PADA 6 September 2011, lebih kurang jam 10 malam bertempat di Balai Polis Kota Kinabalu, satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Semporna melalui Ketuanya, Mohd Azis B Jamman berhubung satu artikel yang diterbitkan melalui ruangan Sabahkini.net bertajuk: "Polis Tutup Kes Maut Di Rumah Shafie?".
Artikel bertarikh 4 September 2011 tersebut telah ditulis oleh Citra Masadi yang juga merupakan ahli Angkatan Muda Parti Keadilan. Di dalam artikel tersebut, amat jelas Citra telah dengan sengaja dan dengan niat bertujuan untuk mengaib, menghina dan menjatuhkan maruah YB Dato’ Seri Mohd Shafie Bin Hj Apdal yang juga merupakan seorang pemimpin besar yang disayangi oleh sebilangan besar masyarakat di Daerah Semporna.
Malah kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia telah mengakibatkan ada di kalangan mereka yang mencemburui beliau dan berusaha untuk mereka-reka cerita kononnya berlaku kemalangan jiwa seorang warga PATI semasa keadaan bersesak-sesak masyarakat Semporna di rumah YB Dato’ Seri di Semporna semasa bulan puasa yang lepas.
Malah peristiwa kematian Abdul Rahman Awang juga telah dipolitikkan dan disebut di dalam artikel tersebut kononnya disebabkan oleh beliau mengalami sakit jantung akibat terkejut melihat keadaan bersesak-sesak hingga mengakibatkan warga PATI meninggal dunia.
Citra bukan sahaja memfitnah, malah tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham yang pastinya pada hari ini masih bersedih di atas pemergian beliau telah mempolitikkan isu kematian Abdul Rahman Awang; demi niat jahat mereka untuk menjatuhkan dan memburukkan kepimpinan Dato’ Seri Hj Mohd Shafie Apdal.
Isu ini merupakan satu pembohongan besar Citra bertujuan untuk memalukan Shafie Apdal. Hakikat sebenarnya, Abdul Rahman Awang meninggal dunia selepas sholat maghrib iaitu semasa Program Berbuka Puasa di Kg. Damai, DUN Sinallang anjuran masyarakat Kg Damai itu sendiri dan ‘BUKANNYA’ di rumah Shafie di Daerah Semporna sebagaimana disebutkan di dalam artikel tersebut.
Malah isu kononnya terdapat seorang warga PATI meninggal dunia juga satu pembohongan kerana tiada kemalangan jiwa berlaku pada malam pagar besi tangga di rumah Shafie roboh akibat keadaan sesak pada malam tersebut.
Selain daripada memfitnah melalui artikel tersebut, Citra juga secara tidak langsung telah menghina dan merendah-rendahkan kejujuran, ketelusan dan kewibawaan pihak Polis bilamana tajuk artikel tersebut sendiri dengan jelas menuduh pihak Polis kononnya menyembunyikan dan menutup kes kematian seorang warga asing sedangkan pada hakikatnya tiada kematian pun yang berlaku.
Apa yang jelas, beberapa siri artikel yang berbaur fitnah terhadap Shafie sejak kebelakangan ini baik yang melibatkan kementerian beliau serta kepimpinan beliau di Daerah Semporna yang disiarkan di Sabahkini.net; adalah amat jelas bertujuan untuk menjatuhkan Shafie serta sifat takutkan bayang-bayang pihak-pihak tertentu di atas keupayaan Shafie memimpin bukan sahaja diperingkat daerah, negeri dan negara malah di peringkat antarabangsa.
Umum mengetahui sifat pemurah dan suka membantu Shafie sejak beliau masih berkerja dengan kerajaan; semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Negeri Sabah sehinggalah sekarang. Sifat suka bersedekah dan membantu sememangnya sudah lama sebati di dalam diri beliau.
Apa yang jelas, mereka yang hanya tahu mengkritik hasil kerja orang ini tidak pula menyebut tentang sifat Shafie yang akan melayan setiap masyarakat yang datang ke rumah beliau di Semporna; khasnya mereka yang tidak berkeupayaan pergi ke Kuala Lumpur untuk berurusan.
Setiap kali berada di Semporna, rumah Shafie merupakan pejabat tidak rasmi beliau yang akan buka sehingga pukul 2 atau 3 subuh untuk menerima surat-surat permohonan rakyat yang dimajukan kepadanya pada masa itu.
Peliknya kebaikan seperti ini tidak pula disebut oleh orang seperti Citra. Pemuda UMNO Semporna yakin dan percaya, Citra sendiri tidak akan berani membuka pintu rumahnya sendiri sehingga pukul 2 pagi untuk melayan keluarga beliau sendiri; apa lagi untuk membantu masyarakat di Daerah Semporna.
Oleh : SEKRETARIAT PEMUDA UMNO SEMPORNA (sabahkini)
Saturday, September 10, 2011
Pemuda UMNO Semporna Sokong Shafie
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pening dengan senario politik sabah ni lah....kalau betullah ada unsur-unsur fitnah dalam artikel tu carilah penulis dia dan buat tindakan yang sepatutnya....
ReplyDeleteYang penting perkara ini disiasat dahulu untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.
ReplyDeleteSebelum ada bukti, baik jangan menyebarkan fitnah. Kita tunggulah hasil penyiasatan jika ada.
ReplyDeleteJika tujuan untuk menjatuhkan seseorang jangan harap kebaikkan yang pernah dilakukan akan diwar2kan.
ReplyDeleteJadi kejadian sesak memang berlaku di rumah Datuk Shafiee..... terpulang kepada kita untuk mempercayai sumber cerita yang mana satu. Adalah lebih baik jika pengunjung ditemubuall untuk mendapatkan cerita yang lebih konkrit.
