Tuesday, April 17, 2012

Umno guna taktik PRU 2004 tawan Selangor

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno akan menggunakan taktik merampas Terengganu pada Pilihan Raya Umum 2004 untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Menurut Ahli Parlimen Marang ini dipetik Harakah Online, ketika PRU 2004, Terengganu tewas bukan atas faktor rakyat, sebaliknya Umno mengangkut masuk pengundi luar untuk mengundi di Terengganu.

“Di Terengganu, kita kalah dalam pilihan raya 2004 bukan kerana penolakan rakyat tetapi melalui pengundi yang diangkut masuk.

“Mereka akan ulang cara ini di Selangor dalam pilihan raya akan datang ini,” kata anggota Parlimen Marang itu memberikan amaran kepada petugas Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Ketika pilihan raya pada 1999, PAS telah memperolehi 28 dari 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri tersebut, namun ketika PRU 2004, parti Islam itu hanya berjaya mengekalkan empat daripada keseluruhan kerusi berkenaan.

Jelas Hadi (gambar), “postmortem” yang dibuat PAS selepas pilihan raya umum 2004 mendapati beberapa kawasan di Terengganu berlakunya peningkatan sehingga 2 peratus undi kepada PAS.

Terdapat juga di sesetengah kawasan penurunan undi untuk PAS sehingga 2 peratus.

“Tetapi di negeri Kelantan, ada kawasan yang menurun undi PAS sehingga 6 peratus. Tetapi apa yang berlaku, kerajaan PAS di Terengganu jatuh tetapi kita bertahan di Kelantan,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi Parlimen Kemaman, turut berlaku pertambahan undi berlipat kali ganda yang di luar dari kadar kelahiran manusia di kawasan itu.

“Dianggarkan pertambahan pengundi di Kemaman adalah 17,000 pengundi baru (berbanding pilihan raya 1999).

“Kawasan lain pun ada juga fenomena yang sama,” kata beliau dalam wawancara khas itu.

Jelasnya lagi, jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menggunakan jentera kerajaan untuk menghadapi pilihan raya.

“Mereka kuat dengan jentera kerajaan. Sepatutnya tak berlaku macam itu kerana masa pilihan raya, ia hanya caretaker government (kerajaan sementara),” tegasnya.

BN juga, jelasnya, menggunakan 100 peratus media yang ada dan menghalang parti lawan mereka menggunakan media sama yang bukannya milik BN.

“Saya yakin, jika pilihan raya akan datang ini berjalan dengan bersih, kita akan tawan semula Terengganu,” tambahnya lagi.

-TMI

14 comments:
Write comments
  1. sabah mcmana pula? warganegara palsu lebih ramai drpd original!!!

    ReplyDelete
  2. Saya rasa Kelantan bakal dirampas oleh BN pada PRU-13 disebabkan kegagalan kerajaan PAS untuk mempertahankan hak rakyat Kelantan mengenai isu Tanah.

    ReplyDelete
  3. Rakyat Kelantan juga marah kerana Kerajaan PAS sampai sekarang pun masih belum melaksanakan Perjanjian 22 Perkara terhadap rakyat mereka. Cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana pula dengan tanah NCR di Sabah? Sabah gagal mempertahankan tanah NCR di Sabah jadi maknanya pembangkang akan merampas Sabah pada PRU13 diatas kegagalan BN mempertahan tanah NCR bukan begitu? Ok kalau macam itu kita talqinkan UMNO dan BN pada PRU13.

    ReplyDelete
  5. Apa-apapun boleh berlaku pada PRU nanti. Namun, yang diharapkan ialah biarlah kemenangan yang diperolehi samada oleh pihak pembangkang mahupun kerajaan pada PRU nanti adalah secara neutral dan bukannya melalui taktik2 kotor.

    ReplyDelete
  6. CM Datuk Musa Aman said the Government is going all out to resolve issues such as illegal immigrants, NCR land, poverty and balanced development

    ReplyDelete
  7. Let best party wins la...

    ReplyDelete
  8. PAS ni..kalau memang rakyat memilih BN, apa macam?

    ReplyDelete
  9. inilah pembangkang, asal kalah, tuduh BN guna taktik kotor.

    ReplyDelete
  10. Mulalah PAS mereka-reka cerita untuk menyenangkan hati dan cuba memburukkan kerajaan. Sudah kalah itu kalahlah..terima saja kenyataan dan tidak perlu mengatakan UMNO membawa orang luar masuk dan melakukan undi hantu.

    ReplyDelete
  11. Hadi ada bukti ka?? jangan main cakap saja.. mulut si Hadi ni mana boleh percaya.. bila kalah pilihanraya di Sarawak, dihinanya penduduk asli Sarawak konon masih pakai cawat.. konon yang undi PAS saja yang pakai molek.. pehh..

    ReplyDelete
  12. pakatan pun apa kurangnya.. pada tahun 2007, mereka guna perhimpunan Bersih untuk merampas empat buah negeri pada PRU12.. kini mereka guna pula perhimpunan Bersih3.0 untuk merampas Puterajaya pada PRU13..

