Selepas menabur pelbagai habuan kepada rakyat menerusi Bajet 2013, kerajaan Umno BN kemudian menarik semula wang rakyat melalui kenaikan tarif elektrik.
Ini berikutan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan dapat dielakkan, tetapi enggan menjelaskan masa dan jumlah kenaikan tersebut.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, kenaikan tersebut memang telah diduga, malah banyak lagi barangan keperluan lain termasuk cukai dan perkhidmatan dijangka mengalami kenaikan.
“Kita memang sudah agak, bajet yang dibentang minggu lalu bohong saja, hanya untuk mengaburi mata rakyat. Konon nak bagi itu ini (kepada rakyat), tapi nanti dalam diam (kerajaan) akan naikkan pelbagai harga barang dan perkhidmatan lagi,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Azan menjangkakan tarif perkhidmatan pangggilan telefon dan sistem jalur lebar juga akan meningkat selepas ini.
“Jika dulu satu minit panggilan dikenakan caj 10 sen, lepas ini mungkin 15 hingga 20 sen. Begitu juga jalur lebar untuk internet,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu lagi.
Menurut Azan, kira-kira dua minggu sebelum persidangan Parlimen, beliau mendapat maklumat dari pegawai kastam dan kerajaan bahawa ada arahan agar taklimat diberi kepada peniaga untuk menaikkan cukai perkhidmatan.
“Caj perkhidmatan juga akan dinaikkan dalam diam, kerana saya tahu sudah ada taklimat oleh pegawai kerajaan agar peniaga mengubah sistem perkiraan caj dan hasil kutipan caj itu akan diserah kepada kerajaan,” katanya.
“Kerajaan sekarang seperti doktor gigi, asyik beri pelali (habuan) hingga rakyat tidak sedar, tiba-tiba saja semua gigi sudah tiada (rongak),” kata beliau sinis.
Perdana Menteri semasa membentangkan Bajet BN 2013 Jumaat lalu, mengumumkan penarikan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikannya RM2.50.
Ketika menghulur rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar, kerajaan juga turut merembat kembali wang rakyat melalui sistem kesalahan trafik Automated Enforcement System (AES).
Sistem itu menetapkan kadar saman tinggi dengan kompaun serta merta antara RM300 hingga RM2,000. -KD
Wednesday, October 3, 2012
BN Bohong, Lepas Beri Habuan Tarif Elektrik Dinaikkan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jangan kita gembira dgn habuan bajet RM500/250 ianya sekejap sja.. sedangkan Barang Naik,segala caj Naik bukannya menolong rakyat tapi akan membuat rakyat lebih menderita..Gula2 BN nikmat tapi pedas dirasa.. BN-Bini Najib mau guna peruntukan beli beg,jam, cincin, rantai, hotel mewah dgn peruntukan berjuta2 ringgit itu sebabnya caj naik, subsidi kurang untuk menampung nafsu rakus org BN. fikir2kan lah..
ReplyDeleteTarif elektrik tidak wajar dinaikkan kalau kualiti perkhidmatan tidak memuaskan.
ReplyDeleteRakyat jangan terlalu mengharapkan penurunan harga dalam setiap barangan dan perkhidmatan. kerajaan kadang2 naikkan untuk menyeimbangkan wang keluar juga.
ReplyDeletestatus gangguan tenaga elektrik di ranau adalah 3/7 n kini tariff dinaikkan lagi...mungkin ini la yg dorg bilang "JANJI DITEPATI"!!!
ReplyDeletePerkidmatan SESB perlu ditingkatkan, kualiti pun perlu ditingkatkan.
ReplyDeletePembangkang jangan asyik mencari salah kerajaan untuk mendapat undi.
ReplyDeleteNampaknya kita sepert judul lagu....Tipah Tertipu Lagi... nasib badan hoi ...apa nak buat... cuma yg boleh kita lakukan ialah tumbangkan rejim BN/UMNO pada PRU 13 nanti..kasihan pada mak saudara-saudara aku yg tinggal di kampung asyik semua nak kena naik jee....
ReplyDeletejanji rakyat kebulur ...ada dia kisah ..
ReplyDeleteKenaikan tak dapat di elakkan....kita pun boleh cakap tukar kerajaan tak dapat di elakan...macam boleh kah?