ReplyDeletejangan suka menjatuhkan org untuk kesenangan sendiri... siasat dulu..
ReplyDeleteini satu lagi cara untuk menjatuhkn Datuk Shafiee...perkara ini harus di siasat terlebih dahulu..sebelum menabur fitnah...
ReplyDelete"Malah isu kononnya terdapat seorang warga PATI meninggal dunia juga satu pembohongan kerana tiada kemalangan jiwa berlaku pada malam pagar besi tangga di rumah Shafie roboh akibat keadaan sesak pada malam tersebut."
ReplyDeleteRakyat keliru juga dengan apa yang berlaku sebenarnya. Masing-masing menilaikannya..
May be this is called "personal attack".. It's common in politics..
ReplyDeleteSetiap pemimpin seharus menjaga imej sendiri terutama statement yang dibuatkan itu terhadap orang lain. Kritikan tersebut tidak memanfaatkan sesiapa pun tetapi membawa masalah kepada diri sendiri. Harap isu tersebut tidak diperbesar-besarkan lagi.
ReplyDelete"satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Semporna melalui Ketuanya, Mohd Azis B Jamman berhubung satu artikel yang diterbitkan melalui ruangan Sabahkini.net bertajuk: "Polis Tutup Kes Maut Di Rumah Shafie?".
ReplyDeleteAda bukti keatas tuduhan tersebut? Seharus disiasat sebelum memb uat tuduhan yang serius tersebut.
Harap ini cuma salah faham diantaranya. Tuduhan tersebut memang serius dan cukup menjatuhkan imej seorang pemimpin. Walaubagaimanapun, perlu disiasat dan mencari kebenaran laporan tersebut.
ReplyDeletemenyebarkan pekara yang tidak benar boleh menjejaskan imej seseorang dan ianya tidak harus dilakukan.
ReplyDeletejadi, apa pun isu yang dimainkan, jangan mudah terpengaruh dan nilailah dengan sebaiknya.
ReplyDeleteRasanya ni adalah penjelasan atas tuduhan yang telah dilemparkan.
ReplyDeletejika ini satu fitnah, pemfitnah tersbut perlu diambil tindakan.
ReplyDeleteSamada ini fitnah atau tuduhan yang sah perlu disiasat terlebih dahulu. Terlalu awal untuk membuat keputusan.
ReplyDeletePihak berkuasa perlu membuat siasatan dengan secepat mungkin, tuduhan tersebut menjejaskan imej seorang pemimpin negara.
ReplyDeleteMemang betul kata Fajrul, tuduhan and kritikan seperti ini memang biasa dalam dunia politik ini.
ReplyDeleteThese is insulting. It's needed to investigate and reveal the truth. It's affecting a leader image.
ReplyDeletenasib baik penulis artikel tidak disaman.
ReplyDelete"peristiwa kematian Abdul Rahman Awang juga telah dipolitikkan dan disebut di dalam artikel tersebut kononnya disebabkan oleh beliau mengalami sakit jantung akibat terkejut melihat keadaan bersesak-sesak hingga mengakibatkan warga PATI meninggal dunia."
ReplyDeleteAdakah ini berdasarkan siasatan polis yang dibuat? Jika benar, penjelasan beliau seharus diterima juga.
diharap perkara ini disiasat dan pada masa akan datang penulis janganlah menyebarkan sesuatu cerita jika tiada bukti serta berbaur fitnah.
ReplyDeleteKau orang buat komen membuta tuli,biarlah polis siasat dulu baru betul bukan buat komen sanbung fitnah orang buat dosa sehaja.
ReplyDeleteTidak salah kalau mereka menyokong Shafie kerana itu sudah pasti kerana Shafie adalah pemimpin Semporna sendiri jadi kalau bukan orang mereka siapa lagi mahu sokong beliau.
ReplyDeleteSusah juga kita mahu percaya kata-kata Citra itu. Tapi kalau Citra ada bukti boleh kemukakan untuk menguatkan dakwaan beliau itu.
ReplyDeleteCerita rekaan semata-mata oleh Citra Masadi yang juga merupakan ahli Angkatan Muda Parti Keadilan. Perlukah kita percaya jika bukti tidak ada.
ReplyDeleteternyata bahawa citra hanya mereka-reka cerita tanpa bukti kukuh..
ReplyDeletelain kali, siasat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang artikel yang mana akan mengaibkan orang lain...
ReplyDeletekematian pun mahu dipolitikkan oleh PKR kah? inilah PKR yang mana sudah ketandusan isu sehingga sanggup mempolitikkan kematian orang lain yang langsung tiada kena-mengena dengan politik.
ReplyDeleteBaguslah kalau macam itu. Sokonglah pemimpin dikawasan sendiri. Itu sudah membuktikan kesetiaan kita kepada pemimpin tersebut.
ReplyDeletedalam artikel yang dibuat oleh citra, beliau ada mengatakan akan menjejaki saksi yang mempunyai rakaman kejadian itu, tapi sehingga hari ini dia senyap tanpa sebarang khabar berita berkenaan dengan isu tersebut. jadi saya juga merasakan bahawa isu yang beliau bangkitkan ini hanya rekaan semata2..
ReplyDeletejangan sembarangan menyebarkan perkara yang tidak ada bukti nanti kena saman
ReplyDeletesemoga pihak polis dapat memberi keterangan yang benar kepada umum
ReplyDeletehanyalah khabar angin, jadi endahkan sajalah, melainkan ada bukti kukuh
ReplyDeletememang begitulah niat jahat sesetengah ahli politik yang bertujuan untuk mengaib, menghina dan menjatuhkan maruah seseorang pemimpin besar yang disayangi ramai.
ReplyDeletebegitulah dunia politik..ada sahaja perkara yang boleh dipolitikkan
ReplyDelete