Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. -Kosmo
Friday, September 9, 2011
Prabayar (prepaid) Naik Harga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa yang mengenakan cukai seperti ini? Adakah kerajaan yang buat, ataupun syarikat perkhidmatan yang buat?
ReplyDeleteBaik hentikan menggunakan prepaid and tukar pekej lain.
ReplyDeletemakin byk cukai hendak kena dibayar, kos telefon pun makin meningkt.
ReplyDeletesemua pun naik harga. susahlah kalau begini.
ReplyDeleteIni pun kena berjimat cermat ni. kurangkan membuat panggilan telefon dan pesanan ringkas(sms).
ReplyDeletebetul tu kiera..nampaknya panggilan terpaksa dikurangkan untuk berjimat.
ReplyDeletesemasa cukai dikenakan hanya 5%, pihak telekomunikasi masih mampu menyerap kos tersebut. bila dinaikkan lagi 1% menjadi 6%, pihak telekomunikasi sudah tidak mampu menyerap kos itu dan terpaksa beban itu dialihkan kepada pengguna.. kalau sebelum ini pihak telekomunikasi boleh serap 5%, kan lebih baik ianya dikekalkan dan hanya mengenakan 1% cukai terhadap pelanggan..
ReplyDeletekalau tidak mahu kena cukai, terpaksa la lepas ni guna burung merpati untuk hantar mesej.. haha
ReplyDeleteLepas ni apa lagi yang akan naik? Saya mahu gaji yang naik.
ReplyDeleteSetuju dengan neji. Boleh terima lagi 1% daripada 6%. Adui...
ReplyDeleteSekejap tarif elektrik naik sekarang ini pula prepaid lagi naik? apa sudah jadi?
ReplyDeleteTerima kasih BN kerana membenarkan syarikat korporat menaikkan atau mengenakan caj sesuka hati kepada rakyat. Mula-mula Astro. Kerajaan bising juga kemudian biarkan. Ini kad prepaid pun kenakan cukai. Inlah hadiah kerajaan kepada rakyat.
ReplyDelete6% Cukai dikenakan siapa mahu Top up kredit fon. Nampaknya semua akan naik selepas ini.
ReplyDeleterakyat kena buat bantahan keatas 6% yang dikenakan, akai tarak..
ReplyDeleteotak neji pun tarak boleh pakai.. ko jer la jadi merpati hntar mesej seluruh dunia
ReplyDeletekan itu cukai GST(gasak samapi tertonggeng) jadi sekarang rakyaat lah yang tertonggeng.
ReplyDelete