Monday, October 1, 2012

Waspada strategi pembangkang 'kutuk, hasut, janji'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga "senjata" iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.

"Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.

"Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga – kutuk, hasut, janji," tegas Perdana Menteri.

Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.

"Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama," katanya.

Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.

"Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).

"Simbol tak sama...kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama," katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.

Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan "kabinet bayangan" mereka.

Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.

Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.

Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.

"Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata "tidak", pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama," katanya.

Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.

"Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.

"Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu," katanya.

- Bernama

39 comments:
Write comments
  1. Siapa yang kutuk orang dengan HARAMJADAH itu Najib? Hantu JEMBELANGKAH?

    ReplyDelete
  2. Wal fitnatu asyaddu minal khotr..."Jgn kita barsama UMNO dlm menyebar fitnah celaka."

    ReplyDelete
  3. Bangang dan dayus si Najibtuya nih. Dah Anwar ajak buat debat,pergi je la. Kalau kalah Anwar dlm debat tu,rakyat jelata akan ketawa besar dan jika awak yg kalah,terima hakikat dan baiki kelemahan. Itu tujuan debat dan bukannya awak dok kutuk PR dr belakang. Kan PR tu dah hantar permohonan pendaftaran pertubuhan mereka kpd R.O.S. Ada pihak R.O.S tu daftarkan PR atas satu simbol ? Takde sebab 'green light' dr UMNO ndak ada. Belakang kau tibai org lepas tu cepat lari balik rumah takut tibai balik. KAN DAYUSS TUH,MBAH.

    ReplyDelete
  4. Jangan mudah terpedaya dengan segala hujah2 pembangkang. Pembangkang hanya mengumpan untuk mendapat undi

    ReplyDelete
  5. Usaha-usaha kerajaan untuk manfaat rakyat.

    ReplyDelete
  6. The people cannot live in harmony if they continue to be deceived by the opposition who only know how to make empty promises to gain their support and votes each time there is a general election.

    ReplyDelete
  7. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the opposition could only make empty promises to the people and after achieving their goal, the promises remained unfulfilled because they did not have the capacity to implement them.

    ReplyDelete
  8. The opposition can promise us many things, and in the 2008 general election they also made many promises in Selangor but today, many of the promises remain unfulfilled, he said.

    ReplyDelete
  9. Najib said the opposition was not like the Barisan Nasional (BN) government where the leaders would ensure that the rakyat, whether in the urban or rural areas, would benefit from development in a fair and equitable manner.

    ReplyDelete
  10. “We seek the mandate not because we are crazy for power or we want to cheat the people, but because we have a major agenda that must be completed,” he said.

    ReplyDelete
  11. anwar angkuh & baran! dia sering marah2 kami. x hormati pendapat staf. baran macam org gila. nafsu setinggi gunung! itulah antara sebab aku & kawan2 lari.

    *bekas penyokong anwar

    ReplyDelete
  12. PM said the tabling of the 2013 Budget is not to fish for votes but a commitment by the Government to bring prosperity to the country.

    ReplyDelete
  13. The government has implemented policies and spent on projects to encourage economic growth to the extent that it was capable of recording a remarkable economic growth when the world is facing economic crisis.

    ReplyDelete
  14. PM said the tabling of the 2013 Budget is not to fish for votes
    ( Kalau bukan pancing undi tak payahlah undi BN)

    ReplyDelete
  15. Belum pun menang PRU13 gula dah naik. Syabas BN/UMNO. Kalau memang GST lagi dikenakan!

    ReplyDelete
  16. The government has implemented policies and spent on projects to encourage economic growth to their cronies.

    ReplyDelete
  17. From time to time,we all as a Malaysian, 'catered' by the politic budget. Not even the current PM but the previous PM is also the same. Even more, the budget is prepared FOR the Minister itself and to the High Level Management level as well. To the grassroot, nothing much we can see. Furthermore, we always heard that there is no 'money' around once we planning for something in our beloved department. Where is the money gone??

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  18. Kalau ndak mau trpengaruh dgn dakyah pembangkang, sampai bila2 le Sabahan kena tipu dek dakyah UMNO. Makin segar la PATI. Masih ramai la warga asing dpt ic free baik dBorneo atau dTanah Besar.

