Friday, September 9, 2011

IC Hijau Pula Jadi Pengundi?

http://media1-cdn.malaysiakini.com/395/eab5c317763cd0dff25ca4a588a8aba9.jpgDewan Pemuda PAS turun padang menjejaki penduduk sementara (pemegang kad pengenalan hijau) yang didakwa menjadi 'pengundi hantu' di DUN Bangi baru-baru ini.

Timbalan pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Mohd Adram Musa berkata, berdasarkan semakannya, tiga penduduk berstatus itu didaftarkan sebagai pengundi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Mohd Adram berkata, dua kes dikesan di Selangor dan satu lagi di Terengganu.

Bahkan, menceritakan usaha menjejaki seorang daripadanya - Jamaluddin Tahir di Bangi - mendapati alamat yang didaftarkan itu tidak wujud.

Mohd Adram Musa mendakwa, menurut rekod, individu berkenaan mendaftar menggunakan alamat di Jalan Pintar 11, Taman Universiti, tetapi berdasarkan pemeriksaan, taman itu
sehingga Jalan Pintar 5 sahaja.

"Ini satu persoalan," kata Mohd Adram Musa yang juga ketua Pemuda PAS Kajang.

"Ini yang saya nyatakan hantu-hantu yang ditanam di DUN-DUN yang mereka fokus," katanya sambil menunjukkan 'bukti' bergambar pemeriksaan di lokasi tersebut.

Katanya, penemuan ini membuktikan dakwaan mereka sebelum ini bahawa wujud'senarai pemilih kotor' yang boleh menjatuhkan kerajaan Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Dua individu lagi yang didakwa pemegang kad pengenalan hijau tetapi didaftar sebagai pengundi bernama Numi Syukri dari Terengganu dan Hasmidah Surahbil (Selangor).

Sehubungan itu, beliau meminta Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan perkara ini. -MK

12 comments:
Write comments
  1. Sejak bila ada kewujudan IC hijau, saya betul-betul keliru.

    ReplyDelete
  2. Harap masalah pendaftaran pengundi ini akan diselesaikan sebelum pilihanraya diadakan.

    ReplyDelete
  3. pemegang IC hijau tak layak langsung untuk mengundi.

    ReplyDelete
  4. sebaiknya penjelasan diberikan berhubung dengan pekara ini..

    ReplyDelete
  5. harap pengundi hantu ini dapat dibersihkan dari daftar pemilih.

    ReplyDelete
  6. bagaimana perkara ini tidak disedari oleh SPR dan JPN?

    ReplyDelete
  7. Kita bakor je SPR dan JPN kalau macam ni.

    ReplyDelete
  8. IC biru saja yang boleh mengundi!

    ReplyDelete
  9. selepas kantoi dengan isu mismah dan beberapa kes lain, saya sudah tidak yakin dengan laporan media PAS yang jelas tidak ikhlas dalam menyalurkan maklumat..

    ReplyDelete
  10. Betulkah? atau ini adalah perancangan satu pihak yang cuba untuk memburukkan SPR dan JPN. Mungkin upah dan sebagainya diberikan kepada orang berkenaan. Tidak mustahil perkara ini berlaku jika ingin mencapai sesuatu.

    ReplyDelete
  11. JPN n SPR bukannya x sedar perkara ini,sebaliknya,kedua2 agensi ini adalah 'runner' kpd BN...

    1 lagi wayang kulit BN!!!

    ReplyDelete
  12. ko neji pecacai jer la

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.