Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu.
Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu.
Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan.
"Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN.
"Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Dr. Rahman melalui akaun Facebook mendakwa Azmin, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khaled terlibat dalam kejadian pada pagi hari Rabu itu.
Berikutan itu, Utusan Malaysia yang memuatkan berita tersebut di muka depan dua hari kemudian mengundang reaksi pelbagai pihak, antaranya mahu tindakan tegas diambil ke atas individu terlibat serta mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuh bagi menyiasat insiden berkenaan.
Sementara itu, Tian Chua menolak hasrat pihak tertentu berhubung penubuhan Suruhanjaya Diraja kerana mendakwa Dr Rahman tidak mempunyai bukti kukuh atau saksi berkaitan kejadian tersebut.
"Bagaimana apabila seorang tuduh, tidak ada saksi, tidak ada `substance' dalam tuduhan mereka dan tiba-tiba nak buat Suruhanjaya Diraja, buat apa?" katanya, yang bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita itu tanpa memeriksa kesahihannya.
Khaled pula mendakwa Dr Rahman mempunyai imaginasi tinggi apabila berupaya "membayangkan" perbualan anggota Parlimen pembangkang di majlis itu kerana kedudukan dalam Balairong Seri tidak membolehkan sebarang individu biasa mendengar butiran perbualan.
"... atau mungkin juga Dr Rahman ini terkeliru kerana sebelum Raja-raja Melayu dan pembesar negara masuk ke Balairong Seri, anggota Parlimen pembangkang yang telah menunggu selama dua jam ada berbual mengenai perkara lain," katanya. -SH
Tuesday, April 17, 2012
Isu Persenda Raja Fitnah Karut?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Karut ataupun tidak hanya akan dibukti selepas isu ini disiasat secara mendalam, harap-harap dengan RCI.
ReplyDeleteMempersendakan Raja-Raja adalah kesalahan yang serius dan boleh dikatakan sebagai khianat terhadap Raja dan Negara.
ReplyDeletePakatan dikatakan mempersendakan Raja-raja salah tapi kalau UMNO kata kami mahu Idris Jusoh natang kepada sultan ok pula. Tidak salah pula. Inilah undang-undang 2Malaysia namanya satu undang-undang untuk Pakatan dan satu untuk UMNO. Hairan!Hairan!
ReplyDeleteaku tgok live kat tv dari mula smpi akhir ..tak npk pun MP PR persenda YDP Agong..yang terlelap, tido tu ada la..bule ke kita dgr kata dia seorg tanpa ada saksi lain yg tampil .
ReplyDeleteMacam mana perkara (baca fitnah) ini boleh berlaku. Asas dan punca sukar dimamah oleh akal yang sihat dan rasional. Kenapa segelap itu hati rakyat yg bernama UMNO ini.
ReplyDeleteHukuman mereka yang mempersendakan raja pada masa lalu ialah dibuang negeri.bagaimana pula dengan sekarang?
ReplyDeleteHukauman sekarang pun sama tetapi untuk orang pembangkang saja kalau orang UMNO kutuk raja seribu kali termasuk memaki dengan mengeluarkan perkataan "natang", buang kekebelan raja-raja ok tidak salah. UMNO kebal undang-undang kerana orang UMNO semua malaikat.
ReplyDeletekalau tiada angin macam mana daun2 boleh goyang
ReplyDeletedr send me girl aka dr in the toilet bukan setakat persenda malahan, merogol sultan/raja2 melayu. UMNgOk memang ada imuniti utk buat apa pun bah kan???
ReplyDeleteWah, kaalau isu ini dapat RCI terus..RCI untuk di Sabah apa macam??
ReplyDeletePara pemimpin seharusnya bersikap matang dan profesional.
ReplyDeletehal ini kena disiasat, jgn biarkan raja2 kita dipersendah.
ReplyDeleteJangan jadi budak-budak lagilah untuk pembangkang.
ReplyDeletejangan banyak cakap.. ambil saja tindakan undang2 jika benar tidak bersalah..
ReplyDelete