Tuesday, April 17, 2012

Ketua Penerangan Wanita UMNO Gagal berfungsi?

Radzi akan menghantar surat resmi untuk menjemput Hamidah berceramah di atas satu pentas dengannya dalam masa yang terdekat ini. Dan kita akan lihat sejauh mana keberanian seorang Ketua Penerangan Wanita Umno untuk berhujah dengan Ust Radzi Zainon.Anda percaya atau tidak? Bahawa Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat itu adalah seorang Ketua Penerangan Umno Malaysia. Susah nak percaya bukan?

Ramai orang tidak tahu sebab tidak ada apa pun peranannya yang menonjol sebagai seorang Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia!.

Hamidah dilihat, tidak pernah tampil untuk membela Shahrizat Jalil, Ketua wanita Umno yang terjebak dengan isu NFC. Pernahkah dia menyatakan sesuatu mengenainya? Dia sepatutnya kena keluar keliling satu Malaysia menjelaskan dan membela Shahrizat, ketuanya itu.

Hamidah terbukti telah gagal berperanan sebagai Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia. Pasal apa Wanita Umno masih mahu mengekalkannya dengan jawatan tersebut?

Ha! ha! saya tahu dan anda sekalian pun tahu.Tentu kita semua ingat kata-kata Mahathir , “Umno dah berpuluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS”

Kata-kata Mahathir tu ada kebenarannya. Bahawa yang masih ada di dalam Umno itu adalah yang biul-biul kesemuanya.Tidak ada seorang pun wanita Umno yang layak untuk menggantikan tempat Shahrizat apabila dia terpaksa letak jawatan Menteri Wanita itu.

Najib sendiri terpaksa pikul beban tugas tersebut! Ha! ha! Kesian Najib terpaksa pikul beban yang berat-berat. Siang dia pikul 3 Jawatan - PM, Menteri Kewangan dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Waktu malamnya lagi berat, dia terpaksa pikul anak badak tu...ha! ha! ha! semputlah kawan kita nih!

Sambung cerita Hamidah tadi...Yang peliknya, Hamidah ini terhegeh-hegeh buat ceramah dimana saja ada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Rapat ini. Hamidah sekadar berligar di kawasannya sahaja. Dia umpama anjing gila yang kerap berkeliling dalam rumahnya dan menyalak bingit mengganggu kejiranannya sahaja. Kesihan dia!

Ini menunjukkan keresahannya bakal berdepan dengan lawannya nanti iaitu Ust. Radzi Zainon seorang aktivis muda masyarakat yang sangat disenangi oleh masyarakat setempat. Ust. Radzi telah mencabar Hamidah untuk berceramah sekali dengannya diatas satu pentas tidak kira di mana saja.

Pada 19 April ini, Pakatan Rakyat akan mengadakan ceramah di Sungai Rokam, dia pun telah mengedarkan risalah memaklumkan ceramah yang akan dibuatnya pada masa yang sama.

Minggu lepas pun dia juga buat di Taman Song Choon dalam satu padang dengan Pakatan Rakyat. Kali ini berdepan dengan kami di Sungai Rokam, insya'Allah, dia akan kantoi lagi seperti mana yang sebelumnya pada 25 Mac yang lalu.

Lihatlah nanti kalau dia mahu meneruskan agenda jahatnya itu.Insya' Allah kami akan hadapinya dengan strategi kami untuk memalukannya kelak. “Daripada dia melalak pada setiap kali kita berceramah, kita jemput dia bersama kita sekali atas satu pentas kalau dia berani,” cabar Radzi yang getik melihat kelaku Hamidah yang tidak senonoh itu.

Sehingga kini, Hamidah tidak memberi respon kepada cabaran Radzi tersebut yang telah disiarkan di blog ini sedikit masa lalu. Mustahil Hamidah tidak tahu kerana barua-baruanya selalu memantau blog al-Husseyn dan Ajijoi.

Khabarnya kini, Radzi akan menghantar surat resmi untuk menjemput Hamidah berceramah di atas satu pentas dengannya dalam masa yang terdekat ini. Dan kita akan lihat sejauh mana keberanian seorang Ketua Penerangan Wanita Umno untuk berhujah dengan Ust Radzi Zainon.Tunggu seterusnya....

- al-husseyn

11 comments:
Write comments
  1. Apa salahnya jika Ketua Penerangan Wanita UMNO tidak mempertahankan Sharizat? Sememangnya Sharizat salah dalam kes NFC apa yang boleh dibela? Takkan nak minta Hamidah Osman membela seorang yang jelas melakukan kesilapan dalam perbuatannya?

    ReplyDelete
  2. Apakah tujuan Ust Radzi Zainon mengadakan ceramah ini dan mengapa mesti menjemput Hamidah berceramah di atas satu pentas dengannya? Apakah motif Radzi Zainon membuat demikian, hanya untuk menilai sama ada Hamidah berani menyahut cabaran sahaja kah?

    ReplyDelete
  3. Hamidah tidak memberi respon kepada cabaran Radzi kerana tak memberi manfaat pun.buat apa nak layan.

    ReplyDelete
  4. Radzi ni agak serupa dengan Anwar sebab asyik mencabar untuk berdebat saja.kalau benar Hamidah gagal menjalankan peranannya,rakyat tau juga nak buat apa lepas ni.

    ReplyDelete
  5. Tengok saja la apa tindakan seterusnya

    ReplyDelete
  6. UMNgOk sbg pemerintah negara - TOTAL FAILURE!!!

    ReplyDelete
  7. Wanita UMNO sekarang ni pun nak bercakaran sesama sendiri?

    ReplyDelete
  8. Individu yang banyak komplen itu mungkin ada hati mahu jawatan Hamidah.

    ReplyDelete
  9. isu2 mcm ni tak seharusnya ditimbulkan. tak perlu nak perbesarkan isu yg tak patut.

    ReplyDelete
  10. Setiap orang ada cara mereka sendiri. Jadi mengenai shahrizat tidak perlu dikaitkan dengna orang yang tidak membela nasih orang lain.

    ReplyDelete
  11. patutla Malaysia kekurangan doktor tempatan, rupanya semua sudah masuk PAS jadi ahli politik sepenuh masa..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.