Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) terus menjadi teka-teki semua pihak di dalam 1Malaysia. Pelbagai ramalan telah di kaji dan ditulis tetapi masih tidak menjadi kenyataan. Ramalan bahawa PRU13 akan berlaku pada Mac 2012 pun berlalu juga nampaknya.
Ramalan terbaru yang sangat popular ketika ini ialah awal bulan Jun tahun ini. Hampir kesemua PRU di negara ini diadakan ketika cuti penggal sekolah kerana sebahagian besar tempat mengundi dan mengira undi adalah di sekolah, jadi rutin persekolahan tidak terganggu sewaktu cuti.
Namun maklumat terkini yang diperolehi melalui cakap-cakap wakil UMNO bahagian yang rapat dengan kepimpinan atasan UMNO bahawa pembubaran Parlimen akan berlaku pada 28 April 2012. Manakala tarikh Pilihanraya pula akan berlansung pada awal Jun 2012.
Jika diteliti daripada maklumat ini, kemungkinan tempoh berkempen bagi semua parti yang bertanding adalah lebih lama daripada biasa.
Faktor terpenting tentang tarikh sebenar Pilihanraya ini ialah waktu di mana parti pemerintah (BN) dijangka mampu menang. Tapi adakah jika PRU diadakan bulan Jun maka BN akan menang besar atau sekurang-kurang mereka terus berkuasa di Pusat?
Sama ada maklumat ini benar atau tidak, kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi pada tarikh yang dinyattakan.
-Mus (malaysiadaily)
Tuesday, April 17, 2012
28 April Parlimen Dibubarkan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tiada gunanya membuat ramalan seperti ini, bila Najib rasa masanya dah sesuai, beliau secara automatik akan membuat pengumuman, tunggu saja dan lihatlah.
ReplyDeleteAda banyak pihak yang berharap Tarikh PRU-13 dilewatkan seperti SPR yang meminta Najib melewatkan PRU-13 untuk membolehkan mereka mendapat masa yang mencukupi untuk membersihkan senarai nama pengundi.
ReplyDeleteSelain itu, rakyat Sabah dan Sarawak juga berharap PRU-13 akan diadakan selepas perayaan Kaamatan dan Gawai supaya ia tidak mengganggu perayaan mereka. Kita juga masih menunggu penubuhan RCI daripada PM.
ReplyDeletePilihanraya akan diadakan antara bulan Jun dan september tetapi bukan julai kerana bulan Ramadan dan hariraya.
ReplyDeleteramalan demi ramalan tapi 1 pun belum ada yang tepat.
ReplyDeleteBubar juga Parlimen bila tiba masanya
ReplyDeleteMasih ada tempoh hingga April tahun depan untuk melaksanakan pilihanraya. Yang penting sekarang semua sudah bersiap sedia.
ReplyDeleteBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pula berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.
ReplyDeleteMustahil. Tipu saja ramalan tu. Saja bagi saspen.
ReplyDeleteMasih banyak yang perlu kerajaan buat sebelum ambil keputusan untuk bubarkan parlimen.
ReplyDeletebiar la bah...yang pasti..tahun depan adalah tamat tempohnya sijil BN UMNO ini
ReplyDeletekita tunggu ja pengumuman dari PM.
ReplyDeleteMacam-macam sudah ramalan dibuat dan dilakukan oleh pelbagai pihak. Namun semua yang diramalan tidak tepat sama sekali.
ReplyDelete28 April pun sudah berlalu.. cukup2 la buat ramalan..
ReplyDelete