    ReplyDelete
  19. Rakyat Sabah perlu bijak menilai setiap janji2 yang dibuat dekat2 PRU ni.

    ReplyDelete
  20. Hari2 kat buletin utama burukkan Pembangkang...

    setiap masa media2 peyokong BN fitnah pembangkang..

    korang tgk tv3.. dari jam 8 korang akan nampak Nik Aziz bercakap tak kluar suara...

    korang akan nampak kelibat2 pemimpin [embangkang.. tak tahu hujung pangkal..

    Bila kes air, tanya si polan si polan yg tak ada kaitan.. nak tanya MB Selangor sendiri jauh sekali..

    Bila rakyat persoal AUDIT NEGARA dedah mcm2 skandal umno.. kata itu menghasut.

    Bila rakyat pertikai kenapa umno/BN terlalu kuat rasuah.. kata itu fitnah..

    Sampai bila rakyat perlu pikul beban negara akibat salah laku pemimpin BN yg kumpul kekayaan sendiri?

    Ayuh.. makin Najib nasihat.. makin RAKYAT bangun melawan!!! kah kah kah!! pi mampus sama lu dgn BN !!!A.B.U!!!

    ReplyDelete
  21. Selagi kuat kutuk pembangkang, selagi rakyat menyampah ...sebab rakyat ada mata, telinga, hidung, mata dan "AKAL'. Rakyat sudah tahu yang mana pilihannya.

    ReplyDelete
  22. Mcm2 janji kasi tabur... Gula2 dan umpan... Tp masa nk bahas...x dtg... Takdok t***r sungguh lh...

    ReplyDelete
  23. Pasal tu la BN trdesak utk keluarkan ic kpd warga asing dan dpt hak mengundi utk bantu BN tegak brdiri walau dah uzur sangat2. Saya juga percaya semua YB Menteri trpaksa bodek PM walau mereka tau BN tu secara total dah melampau dr umno asal. Mereka tau tapi nampak tak jadual gaji yg telah YB Menteri dpt? Mewah sebulan2,you !! mau dbuangnya kemewahan itu. DS Anwar pun, kalau dia mau mewah kenapa dia sanggup lawan Mahathir dulu.Demi fuluss,baik dia bodek PM masa tu. Sampai sekarang akan senang.Tapi ndak, beliau rela jatuh malah trpenjara demi suara rakyat.

    ReplyDelete
  24. Betul..Perlu berhati-hati dengan permainan yang dibuat oleh pembangkang itu.

    ReplyDelete
  25. Pembangkang sekarang ini sanggup buat apa saja demi mendapat apa yang mereka inginkan. Nilailah sebaiknya sesuatu perkara itu.

    ReplyDelete
  26. Kesilapan abe najib (abg najib) dlm pembentangan bajet 2013:
    Cara dia fokus sebanyak 10% dari ucapan bajetnya dgn merayu sokongan terhadap bn & menyerang Pakatan, telah spoil (rosakkan) everything. x pernah terjadi dlm pembentangan bajet sebegini rupa. Klau nak bentang bajet, bentang ajalah, jgn dok kempen & burukkan pihak lawan sgala. Bukan ker itu menampakkan bahawa kita dlm keadaan terdesak. Mmg betul pendapat Lks. Selama ini org dok cakap2 bahawa ini adalah bajet pilihanraya, najib punyai peluang utk buktikan sebaliknya. Tapi apa yg Datuk najib buat? Dia bahkan menampakkan dgn jelas bahawa ini mmg bajet PRU dgn cara kempennya itu. Dah la kempen kemerdekaan negara dirosakkan dgn kempen bagi bn 'janji ditepati', bajet 2013 pun dah jadi kempen bagi kem bn ker? x terfikir ker apa persepsi rakyat?! Sapelah tuan penasihat 10-20 percent ni!. ish ish ish...

    ReplyDelete
  27. pembangkang mmg suka mengutuk, menghasut dan memberi janji untuk memburukkan kerajaan dan mendapatkan sokongan.

    ReplyDelete
  28. kita sebagai rakyat yang bijak kena berwaspada dan jgn mudah terpedaya dgn taktik pembangkang.

    ReplyDelete
  29. Barisan Nasional’s (BN) publicity & information bureau must be prepared to counter the opposition’s lies and allegations so that the people will not be cheated by those who are desperate to topple the government.

    Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, who is also Sabah BN and Umno chief, said the bureau should always equipped itself with knowledge and ability to explain to the people about the government’s policies and promises fulfilled by the party.

    The publicity and information bureau is the BN’s font liner in disseminating accurate information to the people at the grassroot.

    All the allegations or issues raised by the opposition, who will constantly try to confuse the people must be countered with the correct information.

    I concur with Musa's view on this matter: clear and accurate information given to the people, especially in Sabah, would ensure continuous support for all the efforts taken by the BN-led government.

    ReplyDelete
  30. Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan, who is also Umno Information chief, hoped that all publicity and information chiefs at the divisional levels, would make optimum use of the face-to-face, print, digital and electronic media in disseminating information to the people.

    Ahmad said that this can be done now and don’t have to wait for general election because there are enough evidence on the success stories created by the BN government.

    I think that there is a need to remind the people again and again so that they will not fall victim to empty promises given by the opposition.

    ReplyDelete
  31. Bukan pambangkang nak kutuk, tapi tugas pambangkang..CHECK AND BALANCE. Ada tak pambangkang dlm DUN Sabah ? Tengok apa jadi dgn pntadbiran UMNO/BN dSabah. Lihat infrastruktur / keperluan asas rakyat.

    ReplyDelete
  32. Waspada strategi pembangkang untuk hancurkan negara semata-mata mahu menduduki Puterajaya

    badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibayar oleh Amerika Syarikat (AS), bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang dilihat tidak sebulu dengan kehendak mereka.

    ReplyDelete
  33. Waspada strategi pembangkang untuk hancurkan negara semata-mata mahu menduduki Puterajaya

    tindakan AS di Asia Barat jelas menunjukkan bukti bahawa kuasa barat berkenaan sedang berusaha untuk menukar pemerintahan pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka, dan melantik individu lain bagi membolehkan AS memperalatkan negara berkenaan.

    ReplyDelete
  34. Waspada strategi pembangkang untuk hancurkan negara semata-mata mahu menduduki Puterajaya

    Campurtangan AS dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negara-negara yang tidak sebulu dengannya amatlah jelas. Apa yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat di negara Arab sudah tentu dilakukan juga di Malaysia. NGO-NGO yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri tentu sekali mendapat bantuan kewangan dan media Amerika..

    ReplyDelete
  35. Waspada strategi pembangkang untuk hancurkan negara semata-mata mahu menduduki Puterajaya

    Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas (menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan dan liwat). Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat Amerika Syarikat untuk melakukan "regime change" supaya Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat..

    ReplyDelete
  36. Waspada strategi pembangkang untuk hancurkan negara semata-mata mahu menduduki Puterajaya

    apabila Anwar mula berkuasa sebagai perdana menteri, segala tuntutan NGO berkenaaan akan dihalalkan dan berkemungkinan juga Ketua Umum PKR itu akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

    ReplyDelete
  37. Waspada strategi pembangkang untuk hancurkan negara semata-mata mahu menduduki Puterajaya

    Sudah tentu setelah Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan dihalalkan. Sebagai penyokong kuat Israel, AS tetap akan memujuk Anwar supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu..

    ReplyDelete
  38. Waspada strategi pembangkang untuk hancurkan negara semata-mata mahu menduduki Puterajaya

    rakyat seharusnya bertindak bijak dengan menolak mana-mana pihak yang ditaja AS bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah oleh mereka yang cuba menukar kerajaan secara haram. Malaysia merdeka. Tetapi apabila kuasa asing dapat menukar kerajaan dengan pelbagai cara yang haram, apakah Malaysia akan terus merdeka?

    ReplyDelete
  39. Waspada strategi pembangkang untuk hancurkan negara semata-mata mahu menduduki Puterajaya

    Tetapi terpulanglah kepada rakyat Malaysia. Jika mereka suka Malaysia menjadi alat Amerika Syarikat (penyokong kuat Israel), sokonglah puak yang menerima bantuan dan sokongan Amerika Syarikat, tetapi jika kita ingin betul-betul merdeka, tidak dikongkong oleh Amerika Syarikat dan sekutunya, tolaklah mereka yang sanggup diperalatkan oleh Amerika Syarikat untuk menukar kerajaan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.