    ReplyDelete
  13. TAWARAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN PRU 13


    Kerajaan Wahyu Ilahi mempelawa mana-mana rakyat yang berminat untuk mengisi jawatan seperti yang tertera di atas: antaranya,
    a. Boleh berkomunikasi dengan tuhan (menentu tempat bertanding).
    b. Bijak memutar belit firman Allah. (ingat- tuhan pun mencarut-marut)
    c. Boleh memanggil malaikat (itu sb PAS sts menang di Kelantan wp org susah mengeluh).
    d. Boleh berkawan dengan syaitan, asal dendam kesumat tercapai.
    e. Sentiasa sanggup `berzina` dangan kuffar harbi DAP dan `diliwat` pelbagai cara oleh PKR (PR dan sts enggan bermuzakarah dengan UMNO).
    f. Tak perlu bersekolah Tahun Satu pun di Malaysia. Memadai di Pakistan, India @ Lughatul Arabiah shj. Tak perlu belajar sains @ matematik.
    g. Tak perlu lulus SPM dan lulus ujian lisan BM diperingkat SPM.
    h. Pandai bangangkan pengundi Kelantan dengan ancaman pahala dan dosa!
    i. Bijak memundurkan Kelantan (cth - ajak rakyat fokus subsidi minyak..wp jambatan `meme` sentiaso dibakar).nak memajukan negeri hanya memerlukan ihsan org lain& air liur sj.
    j. Pandai memujuk & memanggil pejuang2 di Selatan Thailand yang memiliki 2 kerakyatan turun mengundi setiap kali PRU di Kelantan atas nama fisabilillah.
    k. Mempunyai pelbagai teknik & mengajak rakyat Kelantan sentiasa anti UMNO.
    l. Gedebe/ riak; putar belit; hasad; pengecewa; bodoh sombong; hati sentiasa busuk; pendendam, bangang matematik tambahan.. amat dialu2kan.
    m. Pandai tunjuk sentiasa beribadat/ rapat dengan tuhan pada rakyat Kelantan.
    n. Sentiasa menang cakap ( mace Pertandinge Dikir Barat).
    o. Pandai berceramah& berjanji .. berjanji..berjanji.. kemudian buat2 lupa aje..pandai tuding adalah satu kemestian!
    p. Sokong kewujudan Israel, LGBT, Irshad Manji, secara putar belit.
    q. Pandai beralasan dengan tuhan demi merealisasi impian @ dendam.


    Syarat2 lain:
    a. Buta, pekak, bisu, tuli pun tidak mengapa kerana ahli dan muslimah2 PAS (yang dimental block dgn syurga) tetap akan bersama anda!
    b. Sanggup tunjuk `semaye` di rumput depan rakyat Kelantan atau di luar Kelantan.
    c. Pandai memenangi redha pengundi dari redha Illahi.
    d. Pandai perasankan diri bahawa perjuangan Islam hanya berjaya dibawa oleh PAS! Hanya PAS sahaja akan masuk syurga. Negara2 lain yang tiada parti PAS - gagal dapat pahala & masuk syurga.


    Benefit :
    1. Disayangi rakyat Kelantan.
    2. Tak akan ditegur terutama oleh institusi lebih tinggi dari politik seperti Kehakiman, Raja2, mahupun golongan ulama.
    3. Dapat keahlian seumur hidup sebagai jemaah si pening lalat yang mental block.
    4. Pencen yang amat lumayan ( 1 term, dpt pencen RM3000, 5 term? 5 term sbg ADUN lagi?).
    5. Berjaya mundurkan negeri Kelantan. Tuding jari aje pada orang lain! (Tak caye? Moh kita tengok Klate lerr nih!!!? 2012 Bandingkan air/ jalan raya sahaja dgn Teganu/ Johor/ Melaka.. )
    6. Org yg jahat - keluar dari Klate! .. Yg miskin dan hina - Cari kerja dengan Kerajaan Pusat dan bawa masalah di negeri lain! ... Yg gedebe dok terus di Klate!! .. Balik undi PAS untuk tunjuk baik & masuk Syurga bersama tok guru sekeluarga/ se kroninya.
    7. BN buat, terima/ pegang jwtn – disumpah!! tapi jika anak2, menantu, sedare, kroni pegang jwtn cpt2 hukumkan ia adalah harus dan fardu kifayah!
    8. Kerajaan Pusat takut tangkap pejuang PAS, kerana setiap org yg berpolitik adalah sts betul (amat dipuja oleh penyokong2).

    * kena pegang jawatan ini sampai mati! Biarkan negeri Kelantan keseluruhannya sentiasa ketinggalan akibat membuat keputusan yang amat tepat ini. Gedebe2 & muslimah ini terlebih pandai wp hampir semuanya makan gaji dengan kerajaan pusat! Tak boleh ditegur..cepat melenting! Alahh, biarkan.. biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!!

    ReplyDelete
  14. Prestasi Kewangan Negeri Sabah Kekal Cemerlang

    Selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri Sabah sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

    Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Khazanah itu termasuklah bahan mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan budaya yang merupakan asas atau tulang belakang terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini. Dengan mengambilkira kekayaan berkenaan serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.