Ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor mencabar BN supaya menyerahkan pentadbiran negara kepada Pakatan Rakyat sekiranya tidak mampu mengurus pendidikan tinggi percuma tanpa pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Katanya Pakatan telah menawarkan formula bahawa hutang PTPTN itu boleh dihapuskan tanpa menjadikan negara muflis dan tanpa membebankan syarikat berkaitan kerajaan.
"Jika BN gagal menyaingi tawaran Pakatan, Pemuda PAS menyarankan supaya BN mengaku kalah serta serahkan sahaja pemerintahan negara ini kepada Pakatan," katanya.
Riduan juga mendakwa, Pemuda Umno gagal memenuhi hasrat anak muda berdasarkan resolusi yang dirumuskan dalam perbincangan meja bulat anjuran pergerakan itu minggu lalu.
Katanya, resolusi berkenaan tidak mampu menyelesaikan permasalahan graduan universiti yang menanggung pelbagai beban hidup ekoran kos pengajian serta hutang dengan PTPTN.
"Pemuda Umno gagal mencari suatu formula bagaimana PTPTN dapat dihapuskan dengan tidak menjejaskan negara.
"Kerana itulah mereka hanya berani mengemukakan cadangan menghapuskan faedah pinjaman, bukan menghapuskan sepenuhnya PTPTN," katanya.
Tambahnya, resolusi itu juga mungkin ditemui kerana "desakan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13" bagi menghadapi tuntutan Pakatan untuk menghapuskan hutang berkenaan.
"Jika tidak, usah bermimpi Pemuda Umno berusaha untuk mencari jalan membincangkan isu PTPTN," katanya.
Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin telahpun menyahut cabaran pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk berdebat pada 5 Mei berdasarkan pendirian dan juga hasil perbincangan masing-masing bersama pihak berkepentingan, Rabu lalu.
Resolusi rundingan Pemuda Umno antara lainnya menggariskan supaya tindakan penyenaraian hitam dan bayaran perkhidmatan satu peratus ke atas peminjam dimansuhkan.
Ia turut menuntut supaya bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi enam bulan atau telah mempunyai pendapatan RM3,000 ke atas, bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.
Pakatan Rakyat pula melalui pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli membentangkan rancangan untuk menghapuskan langsung pinjaman melalui PTPTN denganmembuat pelaburan tetap hasil minyak yang dikawal Petronas sebanyak RM2 bilion setahun.
Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, jika perkara itu dapat dilakukan, pinjaman sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.
Menurut Rafizi, pelaburan RM2 bilion setahun daripada hasil minyak tidak besar kerana sejak penubuhannya, Petronas membelanjakan RM431 bilion kepada kerajaan, yang sebahagian besar hasilnya selama ini disumbangkan ke bidang lain.
-MK
PR menyatakan bahawa kos pengajian tinggi secara percuma boleh dilaksanakan jika pembaziran/penyelewengan dana negara dpt dihapuskan spt IPP [2 kali menuai], tajuddin ramli, perimekar sdn bhd, NFC [sekadar menyebut sebahagian]. UMNgOk/BN mana la setuju melepaskan peluang 'merompak secara halal' dana negara...
ReplyDeletePAS menyerus BN menyerah pentadbiran kepada PR, jika PR berkemampuan, bertandinglah bila PRU-13 untuk merampas kuasa daripada BN. Bukan minta serahkan seperti pengganas.
ReplyDeleteIsu PTPTN masih di bawah perbincangan. Pada bulan depan Mei 5, Khairy dan Rafizi akan mengadakan satu pendebatan mengenai isu itu. Kita akan tunggu pendebatan tersebut dan lihat apa yang dibangkitkan nanti.
ReplyDeletePembangkanglah yang patut mengaku kalah. tuntutan mereka hanya menjadikan negara bankrap. memang tidak realistik.
ReplyDeleteNegara bangkap kerana kerajaan lupuskan wang berjuta-juta ringgit kepada Kroni lah.
ReplyDeleteSiswah diperalatkan parti pembangkang.
ReplyDeletePRU13 akan menjadi penentu, parti mana yang akan jadi pemerintah
ReplyDeletejgnlah terpedaya dgn kata2 dan propaganda pembangkang.
ReplyDeleteKuda-kuda politik masih berdemo? Exam tidak lama lagi. Pergi kuliah la!
ReplyDeleteMacam mana mahu jadi pemimpin masa akan datang jika tidak dapat bezakan yang rasional dan emosional?
ReplyDeleteNampaknya masalah PTPTN ini mendatangkan kekecohan kepada kita. Harap kerajaan akan menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin.
ReplyDeletePTPTN harus diteruskan kerana masih ramai yang tidak mempunyai wang untuk menampung kos pembelajaran.
ReplyDeleteTapi jika dimansuhkan harus ada pelan B untuk menampung perbelanjaan pendidikan.
ReplyDelete