PKR bersedia melepaskan beberapa kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Parti Maju Sabah (Sapp) bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).
"Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Sapp.
"Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan tokoh-tokoh yang dimaksudkan kerana masih dalam proses perundingan.
Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali membuat kenyataan yang dilihat "agak sombong" mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.
Selain PKR, Pakatan Rakyat (PR) turut dianggotai oleh Pas dan DAP.
"Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian.
"Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan," katanya.
Ketika ditanya sama ada PR mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: "Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding.”
“Apabila tiba masanya, mereka sendiri (PR dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya."
Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTPN) jika PR memerintah, Anwar berkata, beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan. – Bernama
Wednesday, April 18, 2012
Menanti sikap berlapang dada SAPP-Star
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Seems like STAR and SAPP will have another battle to go.
ReplyDeleteParti pembangkang saling bertikaman.
ReplyDeleteWalaupun PKR sanggup memberi laluan kepada SAPP, tetapi adakah SAPP sanggup memberi peluang kepada parti yang lebih berpeluang untuk bertanding satu ke satu?
ReplyDeleteJika SAPP dan STAR bertegas untuk bertanding pada PRU-13, keputusan juga masih sama disebabkan undian masih terpisah. Terpulanglah kepada SAPP sama ada mereka berlapang dada ataupun tidak.
ReplyDeleteJeffry sepatutnya jangan terlalu ego bertanding 60 kerusi DUN. Kalau benar ingin melihat BN tumbang di Sabah, Jeffry harus berkompromi dengan SAPP.
ReplyDeleteVery funny.
ReplyDeleteUsaha STAR untuk menyelesaikan masalah memang sukar.
ReplyDeleteFrom my point of view, SAPP is trying to knock SAPP down. But I don't think there will be enough seats.
ReplyDeleteMinta maaf saja Jeffery patut sedar pengundi Sabah bukan lagi macam 30 tahun yang lalu, maksudnya sudah ramai pengundi baru yang pasti memenangkan BN. Apalah misi Jeffery mahukan Star bertanding di 60 kawasan DUN, tidak keterlaluan untuk mengatakan disini yang parti STAR tetap kalah semua, ertinya dapat TELUR LAH.
ReplyDeletenampaknya SAPP akan jadi musuh politik Star..
ReplyDeletemungkin tidak akan ada kerjasama antara SAPP dan Star/UBA disebabkan kini PKR telah membentuk kerjasama dengan SAPP...w/pun PKR cakap sedang menjalankan proses rundingan dengan beberapa pemimpin lain, namun rasanya Star tidak akan bersekongkol dengan PKR..
ReplyDeleteSAPP sebelum ini telah menyatakan kemahuan mereka untuk bertanding sekurang2nya 40 kerusi DUN dan tidak boleh kompromi...dan bagi SAPP perkara ini tidak mungkin akan terjadi jika bekerjasama dengan Star/UBA..sebab YTL ingin menjadi KM sabah..
ReplyDeletekemungkinan pertandingan lebih dari 2 penjuru akan berlaku di kebanyakkan kerusi DUN dan parlimen sabah...
ReplyDeletedan ini bermakna undi pembangkang akan pecah dan memberikan kelebihan kepada BN sabah..kemungkinan besar BN sabah akan menang pada pilihanraya nanti.
ReplyDeleteIkhlaskah PKR ni mahu lepaskan kerusi yang pernah ditandinginya atau ada niat di sebaliknya?
ReplyDeleteJika PR,SAPP,STAR bekerjasama ada kemungkinan juga mereka boleh berjaya tapi agak mustahil semua boleh bertolak ansur antara satu sama lain. Lagipun masing2 mempunyai matlamat dan kepentingan.
ReplyDeleteBetul ka PKR begitu baik hati? tu cuma muslihat Anwar saja.Gimik politik semata-mata.
ReplyDeletekerusi ADUN bagi sama rata antara STAR/UBF/USNO dan SAPP manakala kerusi MP biarlah bagi PR barulah dinamakan tolak ansur kalau tidak ada tolak ansur dikalangan parti pembangkang kali ini maka sudah pasti akan ditolak hancurlah jawapannya...
ReplyDeleteBuktikan dulu yang pembangkang dapat satu hati. Setakat cakap2, siapa2 pun bolehlah.
ReplyDeleteMisi dan visi yang berbeza membuatkan parti pembangkang masih di persimpangan dilema. Perjuangan mereka ini entah ikhlas ka tidak. Sepatutnya boleh tolak tepi kepentingan politik individu. Nasib rakyat yang patut diperjuangkan.
ReplyDeleteBagus kamurg pembangkang2 sabah berkompromi la..klu xlupakn saja, grenti BN akan menang besar PRU13 sekali sekiranya masing2 basar kepala...
ReplyDeletekalau star mahu brtanding semua kerusi jadi pertandingan pasti lebih dari dua penjuru.
ReplyDeletesehingga kini masih belum ada kesepakatan muktamad kalangan parti pembangkang di Sabah.
ReplyDeletejika keadaan berterusan mungkin persaingan tiga atau empat penjuru akan berlaku pada pru nanti.
ReplyDeletePKR ja setuju, tapi parti2 pembangkang lain belum tentu setuju.
ReplyDeleteBaguslah ada toleransi antara mereka.
ReplyDeletePastikan tidak ada persengketaan yang berlaku dan bertandinglah dengan bersih.
ReplyDeleteKerajaan harus memberi yang terbaik jika ingin kekalkan kedudukan.
ReplyDeleteIni kerana PKR sebenarnya terpaksa. PKR tahu yang mana STAR dan SAPP tidak akan berganjak dari kerusi yang mereka ingin tandingi. Maka PKR terpaksa mengalah kerana takut tidak akan dapat bertanding 1 lawan 1 pada PRU13 nanti.
ReplyDeletesepatutnya PKR sudah memberikan laluan kepada SAPP ketika PRK Batu Sapi.. sedangkan PRK pun dia tidak mampu bekerjasama, inikan pula PRU??
ReplyDeletekalaupun PKR boleh bekerjasama dan mengadakan kesepakatan dengan SAPP, belum tentu lagi bagi pihak DAP dan PAS..
ReplyDelete