Tuesday, April 17, 2012

Tahanan ISA mungkin dibicarakan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan menerokai kemungkinan memberikan perbicaraan adil kepada pihak yang ditahan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA).

NONEKatanya, beliau sendiri akan meneliti semula fail kes bagi menentukan sama ada mereka boleh dibicarakan di mahkamah secepat mungkin.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Hishammuddin berkata, tahanan ISA mesti dilihat semula berdasarkan semangat pemansuhannya.

Menurut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), kira-kira 50 orang masih ditahan bawah ISA.

-MK

15 comments:
Write comments
  1. isu ini la yg rakyat persoalkan selama ini - peluang utk tertuduh mempertahankan diri. baru bangun ka kerismudin? apa penjelasan kau kpd dr jeffrey kitingan? ada bukti beliau ada rancangan membawa sabah keluar dr malaysia?

    ReplyDelete
  2. ISA ini perlulah dikaji semula dan perbaharui supaya hak rakyat dipertahankan. Pastikan tiada sesiapa lagi yang ditahan tanpa bicara.

    ReplyDelete
  3. ISA ini ditubuhkan untuk menjaga keselamatan dan sekuriti negara dan memastikan tiada perbuatan komunis dalam negara.

    ReplyDelete
  4. Eh tak der hal lah. Hari nie MANSUH, besok gantikan dengan AKTA baru, lusa pulak cakap KENA BICARA balik ISA nie. Bulan depan pulak, AKTA baru pulak MANSUH, tak per tak per... Malaysia nie BN yang punya. Buat jer suka hati... jangan risau.. RAKYAT memang suka PEMIMPIN2 mcm nie...

    Emm... kita tunggu jer lah 28hb nie.

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke13!!!

    ReplyDelete
  5. Setelah lebih 51 tahun baru ISA ni mahu dimansuhkan.

    ReplyDelete
  6. Di dalam undang-undang baru yang bakal menggantikan ISA dan akta-akta berkaitan itu perlu juga menghalusi aspek-aspek proses penyiasatan (investigative process). Pihak polis perlu mempunyai standard operating procedure (’SOP’) yang jelas, terbuka, transparen, objektif, bersifat mesra pelanggan, boleh diperiksa oleh Mahkamah, tidak memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa, serta mematuhi kehendak hak-hak asasi manusia.

    ReplyDelete
  7. Pastikan mereka dibicara seadilnya

    ReplyDelete
  8. Hormati hak asasi manusia dan orang ramai pun tidak akan bising atau pertikaikan pendekatan yang kerajaan ambil.

    ReplyDelete
  9. Akta untuk ganti ISA perlu lebih relevan tapi masih melindungi keselamatan negara.

    ReplyDelete
  10. semua tahanan kena dibicarakan dgn adil. itu hak mereka.

    ReplyDelete
  11. Ini adalah tindakan yang terbaik pernah dilakukan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  12. Pastikan tidak ada kesan negetif yang teruk atas keputusan yang dilakukan ini.

    ReplyDelete
  13. Jauhi diri anda dari menjadi salah satu tahanan ISA.

    ReplyDelete
  14. Cari apa yang perlu kepada tahan ISA tersebut. Yang pasti berikan keadilan dalam perbicaraan yang ingin dilakukkan,.

    ReplyDelete
  15. jadi lepas ni tidak ada lagi isu tahanan tanpa bicara.. saya harap ianya benar2 dilaksanakan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.