Thursday, September 8, 2011

Hamba seks kekasih ibu lapor polis

HULU SELANGOR: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dirogol teman lelaki ibunya sejak dua tahun lalu nekad membuat laporan polis berhubung tindakan keji lelaki terbabit, Jumaat lalu. Gambar hiasan

Difahamkan, pelajar tingkatan satu itu sering diugut lelaki berkenaan yang berusia 40-an jika tidak mahu tindakan sama dilakukan kepada adik perempuannya jika mangsa memberitahu keluarga atau membuat laporan polis.

Namun, rahsia tindakan keji lelaki itu terbongkar menyebabkan ibu dan adik perempuannya berusia empat tahun melarikan diri dari rumah mereka di Rawang, di sini dengan meninggalkan mangsa seorang diri.

Menurut sumber, mangsa tampil membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, mangsa sering dirogol lelaki terbabit apabila ibunya tiada di rumah. “Lelaki itu merogol mangsa tanpa mengira waktu. Malah, turut mengugut mangsa supaya tidak mendedahkan perbuatan keji itu kepada ibunya.

“Malah, lelaki itu turut mengugut mahu merogol adik perempuan mangsa sekiranya mangsa enggan melayan nafsunya,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa hinggalah rahsia itu terbongkar menyebabkan ibu dan adik perempuannya melarikan diri.

Berikutan itu, mangsa turut melarikan diri sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. -hm

7 comments:
Write comments
  1. Keji betul. Harap tindakan tegas akan dijatuhkan kepada lelaki ini.

    ReplyDelete
  2. si ibu patut membawa mangsa membuat laporan polis, bukannya melarikan diri dan meninggalkan mangsa seorang diri..

    ReplyDelete
  3. sungguh keji lelaki tersebut, dia patut diberi hukuman berat.

    ReplyDelete
  4. Takkan dalam dua tahun tu ibu mangsa langsung tidak mengesyaki sesuatu. bila dah tahu perbuatan terkutuk lelaki tersebut bukan pula bertindak melindungi anaknya tapi melarikan diri. sungguh tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  5. hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap lelaki tersebut...

    ReplyDelete
  6. Si ibu melarikan diri? Pelik juga tu. Patut dikasi selamat anaknya.

    ReplyDelete
  7. Harap suspek ini akan dikenakan hukuman berat atas kesalahan merogol dan mengugut mangsa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.