untuk meningkatkan peranan dan sumbangan mereka dalam pelbagai bidang.
ReplyDeletesemoga matlamat persatuan tersebut tercapai.
ReplyDeletePersatuan2 yang berkonsep untuk perpaduan kaum dan rakyat memang digalakkan.
ReplyDeleteMasing-masing memainkan peranan untuk perkembangan ekonomi dan industri. Berkemungkinan persatuan berciri budaya dapat meningkatkan industri pelancongan.
ReplyDelete"Kita juga ingin menjaga imej etnik Bugis dalam bidang pelajaran. Kita tidak mahu melihat ada lagi komuniti Bugis Sabah atau kaum Melayu keturunan Bugis di Sabah yang tidak dapat bersekolah kerana kemiskinan"
ReplyDeleteHarap lebih banyak pelajar bukan sahaja komuniti Bugis tetapi kepada komuniti lain juga mendapat bantuan dari segi kewangan untuk teruskan pelajaran.
"Osman yang juga Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah berkata persatuan akan mengadakan pelbagai aktiviti dan program yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi"
ReplyDeleteMatlamat yang jelas. Teruskan usaha untuk pembangunan ekonomi. Harap lebih ramai yang mendapat manfaat dan bantuan dari persatuan-persatuan tersebut.
Mengalakkan persatuan-persatuan berciri budaya dan bangsa berkongsi pendapat dan menjalankan lebih banyak aktiviti yang merangkumi semua bangsa dan suku kaum lain.
ReplyDeletepersatuan2 berasaskan kaum ini diharap tidak menghalang perpaduan di antara masyarakat Sabah yang mempunyai latar belakang kaum/etika,budaya dan agama yang berbeza.
ReplyDeletemana2 kaum pun diharap tidak mengalami keciciran dalam kemajuan dan pembangunan.
ReplyDeleteselamat maju jaya..
ReplyDeletepersatuan kaum lain juga harus memperkasakan persatuan dan ahli agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan..
ReplyDeleteSebaik lagi bagus kalau ada persatuan untuk emu etnik yang ada di Sabah dan bukannya menumpukan kepada satu persatuaan saja.
ReplyDeleteSemoga mereka ini dapat dibantu untuk memastikan apa yang mereka rancang akan berjalan dengan jayanya. Persatuan sebeginilah yang kita mahukan supaya dapat menyuarakan masalah kaum ini dan persatuan ini juga dapat mempertahankan budaya mereka supaya tidak pupus dengan keadaan ekonomi dan pembangunan yang sekian pesat membangun ini.
ReplyDelete"PKBS akan membina sebuah masjid, dewan dan pusat komersil di tapak seluas 5.2 hektar di Pasir Putih di sini untuk kegunaan masyarakat pelbagai kaum di Tawau."..
ReplyDeletePersatuan yang bukan mementingkan kaumnya saja tapi juga mementingkan untuk pelbagai kaum yang ada disekitarnya. Perkara sebeginilah perlu kita contohi.
aslkm. macam mana nak jadi ahli PKBS?
ReplyDeletesaya harap kejayaan PKBS kelak dalam memajukan komuniti Bugis di negeri ini akan menjadi ikutan mana2 persatuan yang sedia wujud atau yang masih belum diwujudkan..
ReplyDelete