ReplyDeleteRakyat didahulukan... Pendapatan Kroni diutamakan.. Hahahah.. HADIAH PERTAMA BUAT RAKYAT SELEPAS PERBENTANGAN BELANJAWAN 2013.. TAHNIAH BUAT RAKYAT MALAYSIA..
ReplyDelete**amek ko..
Ini baru kenaikan tarif elektrik belum lagi cukai GST selepas PRU13 seperti yang Najib janjikan. Alahai ada juga rakyat Malaysia yang bodoh masih menyokong BN penipu.
ReplyDeleteanoymous october 3,2013 11.36 AM
ReplyDeleteKO NI BUTA KAYU PECACAI NAJIS KA!! barang naik? ubah gaya hidup lo... gula naik kurangkan gula lo~ electrik naik kurangkan aircon lo.. nak kata beralih ke teknogi hijau.. tapi Lynas & kilang nuklear nak bina!!! nanti radioactive dtg pulak alasan, semua rakyat duduk kat rumah jangan keluar lo~ sebab radioactive!!! BODOH punya Kerajaan!! TUKAR kerajaan!!
Mengalakan rakyat menjimatkan tenaga?beralih kepada teknologi hijau?Ini dalih dan penipuan terancang dari kerajaan Umno.Sedar lah pak menteri Umno bahawa rakyat kini telah celik dan enggan di perbodohkan MACAM anoymous october 3,2013 11.36 AM
ReplyDeleteBODOH HABIS!!
rm500 tak dapat lagi nih tapi duit dah kena karan dah. gula dah naik. rasa mcm menabung sendiri ja duit rm500 tu.
ReplyDeleteDasar BN PENIPU TERSOHOR NEGARA konon bagi budget yang menguntungkan rakyat dalam diam-diam naikkan harga gula dan takrif elektrik bantuan belum dapat lagi. Adui bodohnya rakyat yang masih menyokong Bn/UMNO ni!
ReplyDeleteanoymous october 3,2013 11.36 AM
ReplyDeletePENCACAI UMNO PALING BODOH, BASUG
.
KO INGAT PRU 13 - UMNO BERSAMA-SAMA KOMPONEN BN KESAYANGAN KO 'MATI', MAMPOSSSSS.......
Pandai-pandailah korang undi.... yang dah teruk tu..... tukarlah baju....
ReplyDeleterebat RM200 beli telefon pintar. Belian secara terus dr kilang pembekal lagi murah, RM140 je seunit. Kena tipu hidup2 oleh Najib.
ReplyDeleteGula dah naik dan ura2 elektrik jugak akan naik. Syabas bajet rakyat!!
ReplyDeleteBiar betul tarif elektrik akan dinaikkan lagi. Semua ini berpunca daripada pencurian kebal dan penyambungan haram menyebabkan kerugikan kepada SESB. Jangan salahkan kerajaan.
ReplyDeleteTarik sbsidi gula sbb nk rakyat sihat.... Tarif elektrik naik sbb nk galakkan penjimatan... waw! genius!! lepas ni minyak naik sbb nk kurangkan ksesakan lalu lintas... harga kete naik sbb nk galakkan org berbasikal...
ReplyDeletekanapa pangil tarif!!! tak pangil bayaran!! nanti orang kampung tak faham!!! mak cik felda !! dan Aci Ladang tak faham!!
ReplyDeleteBN akan pastikan tarif elektrik naik, Minyak ron95 naik, GST dilaksana secara menyeluruh; Janji DiTepati. UMNO memang bodoh, penyokong UMNO 10 kali bodoh dan diperbodohkan.
ReplyDelete“Kerajaan mendengar denyut nadi rakyat dan pemimpin BN sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah rakyat."
ReplyDeletePenduduk diseru agar terus menyokong kerajaan BN demi kesinambungan pembangunan.
ReplyDeletePenduduk diingatkan supaya tidak terpedaya dengan putar belit dan dakya pihak pembangkang yang hanya mahu meracuni fikiran rakyat untk membenci kerajaan BN.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan mempertimbangkan semula kenaikan tarif elektrik ini, bagilah subsidi untuk meringakan beban rakyat.
ReplyDeleteKenaikan tarif elektrik kenalah memastikan taraf perkhidmatan elektrik ditingkatkan dulu.
ReplyDelete