Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Harun Salim Bachik akan memanggil semua ahli jawatankuasa persatuan itu dalam masa terdekat bagi memulihkan kemelut yang timbul terhadap persatuan berkenaan.
Harun berkata, sebagai Presiden dia bertanggungjawab untuk membetulkan segala kekeliruan dan persepsi negatif umum ekoran beberapa isu dan perkara yang diketengahkan oleh Timbalan Presiden Zed Zaidi sebelum ini.
“Pelbagai isu yang ditimbulkan menerusi nama Seniman perlu diperhalusi dan dibincangkan di kalangan ahli jawatankuasa dalam masa terdekat. Insya-Allah, dalam bulan ini juga, saya akan adakan mesyuarat untuk menyelesaikan beberapa isu dan kekeliruan yang timbul.
“Saya akui persatuan ada melakukan beberapa kesilapan dan bersikap gelojoh dalam mengetengahkan beberapa isu kerana ia berlaku tanpa perbincangan menyeluruh semua ahli.
“Sebagai Presiden, saya harus bertanggungjawab untuk membetulkan semula kesilapan yang timbul,” katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.
Terbaru, persatuan itu sekali lagi terpalit dengan imej negatif apabila Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan aktor Aaron Aziz pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, selain pembentangan usul penggunaan cermin gelap bagi kenderaan artis yang dilihat tidak munasabah.
Ditanya adakah dia bersikap lepas tangan atau diketepikan daripada perbincangan sehingga timbulnya isu-isu tersebut, Harun berkata dia enggan menuding jaring kepada mana-mana pihak tetapi akan memperbaikinya secara perbincangan.
“Saya akui agak sibuk dengan komitmen seni kerana ia adalah periuk nasi saya. Itu tidak bermakna saya lepas tangan atau tidak dimaklumkan sebelum sesuatu isu atau kenyataan dikeluarkan.
“Saya mencari waktu terbaik untuk mengumpulkan semua ahli jawatankuasa bagi mengadakan perbincangan,” katanya.
Harun dilantik sebagai Presiden Seniman pada Disember 2010 untuk tempoh tiga tahun turut berdepan pelbagai tuduhan termasuk menyeleweng wang persatuan sehingga didakwa mahu meletakkan jawatan sebelum ini.
Tempoh perkhidmatannya bakal berakhir pada pertengahan 2013.
-Mstar
Tuesday, April 17, 2012
Seniman Gelojoh, Harun Panggil AJK Pulih Imej
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mungkin Seniman tidak sepatutnya terlibat dalam politik, dahlah sibuk dengan kejayaan seni.
ReplyDeleteSerahkan politik kepada mereka yang menumpukan dalam kejayaan politik sepenuh masa supaya mereka mampu memberikan komitment penuh terhadap negeri dan rakyat.
ReplyDeleteBaguslah jika tindakan yang diambil ialah penyelesaian melalui perbincangan dan bukannya menuding jari kepada mana2 pihak.
ReplyDeleteArtis pun macam political la pula
ReplyDeleteZed Zaidi over..jealous sama Abang Long~ Hahaha
ReplyDeleteWah, artis demand mahu tinted cermin yang lebih gelap?? Banyak ke paparazzi di negara ni?
ReplyDeleteSetiap masalah pasti ada penyelesaian yang terbaik.
ReplyDeleteSudahlah artis kita banyak yang tidak dapat menembusi pasaran antarabangsa, kita hendak mengagungkan lagi artis dari luar.
ReplyDeleteTapi apa yang dikatakan oleh zed zaidi ada benarnya juga.
ReplyDeleteLuahan rasa tidak puas hati. Pastikan isu ini tidak menimbulkan isu yang lebih besar.
ReplyDelete