Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan, perlu ada asas yang kukuh sebelum menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja dalam isu dakwaan kononnya pemimpin pembangkang telah mempersendakan Raja-raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.
Penubuhan Suruhanjaya Diraja itu dicadangkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin.
Menurut Salahuddin lagi, perkara tersebut perlu mempunyai laporan lengkap sebelum sebarang cadangan dipersetujui oleh semua pihak.
“Kita mesti mendapatkan bukti yang jelas sekiranya hal tersebut benar-benar berlaku. Sebab itulah saya mempertikaikan perkara tersebut.
“Bagi saya, tiada dalam dasar Pakatan Rakyat (PR) untuk melakukan kebiadaban, mempersenda dan tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, sekiranya hal tersebut jelas dan benar, PR menyokong syor dan cadangan yang diusulkan bagi mengheret pemimpin yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.
Rabu lalu, beberapa ahli parlimen pembangkang didakwa mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sebagai satu pengajaran kepada generasi muda supaya menghormati institusi Raja-raja Melayu.
Ia juga sebagai pedoman kepada semua pihak supaya lebih tertib apabila berada dalam majlis rasmi kerajaan dengan mengetepikan emosi walaupun mempunyai fahaman politik yang berbeza.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya ini bagi memastikan dakwaan ini benar ataupun sebaliknya.
“Kalau kita siasat sendiri, mereka kata tidak adil. Tidak ada sebab mengapa suruhanjaya tidak boleh diadakan kalau itu dapat meyakinkan orang ramai bahawa institusi raja perlu dihormati,” katanya. -SH
Tuesday, April 17, 2012
Isu "Persenda Raja Melayu" Helah Tutup Isu Beri IC Warga Asing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dr Mahathir Mohamad - perogol sultan/raja2 melayu!!!
ReplyDeleteBaik siasat terlebih dahulu sama ada Pemimpin pembangkang betul-betul mempersendakan Raja-raja Melayu semasa Pertabalan Sultan sebelum ini. Dakwaan ini amat serius kerana dikira perkhianatan terhadap Raja dan Negara.
ReplyDeletePenubuhan sesuatu Suruhanjaya untuk menyiasat perkara ini adalah cadangan yang baik, harap isu ini akan dibuktikan kesahihannya.
ReplyDeletesekarang ni, semua isu pun menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja. bukan mudah untuk tubuhkan tu sedangkan RCI untuk isu PATI di Sabah yang sudah lama dituntut pun masih lagi belum dilaksanakan.
ReplyDeleteZaman dahulu mana-mana pihak mempersendakan raja-raja boleh dikenakan tindakan keras termasuk buang daerah.
ReplyDeleteJika kerajaan merasakan pemimpin pembangkang persenda Raja Melayu saya 100 peratus menyokong penubuhan siasatan di Raja, tetapi pastikan juga BN yang mempersendahkan kerakyatan Malaysia juga harus menubuhkan Siasatan di Raja. kerana rakyat dan Raja intipati pemerintahan Malaysia. Jika Raja dipersendahkan maka mereka harus diadili, jika rakyat dipersendahkan maka mereka juga diadili.
ReplyDeleteSiapa yang mengeluarkan perkataan "natang" kepada sultan kalau bukan UMNO!
ReplyDeletePuak Puak umno dan tali barut murahan umno (perkasa) dah tak ada modal... mainkan fitnah dan issue murahan...Raja Raja Melayu dan rakyat malaysia pun dah tahu pihak mana sebenarnya yg derhaka pada Raja2 Melayu... tak lain tak bukan... Mamak Mahathir umno baru dan Mat Jusuh "natang" bekas MB Terengganu... yg direstui oleh puak puak umno. Kepada MAMAK MAMAK yg berstatuskan melayu umno, jangan cuba memperbodohkan kami bangsa melayu dan Raja Raja kami. Lembu BETULAH puak puak MAMAK NI, PEMBELIT BETUL MEROSAKAN NAMA MELAYU JER...
ReplyDeleteJangan Percaya Dgn Fitnah geng Mamak Dalam FB! Dr Rahman Kadir..Adik Beradik Mamak Zambry Kadir!!Mamak Mendeliar Memang Suka Buat Fitnah!! Depa Guna Sumber Blog Bodoh! Mamak Ni Memang Penghasut Sejak Zaman Melayu Melaka!! Mamak Mendiliar SiKitul yg meruntuh Kota Melaka !!Korang Kena Dengar Nasihat Mamak Kutty Mahathir.. Beranilah MEBDERHAKA.. kah kah kah..Lihat lah Video ni.. Mamak Kutty Suruh Org Melayu Suruh Menderhaka.. kah kah
ReplyDeletereport polis, biar polis saja yang siasat
ReplyDeleteisu persenda Raja ini kena disiasat, jgn biarkan Raja2 kita dipersendakan.
ReplyDeleteYa, institusi raja perlu dihormati. Keselamatan rakyat pun perlu dijaga. Bila mahu ada RCI di Sabah?
ReplyDeletePemimpin2 yang ada sekarang perlu bersikap matang. Macam mana rakyat mahu harap pemimpin yang tidak profesional?
ReplyDeleteMemang sudah melakukannya baru menafikannya. Janganlah terlalu ikut perasaan yang mendatangkan keburukkan kepada diri sendiri.
ReplyDeletePembangkang juga bukanya baik sangat kerana mereka juga terdiri dari Manusia yang mana juga berpotensi untuk melakukan kesilapan.
ReplyDeletePembangkang juga bukanya baik sangat kerana mereka juga terdiri dari Manusia yang mana juga berpotensi untuk melakukan kesilapan.
ReplyDeleteApapun semua isu yang masih pending, harus diselesaikan dengan segera.
ReplyDelete