Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.
Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.
“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.
“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.
“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.
“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.
Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.
“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran,” katanya. -MK
Tuesday, September 13, 2011
Bukti kes rasuah Anwar dipalsukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hope that the truth prevails, and justice be served.
ReplyDeleteIf Anwar is innocent, we hoped that he will be freed.
ReplyDeleteadanya pengaruh politik dalam kes Anwar.
ReplyDeletediharap keadilan memihak kepada kebenaran.
ReplyDeletemacam-macam isu dimainkan sekarang ni...tapi mana-mana pihak pun ada hujah masing-masing.
ReplyDeletekisah anwar ni makin mengelirukan, entah mana yang benar.
ReplyDeleteKesihan juga terlampau nak jawatan sanggup buat kerja keji/jijik macammana kalau sendiri yang terkena fikir2kanlah.
ReplyDeleteAfter a long time, what makes him to reveal it now? Before no courage, now got courage?
ReplyDeleteSemoga kebaikan mengatasi kejahatan
ReplyDeleteKesian anwar. Sudah buat salah tidak mahu mengaku lagi. Takut nama sebagai seorang pemimpin buruk dengan tindakkan anwar itu.
ReplyDeleteBetulkah dipalsukan? Siapa yang punya kerja ini atau cuma untuk memastikan nama anwar terjaga.
ReplyDeleteKes ni sangat2 rumit.
ReplyDeletedasyat manusia nie bertopeng undang2 sehingga teraniaya orang tidak berdosa.
ReplyDeleteDEMI KUASA DAN WANG..PANGKAT....siapa pun sanggup buat..dosa dan balasan belakang kira...mahu hidup....kita kena terima hakikat itu..
ReplyDeletekenapa baru hari ini didedahkan?
ReplyDeleteMACC,apa lagi? cepat la buat kerja,mau kana sipak pantat baru mau jln ka? tp klu kes ikan bilis,tangkas n effisien pula...
ReplyDeleterasuah dalam pakatan pun banyak yang terlepas oleh MACC..
ReplyDelete